Siaran Langsung Solat Raya Pertama Di Jerman

19.7.15

Kini Syawal menjelma lagi setelah sebulan kita berpuasa dan bersabar didalam Universiti Ramadhan. Selamat tinggal Ramadhan, semoga kita mendapat keberkatan dan manfaat dari Ramadhan kali ini. Semoga kita juga dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. 

Masa-masa hari raya ini, pasti ramai yang akan menceritakan tentang kebahagian dan kegembiraan masing-masing menyambut hari raya. Namun, kami lebih cenderung nak ceritakan salah satu sejarah yang terlakar mengenai Islam di negara bukan Islam. 

Di Jerman, buat julung-julung kalinya sebuah stesen tv telah menyiarkan Solat Hari Raya secara live ke seluruh negara. Ini telah memberikan keyakinan kepada penduduk minoriti Islam di sana tentang penerimaan agama Islam di negara mereka. 

Sila ikuti rakaman di Youtube ini.
First , the German TV Broadcast Salat Ied: http://youtu.be/dWklNhl_5sg

Berita Astro Awani
JERMAN: Sebuah stesen televisyen yang beroperasi di Jerman menyiarkan sembahyang raya buat pertama kali dalam sejarah negara itu.

Upacara sembahyang Hari Raya Aidilfitri disiarkan secara langsung dari Masjid Penzberg yang terletak di bandar berdekatan Munich menerusi saluran televisyen awam serta siaran radio Bayerischen Rundfunk.

Pendakwah utama masjid, Benjamin Idriz menyatakan perkara itu boleh dianggap sebagai salah satu lembaran bersejarah buat komuniti Islam di  Jerman.

Siaran itu adalah sebahagian daripada liputan selama dua jam mengenai perayaan umat Islam yang merangkumi khutbah, penceritaan kitab al-Quran, zikir agama serta ucapan-ucapan dari penganut Kristian Katolik dan paderi protestan.

Sembahyang hari raya yang berlangsung pada pukul 4:45 pagi waktu tempatan itu turut diketuai Benjamin yang mengimamkan hampir 1,000 pengunjung.

Menurut pendakwah berusia 43 tahun itu, kemunculan puak pelampau seperti militan IS telah menambah tekanan psikologi ke atas umat Islam di Jerman.

“Penyiaran program Hari Raya dapat membantu masyarakat Islam berasa lebih diterima serta menjadi sebahagian daripada negara Jerman,” ujarnya.

Dua minggu lalu, Canselor Angela Merkel mewakili kerajaan Jerman menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.  Ketika majlis sedang berjalan, beliau menyifatkan Islam ‘adalah sebahagian daripada Jerman’.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-dunia/stesen-tv-jerman-siar-sembahyang-raya-buat-kali-pertama-66162

Tiada ulasan:

Catat Ulasan