Santau, Sihir dan Buatan Orang: Ayat yang patut anda amalkan untuk mengelaknya

28.9.16
Sesetengah orang tak berapa percaya akan perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. Sesetengah pihak menganggapnya sebagai cerita hantu yang mengarut. Namun sebagai orang Islam, Al-Quran sendiri menjelaskan tentang kewujudan alam ini dan makhluk lain yang hidup bersama dengan kita diatas muka bumi ini walaupun kita tak nampak.

Ini termasuklah halnya Jin dan Syaiton. Lebih menakutkan lagi, ada manusia yang mempunyai kuasa luar biasa hasil dari ilmu tuntutan ataupun turun temurun yang boleh berkomunikasi dengan makhluk-makhluk alam ini. Kebanyakkan bertujuan untuk mendapatkan kekuasaan luar biasa disamping boleh melakukan khianat untuk menjatuhkan orang lain.

Ini termasuklah kes SANTAU,SIHIR dan MENGHANTAR JIN-JIN untuk mengganggu orang lain itu.

Dalam Islam, ada ulama mengajarkan kepada kita beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri dari terkena sihir. Admin tak ingat dalil-dalil lengkap suruhan ini tapi admin dapat sumber ini dari ceramah ulama tersohor negara kita Ust Hassan Din (adik beradik arwah Tuan Guru Haron Din)

Katanya, dengan mengamalkan ayat ini setiap hari, kita terhindar dari sihir waktu siang dan malam.

Ayat yang patut dibaca:
1) Surah Al-Baqarah ayat 1-5
2) Surah Al-Baqarah ayat Kursi
3) Surah Al-Baqarah 3 ayat terakhir..

Seperti dibawah:





Waktu yang patut diamalkan ayat-ayat ini:
1) Sebelum matahari naik (Selepas Solat Subuh)
2) Waktu hendak terbenamnya matahari (Selepas Solat Magrib)



Sebenarnya ayat-ayat ini biasa kita baca sewaktu menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat. Cuma untuk diamalkan setiap hari, amat jarang rasanya disyariahkan di masjid dan surau. Namun, kita boleh amalkannya secara sendiri untuk menghindarkan diri dan keluarga dari kesusahan.

JOM AMALKAN. Tak susah pun, just amalkan di 2 waktu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan