Dekorasi: Anda sukakan warna pink? Boleh ambil idea ini sebagai inspirasi rumah anda

29.9.16
Anda sukakan warna pink? Nak hias rumah dengan warna pink tapi rasa macam akan nampak pudar? Meh ambil idea dekorasi pada gambar dibawah ini sebagai contoh. Cantik deko rumah ni. Hai untunglah tuan rumah dapat hias rumah gaya macam ni.

Nak ikutkan admin rasa barang-barang di dalam rumah ni tak berapa banyak. Jadi kosnya tak berapa tinggi. Kebanyakkannya admin rasa dari perabot IKEA yang harga dalam range sedang-sedang. Namun, perhiasan detail yang diletakkan diatas rak tu, admin rasa kalau silap masuk kedai boleh kering duit poket sebulan tu.











Kredit kepada empunya gambar.

Read more ...

Santau, Sihir dan Buatan Orang: Ayat yang patut anda amalkan untuk mengelaknya

28.9.16
Sesetengah orang tak berapa percaya akan perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. Sesetengah pihak menganggapnya sebagai cerita hantu yang mengarut. Namun sebagai orang Islam, Al-Quran sendiri menjelaskan tentang kewujudan alam ini dan makhluk lain yang hidup bersama dengan kita diatas muka bumi ini walaupun kita tak nampak.

Ini termasuklah halnya Jin dan Syaiton. Lebih menakutkan lagi, ada manusia yang mempunyai kuasa luar biasa hasil dari ilmu tuntutan ataupun turun temurun yang boleh berkomunikasi dengan makhluk-makhluk alam ini. Kebanyakkan bertujuan untuk mendapatkan kekuasaan luar biasa disamping boleh melakukan khianat untuk menjatuhkan orang lain.

Ini termasuklah kes SANTAU,SIHIR dan MENGHANTAR JIN-JIN untuk mengganggu orang lain itu.

Dalam Islam, ada ulama mengajarkan kepada kita beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan diri dari terkena sihir. Admin tak ingat dalil-dalil lengkap suruhan ini tapi admin dapat sumber ini dari ceramah ulama tersohor negara kita Ust Hassan Din (adik beradik arwah Tuan Guru Haron Din)

Katanya, dengan mengamalkan ayat ini setiap hari, kita terhindar dari sihir waktu siang dan malam.

Ayat yang patut dibaca:
1) Surah Al-Baqarah ayat 1-5
2) Surah Al-Baqarah ayat Kursi
3) Surah Al-Baqarah 3 ayat terakhir..

Seperti dibawah:





Waktu yang patut diamalkan ayat-ayat ini:
1) Sebelum matahari naik (Selepas Solat Subuh)
2) Waktu hendak terbenamnya matahari (Selepas Solat Magrib)



Sebenarnya ayat-ayat ini biasa kita baca sewaktu menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat. Cuma untuk diamalkan setiap hari, amat jarang rasanya disyariahkan di masjid dan surau. Namun, kita boleh amalkannya secara sendiri untuk menghindarkan diri dan keluarga dari kesusahan.

JOM AMALKAN. Tak susah pun, just amalkan di 2 waktu ini.

Read more ...

10 habit seorang usahawan mahupun orang yang berjaya

28.9.16
Kita selalu tengok orang lain berjaya kemudian kita akan bermonolog "Alangkah bagusnya kalau aku pun berjaya macam dia". Namun tahukah kita orang yang berjaya itu tidak sewenang-wenangnya boleh berjaya dalam kehidupan.

Kejayaan itu boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja asalkan kita ikut cara hidup orang yang berjaya!!

Disini kami kongsikan beberapa habit yang orang berjaya selalu buat.


Ramai orang nak jadi usahawan berjaya. Konon-konon taknak kerja makan gaji. Tapi bolehkan kita kawal kehidupan kita sendiri tanpa paksaan orang lain untuk melakukan sesuatu untuk berjaya?

Dulu masa kerja makan gaji, ada boss tolong push kerja dan tolong marah. Bila dah berbisnes sendiri, kalau kita sendiri tak disiplin, tak ada siapa yang nak tolong marahkan kita.

Akhirnya, bisnes lingkup, kejayaan thah ke mana-mana.


Read more ...

Life Hack: Ribuan cara untuk dapatkan tubuh badan yang sihat dan ideal

27.9.16
Anda gemuk? Berat abnormal? Selalu kena perli dan saudara dan rakan taulan?

Jom tengok beberapa tips yang boleh diusahakan untuk mendapat tubuh badan yang ideal.

Material ini admin kumpul dari beberapa tempat.

Setiap result yang luar biasa itu datang dari usaha yang luar biasa!!

Jom mulakan hari ini!!


30 DAYS CHALLENGE!!!

Pushup

Crunches (Sit up)


Plank


Squat


Tricep Dip


Pull up


Jackknife sit up


Jump rope


Burpee


Summary!!!!




Diet eating challenge!!

Water challenge

No sugar!! (Larat ke? Hahaa)







Selamat Mencuba!!

Read more ...

Formula lengkap untuk kejayaan. Nak kaya? Nak senang? Nak bahagia?

26.9.16

Sering kali kita merungut betapa sukarnya kehidupan pada hari ini. Apatah lagi niat untuk menjadi seorang yang baik. Selalu sangat kita dipijak oleh orang.

Islam itu lengkap..

Islam telah tunjukkan jalan dan manual untuk kehidupan..

Namun, seringkali manusia sisihkan Islam..

Ada beberapa solat yang patut kita amalkan supaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Supaya kehidupan kita dipermudahkan.

Jom tengok apa solat berkenaan!!

Solat Dhuha
Anda nak dimurahkan rezki, mari buat solat dhuha.


Solat Tasbih
Inginkan ketenangan jiwa sepanjang masa? Lakukan solat tasbih ketika dinihari.

Solat Hajat
Anda beringinkan sesuatu? Mintakan pada Allah swt

Solat Istikharah
Anda buntu dalam mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan? Anda tak tahu nak pilih mana satu pilihan kehidupan? Lakukan solat ini. Allah akan buka jalan untuk anda.

Solat Tahajjud
Inginkan keselamatan didunia dan akhirat. Lakukan tahajjud!! Dalam banyak solat, yang ini paling susah kerana kene bangun tengah malam. Namun, yang susah itulah ganjarannya juga besar.

Admin sendiri masih berusaha untuk menambahkan amalan-amalan yang baik seperti ini sebagai bekalan kita di hari akhirat. Dalam kesibukan kita seharian, dalam keletihan kita mengejar kekayaan dunia, jangan kita lupa untuk sujud pada Allah swt diakhirnya.

Kredit kepada yang membuat material ini.
Read more ...

Bot Mewah: Mana satu yang anda ingin miliki?

14.9.16

Kalau anda berpeluang untuk memiliki mana-mana bot mewah seperti dibawah ni, yang mana satu yang akan anda pilih?

Ada bot yang siap ada pokok. Dahsyat betul!!

Read more ...

9 model perniagaan yang boleh dimulakan tanpa modal

8.9.16
Keadaan ekonomi sekarang agak mencabar, kadang-kadang memaksa kita untuk membuat kerja tambahan. Ada yang tercari-cari kerja atau perniagaan sampingan yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah? Meh tengok list dibawah ini.

9 model perniagaan yang boleh kita mulakan dengan modal yang minima ataupun tanpa modal. Apa yang penting, kita mentilah rajin berusaha dan tidak mudah putus asa. 

Ada 2-3 list dibawah ini admin sendiri pernah mencuba. Antaranya menjadi tutor guru tiusyen dirumah, menjual barangan 2nd hand dan berniaga drop ship. Akhirnya yang melekat pada admin adalah perniagaan barang 2nd hand dan barang keperluan. Antaranya Sabun Ekonomi Sabunku. 

Nak tengok barang yang admin jual? Lawati shop blog ini, babyworldboutique.blogspot.my

Sementara tu, meh scroll list bawah ni.


BUKU TERPAKAI


SERVIS CAT RUMAH


SERVIS TUTOR


PEMANDU PELANCONG


SERVIS KEBERSIHAN


SABUN HOME MADE


SERVIS PENGHANTARAN RUNCIT


DROPSHIP PRODUK


SERVIS KAWAL SELIA MEDIA SOSIAL


Read more ...