Rumah anda kecil? Boleh tiru design rumah comel ini

28.8.16

Rumah kecil bukan alasan untuk tidak menjadikan kediaman anda sebagai sebuah kediaman bagaikan hotel. Jom tengok gambar sebuah rumah comel dikawasan desa di luar negara. Ianya boleh dijadikan inspirasi untuk menghias rumah anda.

Read more ...

Mekah yang Kering Kontang

26.8.16
Seperti yang saya janjikan, maka inilah permulaan penceritaan saya mengenai Sirah Nabawiah terutamanya Kisah-Kisah di Zaman Nabi Muhammad Saw. Kisah-kisah ini saya ambil dari rujukan buku-buku dan telekan di internet di sumber yang boleh dipercayai. Kawan-kawan Muslim & Non Muslim bolehlah ikuti kisah ini, moga-moga kita akan lebih mengenai Pemimpin kita yang Agong ini. Lebih agong dari Perdana Menteri Malaysia, lebih agong dari Yang Dipertuan Agong, lebih agong dari Siti Nurhaliza, lebih agong dari Mawi. Namun, amat sedikit pemahaman kita tentang Insan Agong ini berbanding nama-nama yg saya sebutkan tadi.


MEKAH!!! hari ini umat Islam seluruh dunia pasti mengenali Mekah, Kota Suci bagi umat Islam. Kalau Islam pada nama shj sekalipun sahaja, pasti kenali Mekah kerana Mekah bukan shj terkenal sbg tempat ibadah, namun pembangunan yang pesat hari ini menjadikan Mekah salah satu destinasi pelancongan mahupun dunia perniagaan hari ini.

"Namun, apakah asalnya Mekah ini suatu ketika dulu?"

Namun, apakah asalnya Mekah ini suatu ketika dulu? Kalau banyak bandar-bandar lain diseluruh dunia terbentuk kerana terletak di muara sungai, di pertembungan sungai, dipersisiran laut yang mana terdapatnya sumber air. Namun, tidak bagi Mekah!! Mekah tiada sumber air. Al~KISAHNYA............

Gambaran Mekah suatu ketika dulu

Mekah diera Moden

Suatu ketika dulu, Tuhan memerintahnya insan bernama Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail ke tanah bernama Mekah. Mekah pada waktu itu kering kontang. Lalu bertanyalah Siti Hajar kepada Ibrahim mengapa ditinggalkanya disitu? Ibrahim tidak menjawab. Siti Hajar mengekori Ibrahim seraya berkata,"Adakah ini perintah Allah?"

"Benar", jawab Ibrahim

Lantas mendengar jawapan ini, Siti Hajar berkata, " Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita, Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu,"

"Akhirnya, Allah menurunkan Jibrail (malaikat) dengan menggunakan sayapnya menyingkap telaga zam-zam yg mana punca airnya terterbit ditempat si anak menghentak-hentakkan kakinya"

Namun, sampai ketikanya menangislah si anak kerana kehausan sedangkan Siti hajar sudah kekeringan susu. Maka berlari-larilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dengan mengharapkan bantuan Allah. Tengoklah, sekalipun Siti Hajar yakin pada pertolongan Allah, namun tak sekali-kali Siti Hajar duduk diam saje. Dia berusaha juga sambil memohon bantuan Allah. Akhirnya, Allah menurunkan Jibrail (malaikat) dengan menggunakan sayapnya menyingkap telaga zam-zam yg mana punca airnya terterbit ditempat si anak menghentak-hentakkan kakinya.  

  Projek pembesaran Masjidilharam yang giat berlangsung pada hari ini

 Menara Burj Al Bait, bangunan kedua tertinggi didunia terletak bersebelahan dengan Kaabah

Gambaran Masjidil Haram setelah siap projek pembesaran nanti, kapasiti dah siap nanti 7 juta jemaah.. (Dah macam coleseum rome dah saye tengok)

Inilah telaga yang masih wujud lagi sehingga hari ini dan masih mengeluarkan airnya tanpa surutnya air itu. Pernah suatu ketika dulu telaga ini tertimbus di era pemerintahan Rome, namun berjaya dijumpai balik selepas itu, kisah ini akan saya ceritakan di lain posting. 

Haa, inilah asalnya pembentukan Mekah. Allah jadikan ianya dari sebuah kawasan yang kering kontang kepada Mekah yang kita lihat begitu gah pada hari ini. Sehinggakan ada design-design futuristik untuk pembesaran Masjidil Haram pada masa hadapan. Begini besarnya kuasa Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Kaya

Read more ...

Baby World Boutique: Kini berwajah baru

25.8.16
Selain menguruskan blog ini, admin ada side income kecil-kecilan meniaga secara online produk-produk yang berkaitan dengan perkakasan rumah, aksesori lelaki dan perempuan, serta peralatan ibu dan bayi. Nama online shop dikenali sebagai Baby World Boutique (BWB).

Kini blog shop BWB sudah berwajah baru!!! Anda boleh lihat di:

babyworldboutique.blogspot.my

Selain blog shop ini, galeri produk kedai kami juga boleh diakses melalui FB page, Mudah.my, IG dan Corousell. Just taip Baby World Boutique, Insya Allah juga kedai kami.

 Website view

Mobile view
Read more ...

Build in furniture: Mungkin idea-idea ini berguna untuk anda lengkapkan perabut rumah anda

25.8.16
Build in furniture. Apa maksudnya? Maksudnya perabut itu build in di dalam rumah anda. Makanya, sekali anda telah letakkan perabut itu di suatu posisi, ia akan kekal disitu dan tak boleh dialihkan. Apa kelebihannya? Kelebihannya anda boleh memasang perabut yang lebih besar dan bersesuaian dengan ruang. Selain itu perabut juga akan kelihatan lebih menarik kerana seperti melekat atau kena dengan design dinding rumah anda. Selain itu juga, tiada ruang berlebihan dibahagian belakang perabut, bermaksud tiada tikus dan serangga-serangga boleh menyorok disitu. Habuk juga tidak berkumpul disitu.

Kami ada mendapat beberapa gambar idea build in furniture ni dari sebuah page syarikat memasang perabut seperti ini. Nama syarikat kami tak lupa. Kalau owner page nak kami mentionkan syarikat anda disini, inform kami ya.

Bagi kami design yang dibuat oleh syarikat ini simple tapi menarik dan cantik. Selain itu material yang digunakan kami rasa dari kategori yang murah menjadikan rasanya harganya tak terlalu mahal. Meh kita tengok gambar-gambar ni.




















Read more ...