Bedding & Sangkar Untuk Guinea Pig

9.7.15

              Guinea Pig ataupun dalam Bahasa Melayunya dipanggil tikus belanda merupakan antara haiwan peliharaan yang agak menarik bagi peminat-peminat haiwan. Namun, lumrah dunia pet ini, bila dah bela haiwan, bermakna segala keperluannya perlu diambil berat supaya kita tidak menganiaya yang menjadi beban dosa pula pada kita.

          Antara keperluan haiwan peliharaan yang perlu kita ambil kira ialah seperti jenis makanan dan minumannya, tempat tinggal dan pengurusan sisa buangan. Kali ini kami nak kongsi sedikit cara-cara untuk menyediakan tempat tinggal guinea pig yang pernah kami praktikkan sendiri.

           Sebenarnya menjaga guinea pig tidaklah sesukar mana. Namun, kebersihan tempat tinggal guinea pig adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesihatan haiwan ini. Antara jenis tempat tinggal yang biasa pernah saya gunakan ialah bedding jenis:
           - Wood chip
           - Kain tebal
           - Jaring
           - Pasir

Wood chip bedding
Bedding jenis ini adalah amat selesa bagi haiwan yang mana kita letakkan serbuk kayu pada sangkarnya. Wood chip perlulah ditukar sehari atau 2 hari sekali mengikut keadaan. Namun, cara ini agak mahal berikutan harga wood chip sendiri dan kekerapan menukarnya.

Kain tebal
Dengan menggunakan kain tebal seperti selimut, kita dapat memastikan tempat tinggal guinea pig akan sentiasa kering dan kurang berbau busuk. Kos menggunakan teknik ini juga tidaklah mahal cuma perlu keluar lebih sedikit masa permulaan untuk membeli kain. Sesudah itu, kain hanya perlu dibasuh seminggu sekali mengikut keadaan. Sisa buangan haiwan pula boleh discoop 2-3 hari sekali mengikut keadaan.

Jaring
Kami pernah mencuba teknik ini yang mana jaring diletakkan sebagai alas. Dengan cara ini segala sisa buangan haiwan akan jatuh kebawah. Dengan cara ini maintenance terhadap sangkar lebih mudah, hanya perlu bersihkan sisa dibahagian bawah sahaja. Namun, cara ini tidaklah mesra kepada haiwan. Haiwan boleh mendapat luka pada kaki berikutan keadaan jaring yang tajam. Selain itu, haiwan akan berasa kurang selesa dalam melakukan aktiviti harian seperti tidur dan makan diatas jaring.

Pasir
Apabila kami menukar guinea pig kami ke sangkar yang baru. Kami terfikir bagaimana mahu menjadikan sangkar guinea pig lebih semulajadi. Lalu terfikirlah untuk menggunakan pasir. Namun, kami dapati teknik ini agak sukar untuk dimaintain. Sangkar akan menjadi terlampau busuk selepas 2 minggu berikutan sisa buangan haiwan terperangkap dalam pasir. Jadi, ini bukanlah cara terbaik walaupun ianya nampak seperti semulajadi.

Kesimpulannya, cara Wood Chip dan Kain bagi kami merupakan cara terbaik bedding untuk guinea pig. Sekarang kami menggunakan cara kain tebal yang mana kain akan dibasuuh setiap minggu. Cara ini juga memudahkan kerja pembersihan sangkar guinea pig.

Diharap, dengan keterangan diatas dapat  memberi keterangan sedikit sebanyak cara untuk menyediakan bedding untuk guinea pig.

Selamat beramal!!!




4 ulasan:

  1. sy nk tnya bplehkah kita meletakkan gpnkita ke dalam aquarium.....mohon menjawab ya ..
    thank you....

    BalasPadam
  2. Boleh je. Asalkan pengudaraan cukup dan tidak terlampau panas.

    BalasPadam