Tak tahu nak buat apa hujung minggu? Jom Hiking!!

7.10.16
Menjelang hujung minggu, kadang-kadang kita tak tahu nak plan untuk buat apa hujung minggu ini. Buntunya itu sampaikan hujung minggu berlalu begitu sahaja tanpa membuat perkara yang berfaedah dan bermanfaat.

Disini admin nak suggest hiking dan trekking antara perkara yang boleh kita buat untuk mengisi hari weekend kita. Nak hiking kat mana? Trekking kat mana? Nah!! Admin sertakan beberapa trekking sekitar Lembah Klang yang sesuai untuk beginner mahupun riadah biasa untuk kita.

Jom Bersukan!!!

#HariSukanNegara #Hiking #Trekking #Riadah
Credit: To the photo owner


BUKIT TABUR

Agak mencabar. Perlu pergi bersama dengan orang yang pernah mendaki Tabur

Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur
Durasi Pendakian: 3-4 Jam
Tahap Kesukaran: 3/5
Guide. Diperlukan

BROGA HILL

Tak perlu diperkenalkan lagi. Trekking side yang paling famous bagi warga kota Kuala Lumpur dan pilihan bagi 1st timer hiking. Selalu trafik jem hujung minggu sebab famous sangat bukit ni.

Lokasi: Semenyih
Durasi Pendakian: 45minit - 1jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tak diperlukan.

SUNGAI PISANG

Antara tempat trekking yang terkenal disekitar gombak. Terletak di tepi highway Karak, access mudah melalui jalan lama Gombak. Pastikan study dibuat sebelum memulakan hiking.

Lokasi: Gombak, Selangor
Durasi Pendakian: 30-40 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tak diperlukan

SUNGAI CHILING

Sungai yang jernih di Selangor. Terdapat yuran dikenakan sebelum memulakan hiking. Bilangan beg plastik dan bekas makanan juga dikira sebelum masuk dan deposit dikenakan. Deposit akan dikembalikan apabila plastik dan bekas dibawa keluar bersama.

Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor
Durasi Pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tak diperlukan. Trek yang jelas.

Mossy Forest

Mesti ramai dah tahu tempat ini? Sebab pernah viralkan. Terletak di tanah tinggi Cameron Highland mempunyai pemandangan hutan yang cantik dengan keadaan pokok berlumut dan suasana yang berkabus.

Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highland
Durasi pendakian: 3-4 jam
Tahap Kesukaran: 3/5
Guide: Tak diperlukan. Trek yang jelas.

LATA MEDANG

Peminat air terjun? Ini antara tempat hiking terbaik. Trek agak licin dan perlu redah sungai. Perlu membuat sedikit study sebelum memulakan trip ke Lata Medang. Tiada papan tanda arah perjalanan dan terdapat banyak simpang yang menyesatkan.

Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor
Durasi Pendakian: 2-3jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Perlu pergi bersama dengan orang yang pernah ke Lata Medang untuk 1st timer


CANOPY WALK

Tarikan utama adalah jambatan gantung setinggi 30 meter dari tanah. Anda boleh melihat bangunan pencakar langit Kuala Lumpur semasa melalui canopy walk ini.

Lokasi: FRIM, Kepong, Kuala Lumpur
Durasi pendakian: 2-3jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang jelas.

BUKIT BATU PUTIH

Hiking santai-santai dan apabila sampai puncak, dapat melihat view laut biru. Sesuai untuk hiking untuk melihat pemandangan waktu sunrise dan sunset. Tarikan setempat ialah terdapat lighthouse pertama di Malaysia yang terletak di Tanjung Tuan.

Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan
Durasi pendakian:30 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tak diperlukan. Trek yang jelas

BUKIT GASING

Merupakan tempat terbaik untuk first timer. Terletak di tengah-tengah kota Petaling Jaya. Sesuai untuk aktiviti santai hujung minggu.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tak diperlukan. Trek yang jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan