Terkurang atau Terlebih Rakaat Solat

19.7.15
Pernahkah kita menghadapi situasi dimana kita terkurang atau terlebih rakaat tanpa sedar? Kemudian kita hanya menyedari situasi itu setelah selesai solat. Ataupun situasi dimana kita yakin kita telah cukup rakaat, namun setelah selesai sola
t, jemaah disebelah menegu
r yang kita telah terkurang satu rakaat
. Apa yang perlu kita buat ketika itu?

Kebanyakan pengamalan umat Islam di Malaysia menganggap perkara seperti terkurang rukun ataupun penambahan perkara yang tidak perlu tanpa dalam solat akan membatalkan solat berkenaan dan solat perlu diulang kembali. Tanggapan itu tidak tepat malah solat yang terkurang atau terlebih itu tetap sah berdasarkan pengamalan Nabi SAW.

Islam itu amat mudah pengamalannya. Apabila perkara ini terjadi, apa yang perlu kita lakukan ialah mencukupkan apa yang tidak cukup serta disertai dengan sujud sahwi. Ada beberapa perbezaan dalam mengerjakan sujud sahwi dalam perkara terkurang rukun berbanding lebihan perbuatan dalam solat.

Tatacara Sujud Sahwi apabila ada Penambahan dalam Solat.

Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima rakaat,
lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah?”
Baginda bertanya: “Mengapa demikian?”
Para sahabat menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226.

Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih bersolat atau sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud dan lain-lain, maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam. Sebagai contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia telah mengerjakan empat rakaat dan hanya sedar ketika tasyahhud akhir, maka dia sempurnakan tasyahhudnya lalu memberi salam. Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi salam lagi. Sekiranya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud sahwi serta merta lalu memberi salam. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk mengerjakan tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Sesudah itu dikerjakan sujudsahwi dan memberi salam sekali lagi. 

Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah memberi salam sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya solatnya itu. Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan kesilapannya setelah berlalu waktu yang lama, maka dia harus mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia tersedar dalam waktu yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri solatnya, maka dia harus menyempurnakan baki solatnya yang dua rakaat lagi itu lalu memberi salam. Setelah itu hendaklah dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan). Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:

“Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?”
Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.”
Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yangdikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.”
Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir,
sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit,
lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali.”

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 482.

Tatacara Sujud Sahwi jika terdapat Pengurangan Dalam Solat

Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud sahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud  awal dan terus bangun untuk meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan melakukan sujud sahwi selepas tasyahhudakhir dan kemudiannya barulah memberi salam. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ke tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dalil tentang hal ini adalah sebagaimana hadis dari Abdullah bin Buhainah radhiallahu’anh:

Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama mereka.
Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut berdiri bersama baginda;
hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya,
baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam.”

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 829

Mughirah bin Syu’bah radhiallahu’anh pula telah berkata:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua
(dalam keadaan lupa untuk tasyahhud awal – pen) dan belum sempurna berdirinya
maka hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut – pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk (teruskan solatnya – pen) dan hendak dia sujud sahwi dua kali.”

Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no. 1208.

Sumber rujukan: http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/12.htm
Read more ...

Siaran Langsung Solat Raya Pertama Di Jerman

19.7.15

Kini Syawal menjelma lagi setelah sebulan kita berpuasa dan bersabar didalam Universiti Ramadhan. Selamat tinggal Ramadhan, semoga kita mendapat keberkatan dan manfaat dari Ramadhan kali ini. Semoga kita juga dapat bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. 

Masa-masa hari raya ini, pasti ramai yang akan menceritakan tentang kebahagian dan kegembiraan masing-masing menyambut hari raya. Namun, kami lebih cenderung nak ceritakan salah satu sejarah yang terlakar mengenai Islam di negara bukan Islam. 

Di Jerman, buat julung-julung kalinya sebuah stesen tv telah menyiarkan Solat Hari Raya secara live ke seluruh negara. Ini telah memberikan keyakinan kepada penduduk minoriti Islam di sana tentang penerimaan agama Islam di negara mereka. 

Sila ikuti rakaman di Youtube ini.
First , the German TV Broadcast Salat Ied: http://youtu.be/dWklNhl_5sg

Berita Astro Awani
JERMAN: Sebuah stesen televisyen yang beroperasi di Jerman menyiarkan sembahyang raya buat pertama kali dalam sejarah negara itu.

Upacara sembahyang Hari Raya Aidilfitri disiarkan secara langsung dari Masjid Penzberg yang terletak di bandar berdekatan Munich menerusi saluran televisyen awam serta siaran radio Bayerischen Rundfunk.

Pendakwah utama masjid, Benjamin Idriz menyatakan perkara itu boleh dianggap sebagai salah satu lembaran bersejarah buat komuniti Islam di  Jerman.

Siaran itu adalah sebahagian daripada liputan selama dua jam mengenai perayaan umat Islam yang merangkumi khutbah, penceritaan kitab al-Quran, zikir agama serta ucapan-ucapan dari penganut Kristian Katolik dan paderi protestan.

Sembahyang hari raya yang berlangsung pada pukul 4:45 pagi waktu tempatan itu turut diketuai Benjamin yang mengimamkan hampir 1,000 pengunjung.

Menurut pendakwah berusia 43 tahun itu, kemunculan puak pelampau seperti militan IS telah menambah tekanan psikologi ke atas umat Islam di Jerman.

“Penyiaran program Hari Raya dapat membantu masyarakat Islam berasa lebih diterima serta menjadi sebahagian daripada negara Jerman,” ujarnya.

Dua minggu lalu, Canselor Angela Merkel mewakili kerajaan Jerman menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.  Ketika majlis sedang berjalan, beliau menyifatkan Islam ‘adalah sebahagian daripada Jerman’.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-dunia/stesen-tv-jerman-siar-sembahyang-raya-buat-kali-pertama-66162
Read more ...

Hukum Solat Jumaat pada Hari Raya Pertama

14.7.15
Tak lama lagi Umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aldilfitri bagi tahun 1436H. Insya Allah jika mengikut kiraan hari, kita akan menyambutnya di Malaysia pada hari Jumaat. Justeru timbul persoalan wajibkah bersolat Jumaat sedangkan pada pagi hari kita telah berkumpul untuk Solat Sunat Aidilfitri yang mana kedua-duanya mempunyai khaifiat yang sama iaitu Solat 2 Rakaat dan 2 Kuthbah.

Dibawah saya sertakan beberapa pendapat sarjana tentang perkara ini.

Rumusan kami: Dari segi hukum, perkara ini termasuk dalam perkara yang bersifat khilafiah. Oleh itu, umat Islam secara individu bolehlah mengambil mana-mana pendapat yang sesuai.

Namun, pada kami dengan keadaan dunia harini yang mana perjalanan ke masjid tidak mengambil masa yang lama, adalah elok kita melaksanakan ke dua-dua solat kerana ianya merupakan ibadah.

Tetapi disarankan pihak masjid agar memendekkan bacaan kuthbah untuk solat Jumaat berikutan para jemaah telah mendengar kuthbah yang panjang lebar di pagi hari. Ini dapat memberi jemaah kelegaan dan dapat meneruskan aktiviti ziarah pada pertama hari raya.

PANDANGAN DR.MAZA

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :
قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ
“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).
Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.
Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.
Sumber: http://drmaza.com/home/?p=847

Fatwa Mufti Besar Republik Arab Mesir, Profesor Dr. ‘Alīy Jum‘ah Muḥammad
Soalan:
Adakah gugur (kewajipan) solat Jumaat apabila hari raya berlaku pada hari Jumaat, dan memadai dengan solat hari raya (sahaja) dari solat Jumaat?  Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur apabila berlaku hari raya pada hari Jumaat? Dan, adakah gugur (kewajipan) solat zuhur pada hari raya setakat memadai dengan solat hari raya?كتاب-الجمعة
*Jawapan:
Persoalan mengenai berlakunya hari raya dan Jumaat pada hari yang sama, dan adakah gugur kewajipan (menunaikan) solat Jumaat ketika itu, maka ianya adalah perkara khilafiah di kalangan ulama disebabkan perbezaan mereka dalam menentukan kesahihan hadis-hadis dan athar yang dijadikan hujah dan (perbezaan) pemahaman mereka ke atas (mafhum) hadis berkenaan.
Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasai’, Ibnu Majah, dan Al-Hakim daripada Iyas bin Abi Ramlah Ash-Shami, beliau berkata : “Aku telah melihat Mu‘awiyah bin Abi Sufian bertanyakan Zaid bin Arqam r.a : “Adakah kamu pernah menyaksikan dua hari raya berkumpul pada satu hari yang sama (ketika kamu) bersama Rasulullah S.A.W?” Beliau (Zaid bin Arqam r.a) menjawab: “Ya!” Beliau (Mu‘awiyah bin Abi Sufian) bertanya (lagi) : “Bagaimana baginda melakukan(nya)?” Jawab beliau : “Baginda (S.A.W) melakukan solat hari raya, kemudian baginda telah meringankan (kewajipan) solat Jumaat, lalu baginda (S.A.W) bersabda (mafhumnya): “Sesiapa yang mahu bersolat (Jumaat), maka hendaklah dia bersolat.”Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Rasulullah S.A.W, baginda telah bersabda (mafhumnya): “Telah terhimpun pada hari kamu ini dua hari raya, maka sesiapa mahu, dia tidak perlu (menunaikan) solat Jumaat, sedangkan kami (tetap mahu) solat Jumaat.”
Solat Hari Raya Tidak Menggugurkan Kewajipan Solat Jumaat
Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat bahawa menunaikan solat hari raya tidaklah memberikan keringanan hingga gugurnya solat Jumaat di mana mereka (sebahagian ulama) berhujah dalil kewajipan solat Jumaat adalah umum bagi setiap hari (termasuk hari raya – pent.). Dan, kedua-duanya (solat hari raya dan solat Jumaat) adalah syiar yang berdiri sendiri, dan tidaklah bersifat “boleh mengganti antara satu sama lain.”Manakala, pelbagai dalil daripada hadis dan athartidaklah kuat (menyokong) pengkhususannya (bahawa solat Jumaat itu boleh diberikan keringanan untuk tidak menunaikannya dalam persoalan seperti ini – pent.), kerana terdapat percanggahan pada sanadnya, dan inilah pandangan mazhab Hanafi dan Maliki.
Gugur Solat Jumaat, Wajib Ganti Dengan Solat Zuhur
Imam Ahmad r.h berpendapat – sebagaimana salah satu pandangan Imam Ash-Shafi‘i r.h – gugur kewajipan solat Jumaat bagi sesiapa yang telah melaksanakan solat hari raya, tetapi mereka diwajibkan solat Zuhur ketika itu berdasarkan hadith-hadith dan athar terdahulu (juga).
Keringanan Bagi Penduduk Di Pedalaman
Jumhur ulama – antaranya juga pandangan Imam Ash-Shafi‘i r.h yang paling sahih – berpendapat kewajipan Jumaat (hanya) ke atas penduduk bandar (sahaja) dan gugur kewajipannya ke atas penduduk pedalaman yang cukup syarat-syarat wajibnya, kerana mewajibkan solat Jumaat berserta solat hari raya kepada mereka (penduduk pedalaman) akan memberikan kesukaran dan kesulitan.Mereka berhujah dengan satu riwayat daripada Imam Malik di dalam Al-Muwatta’ bahawa ‘Uthman bin ‘Affan r.a telah berkata di dalam khutbahnya : “Sesungguhnya telah berkumpul pada kamu hari ini dua hari raya, maka sesiapa daripada penduduk Al-‘Aliyah (iaitu suatu tempat yang jaraknya kira-kira tiga batu daripada Madinah Al-Munawwarah) yang ingin menunggu (solat) Jumaat, maka hendaklah dia menunggunya, tetapi sesiapa yang mahu pulang, maka sesungguhnya aku izinkan baginya.”
Dan, perkara ini tidak diingkari oleh seorang sahabat pun, lalu jadilah ia ijma’ sukuti. Berpandukan hadis-hadis seperti inilah, para ulama memahami hadis yang memberikan keringanan meninggalkan solat Jumaat bagi sesiapa yang telah mendirikan solat hari raya.
Permasalahan ini sifatnya khilafiah
Maka itu, permasalahan dalam perkara ini adalah luas selagi mana masalah tersebut bersifat khilafiah. Oleh yang demikian, permasalahan ini bukanlah bermaksud (wujudnya) pertentangan antara satu (mazhab atau ulama) dengan selainnya. Jadi, didirikan solat Jumaat di masjid-masjid berasaskan dengan asal (dalil) dan lebih berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin hadir solat Jumaat atau mahu mengambil keringanan (tidak hadir solat Jumaat) kerana mengikuti pandangan mereka (ulama) yang menggugurkan kewajipannya dengan (sebab) telah menunaikan solat hari raya, maka dia boleh berbuat demikian, dengan syarat dia bersolat Zuhur sebagai ganti tanpa mengkritik (atau menyanggah) orang yang hadir solat Jumaat atau sesiapa yang mendirikannya (solat Jumaat) di masjid-masjid atau mencetuskan fitnah (disebabkan sikap menyanggah atau mengkritik – pent.) dalam perkara yang terdapat keluasan perbezaan (pendapat)  para (ahli) salaf padanya.
Wajib Menggantikan Solat Jumaat Dengan Zuhur
Berhubung gugur solat Zuhur yang (dikira) memadai dengan solat hari raya, maka jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat : “Bahawa gugur (kewajipan) solat Jumaat dengan sebab rukhsah atau sakit atau terluputnya waktu, maka wajiblah menggantikannya dengan solat Zuhur.”
Gugur kewajipan Solat Jumaat Dan Zuhur Sekaligus
(Manakala) riwayat daripada ‘Ata’ pula, bahawa solat Jumaat dan Zuhur gugur (kewajipannya) bersama-sama dengan (sebab) solat hari raya. Dalilnya ialah (hadis) riwayat Abu Daud, beliau berkata : “Ibnu Zubair r.a telah solat hari raya bersama-sama kami di awal (pagi) siang hari Jumaat, kemudian kami pergi menunaikan solat Jumaat, tetapi beliau tidak keluar bersama kami (menunaikan solat Jumaat – pent.). Lalu, kami bersolat sendiri-sendiri. Dan, Ibnu ‘Abbas r.a (ketika itu) berada di Ta’if, sebaik sahaja beliau tiba, kami pun memberitahunya (tentang hal ini). Maka, beliau berkata: “Beliau (Ibnu Zubair r.a) telah menepati sunnah.”
Kewajipan Solat Jumaat Tidak Gugur, Sebaliknya Solat Hari Raya Gugur
Dan, ini (hadis riwayat Abu Daud – pent.) tidak sesuai dijadikan dalil kerana (kemungkinan) terdapat pelbagai jalan andaian mengenainya (hadis), sedangkan apa-apa yang terdapat pelbagai jalan andaian, batallah pengambilan dalil daripadanya. Dalam persoalan ini, tiadalah dalil yang menunjukkannya (Ibnu Zubair r.a) tidak melakukan solat Zuhur di rumahnya. Bahkan, dalam riwayat ‘Ata’ (tersebut) bahawa mereka bersolat Zuhur sendiri-sendiri bukanlah indikator yang boleh diterima sebagai gugurnya (kewajipan) solat Zuhur. Pandangan ini mungkin boleh diandaikan sebagai mazhab yang membolehkan solat Jumaat sebelum tergelincirnya matahari, iaitu pendapat yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.h bahkan daripada ‘Ata’ sendiri di mana beliau berkata : “Setiap (solat) hari raya (dilaksanakan) ketika masuknya waktu Duha (iaitu): (solat) Jumaat, (solat) hari raya adha, (dan solat) hari raya fitrah.” Panduan ini dikuatkan oleh riwayat Wahab bin Kaisan daripada An-Nasai’ yang mana beliau berkata : “Telah berkumpul dua hari raya pada zaman Ibnu Zubair, lalu beliau lewat keluar rumah sehingga hari siang meninggi, seterusnya beliau keluar menyampaikan khutbah, maka beliau memanjangkan khutbah. Apabila selesai khutbahnya, beliau pun mendirikan solat dan beliau tidak (mendirikan) solat Jumaat bersama orang ramai.” Sedangkan, seperti yangsudah termaklum bahawa khutbah Jumaat adalah sebelumnya (solat Jumaat), manakala khutbah solat hari raya (pula) adalah selepasnya, bukan sebelumnya (solat hari raya).”
Sebab itulah, Abu Al-Barakat Ibnu Taimiyyah r.h berkata : “Aku berpendapat bahawa beliau (Ibnu Zubair r.a) berpandangan bolehnya mendahulukan solat Jumaat sebelum tergelincir matahari, lalu beliau mendahulukannya (solat Jumaat), dan beliau menjadikannya sebagai pengganti solat hari raya.”
Bilangan Solat Fardu Tidak Pernah Gugur
Begitu juga tidak pernah syarak menjadikan solat-solat fardu itu (didirikan) empat kali (sahaja) dalam apa-apa keadaan meskipun dalam kesakitan yang bersangatan atau dalam peperangan yang sengit. Sebaliknya, (kewajipan) solat tetap lima kali pada setiap keadaanseperti yang ditunjukkan oleh nas-nas yang qat‘idaripada sabda Rasulullah S.A.W kepada orang Arab Badwi mengenai bilangan fardu-fardu di dalam Islam (mafhumnya): “Lima solat sehari semalam.” – muttafaq ‘alayh daripada hadis Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. Dan, sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu‘az bin Jabal r.a ketika baginda mengutuskan beliau ke Yaman (mafhumnya) : “Maka, hendaklah kamu beritahu mereka bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla telah memfardukan mereka (melaksanakan) lima kali solat sehari semalam.” –muttafaq ‘alayh daripada hadis Ibnu ‘Abbas r.a. Sabda Rasulullah S.A.W (mafhumnya) : “Lima solat (sehari semalam) yang diwajibkannya oleh Allah ke atas hamba-hamba-Nya.” – diriwayatkan oleh Imam Malik r.h di dalam Al-Muwatta’, Abu Daud, dan An-Nasai’ daripada hadis ‘Ubadah bin As-Samit r.a. Begitulah seterusnya daripada pelbagai nas (tentang kewajipan solat fardu lima kali sehari semalam – pent.)
Persoalannya?
Apabila solat fardu tidak gugur dengan (sebab) melaksanakan solat fardu (lain) seumpamanya, maka bagaimanakah ia (solat fardu) gugur dengan (hanya) menunaikan solat hari raya yang bertaraf fardu kifayah dalam konteks (hukumnya ke atas) masyarakat, dansunnah sahaja dalam konteks individu?
Sesungguhnya syarak yang mulia telah mewajibkan solat lima waktu ini atas zatnya (masing-masing) sekalipun (berlakunya) perbezaan zaman, tempat, individu dan keadaan melainkan yang dikecualikan syarak seperti perempuan yang didatangi haid dan nifas. Sehinggakan Nabi S.A.W ketika baginda mengkhabarkan tempoh masa Dajjal menetap di bumi, baginda bersabda (mafhumnya): “Empat puluh hari : sehari seperti setahun, dan sehari seperti sebulan, dan sehari seperti (satu) Jumaat, dan selebihnya seperti hari-hari kamu (sekarang).” Lalu, sahabat r.a bertanya baginda: “Wahai Rasulullah! Pada hari yang seperti setahun itu, adakah memadai bagi kami solat sehari (semalam seperti sekarang)?” Sabda baginda (mafhumnya): “Tidak! Tetapi, kamu hitungkanlah kepantasannya (masa) itu.” – riwayat Imam Muslim r.h.
Kesimpulan
Dan, ini antara nas yang menunjukkan tidak gugurnya mana-mana solat fardu yang telah ditetapkan kewajipannya itu (oleh Allah S.W.T) dalam apa-apa keadaan dan masa sekalipun. Oleh hal yang demikian,pendapat yang mengatakan gugurnya solat Jumaat dan Zuhur dengan sebab solat hari raya merupakan pendapat yang tidak seimbang (lagi rapuh) kerana lemahnya dalil dari satu aspek, dan tiada kepastian nisbah kepada (ulama) yang mengeluarkan pendapat tersebut dari aspek yang lain.
WalLahua‘lam.
* Terjemahan bebas daripada laman sesawang Dār-ul-Iftā’ Miṣriyyah http://www.dar-alifta.org/viewfatwa.aspx?id=1401&mu&Home=1&LangID=1 –Fatwa Mufti Besar Republik Arab Mesir, Profesor Dr. ‘Alīy Jum‘ah Muḥammad

Read more ...

Panas. Kumpulan bergelar mahasiswa berkumpul di Putrajaya tolak Najib

10.7.15


Isu tuduhan wang 1MDB yang kononya disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri telah mendapat perhatian seluruh dunia. Tidak terkecuali sebahagian kumpulan yang menggelarkan diri mereka mahasiswa telah berkumpul untuk menyatakan ketidak puasan hati.

Hal ini berlaku di Dataran Putrajaya berhadapan dengan masjid putrajaya selepas Solat Jumaat tadi. Kain rentang yang menyuruh YAB Najib meletakkan jawatan dan mengistiharkan harta jelas terpampang semasa perhimpunan. 

Nampaknya isu ini telah membawa kepada satu langkah baru rakyat. Mungkinkah rakyat akan kembali bangkit di jalanan untuk menyatakan pendirian mereka akan kembali??? 




Apapun, kami mendoakan kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta ini dan semoga kebenaran yang hakiki diketahui umum.. 
Read more ...

Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib

10.7.15


KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

“Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau juga berkata Najib boleh meletakkan jawapan untuk member peluang kepada pimpinan baru dalam UMNO.

Musa, yang suatu ketika dulu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin, berkata beliau tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu dan beliau terpanggil untuk memberikan pendapatnya pada bulan Ramadan apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata.

"Maaf, saya tak pernah begini," katanya.

Musa dilaporkan berkata beliau tertekan apabila memikirkan Najib yang membawa nama mentornya dan menyerunya untuk berehat dan menyerahkan diri kepada Tuhan sekiranya rasa bersalah.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya."

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang veteran UMNO berkata hanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah boleh memberi cuti dan 'merehatkan' Perdana Menteri daripada jawatannya.

Siasatan dijalankan selepas laporan WSJ mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.

Petikan berita daripada: http://www.astroawani.com/berita-politik/letak-jawatan-bercuti-atau-kekal-pegang-jawatan-seru-musa-hitam-kepada-najib-65318
Read more ...

But What Have We Done?

10.7.15

Sebuah puisi didalam Bahasa Inggeris oleh Nib Mihar. Salah seorang penulis di Malaysiakini.

Let us look back over the years
All the agony, all the tears
In this land of ours
The scandals which were enormous

The Bumiputera Malaysia Finance
The scandal that got out of hands
Billions lost at our expense
When loans were given to friends

Jalil Ibrahim was murdered
He knew too much it was rumoured
His body was discovered
But the truth remained covert

Two dollar Maminco was created
To control tin price it was intended
Still the tin price went absurd
Billions lost was never expected

Bank Negara Malaysia made a loss
Played Forex like George Soros
RM30 billion were lost
All at taxpayers cost

Perwaja came to the fore
Industrialization was the core
Losses made but still they want more
Our money to save the iron ore

Crony Eric Chia appointed to rescue
To make profits that was overdue
But it became more 'haru biru'
RM10b lost our money too

Then we have Petronas
To save our country's ass
Konsortium Perkapalan losses amassed
Whose company, make a guess

Paid out by the billions
As instructed by those lions
We became servile minions
Even if we lost trillions

MAS shares at eight ringgit
Were sold to a so called pundit
At less than half the price of it
Tajudin Ramli the name of the culprit

MAS got worse
And it burst
As usual, bail out we must
To save it from further rust

Now we have PKFZ
Another money making target
By those idiots who set
To make as much as they can get

Then came the NFC
RM250 million paid to a Minister's family
Agreement not signed but paid already
The intention to buy cows overseas

Taxpayers money were used
To purchase condominiums we are not amused
That was really an abuse
Don't make it an excuse

They say this is the mother of all scandals
1MDB created by those rascals
Should we throw at them our sandals
To show disgust at how they handle

Tabung Haji meant to rescue
Do you think they have a clue?
Under instruction, it is true
From you know who

But what have we done?
Just sitting under the sun
All these scandals one by one
We still elect them to run

Then why complain
About the rain
And the pain
We are not going to gain
Our anger all in vain
Because we select them again
Again and again....again and forever....

Sumber asal: http://malaysiakini.com/letters/298190

Read more ...

Bedding & Sangkar Untuk Guinea Pig

9.7.15

              Guinea Pig ataupun dalam Bahasa Melayunya dipanggil tikus belanda merupakan antara haiwan peliharaan yang agak menarik bagi peminat-peminat haiwan. Namun, lumrah dunia pet ini, bila dah bela haiwan, bermakna segala keperluannya perlu diambil berat supaya kita tidak menganiaya yang menjadi beban dosa pula pada kita.

          Antara keperluan haiwan peliharaan yang perlu kita ambil kira ialah seperti jenis makanan dan minumannya, tempat tinggal dan pengurusan sisa buangan. Kali ini kami nak kongsi sedikit cara-cara untuk menyediakan tempat tinggal guinea pig yang pernah kami praktikkan sendiri.

           Sebenarnya menjaga guinea pig tidaklah sesukar mana. Namun, kebersihan tempat tinggal guinea pig adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesihatan haiwan ini. Antara jenis tempat tinggal yang biasa pernah saya gunakan ialah bedding jenis:
           - Wood chip
           - Kain tebal
           - Jaring
           - Pasir

Wood chip bedding
Bedding jenis ini adalah amat selesa bagi haiwan yang mana kita letakkan serbuk kayu pada sangkarnya. Wood chip perlulah ditukar sehari atau 2 hari sekali mengikut keadaan. Namun, cara ini agak mahal berikutan harga wood chip sendiri dan kekerapan menukarnya.

Kain tebal
Dengan menggunakan kain tebal seperti selimut, kita dapat memastikan tempat tinggal guinea pig akan sentiasa kering dan kurang berbau busuk. Kos menggunakan teknik ini juga tidaklah mahal cuma perlu keluar lebih sedikit masa permulaan untuk membeli kain. Sesudah itu, kain hanya perlu dibasuh seminggu sekali mengikut keadaan. Sisa buangan haiwan pula boleh discoop 2-3 hari sekali mengikut keadaan.

Jaring
Kami pernah mencuba teknik ini yang mana jaring diletakkan sebagai alas. Dengan cara ini segala sisa buangan haiwan akan jatuh kebawah. Dengan cara ini maintenance terhadap sangkar lebih mudah, hanya perlu bersihkan sisa dibahagian bawah sahaja. Namun, cara ini tidaklah mesra kepada haiwan. Haiwan boleh mendapat luka pada kaki berikutan keadaan jaring yang tajam. Selain itu, haiwan akan berasa kurang selesa dalam melakukan aktiviti harian seperti tidur dan makan diatas jaring.

Pasir
Apabila kami menukar guinea pig kami ke sangkar yang baru. Kami terfikir bagaimana mahu menjadikan sangkar guinea pig lebih semulajadi. Lalu terfikirlah untuk menggunakan pasir. Namun, kami dapati teknik ini agak sukar untuk dimaintain. Sangkar akan menjadi terlampau busuk selepas 2 minggu berikutan sisa buangan haiwan terperangkap dalam pasir. Jadi, ini bukanlah cara terbaik walaupun ianya nampak seperti semulajadi.

Kesimpulannya, cara Wood Chip dan Kain bagi kami merupakan cara terbaik bedding untuk guinea pig. Sekarang kami menggunakan cara kain tebal yang mana kain akan dibasuuh setiap minggu. Cara ini juga memudahkan kerja pembersihan sangkar guinea pig.

Diharap, dengan keterangan diatas dapat  memberi keterangan sedikit sebanyak cara untuk menyediakan bedding untuk guinea pig.

Selamat beramal!!!




Read more ...

Zakat Fitrah bagi tahun 1436H

9.7.15

           Kini kita kembali ke Bulan Ramadhan yang diberkati. Alhamdulillah, walaupun tahun ini kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran, dengan kekangan ekonominya, kos sara hidup yang semakin meningkat dan gelora masalah politik nasional, namun kita dimurahkan Rezki oleh Allah swt untuk menemui Ramadhan dalam keadaan yang aman dan damai.

           Dalam terdapat banyak ibadah yang sunnah mahupun wajib dilakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini, jangan kita lupa satu amalan wajib ini yang dikhaskan dibulan Ramadhan iaitu pembayaran zakat fitrah.

          Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar oleh setiap Umat Islam. Kalau tengok hari ini, tak ada alasan lagi untuk tak membayarnya dengan pembukaan kauntet zakat dimerata tempat seperti di Bazaar Ramadhan, Shopping Mall mahupun di Masjid pada waktu puncak semasa orang ramai keluar dan balik bekerja.

            Disini kami sediakan kadar yang patut dibayar mengikut negeri dimana tempat kita bermustautin.

Selamat Beramal!!!

Read more ...

Greatanep kini Pemadam Buruk

8.7.15

             Setelah sekian lama greatanep.blogspot tidak mengeluarkan artikel baru, namun blog ini masih mendapat sambutan dari netizen melalui post-post kami yang lama. Dengan itu, hari ini dengan menggunakan server yang sama, kami berhasrat membuat rebranding kepada blog ini supaya menjadi lebih menarik, infomatif dan bersifat semasa.

             Dengan itu kami telah menukar nama blog ini dari dahulunya dikenali sebagai greatanep.blogspot.com kepada pemadamburuk.blogspot.com. Dengan pembaharuan ini, kami berharap blog ini dapat menyalurkan maklumat dan ilmu berguna kepada warga netizen.

            Konsep terbaru kami dengan mengambil design yang lebih simple, mudah untuk menavigasi di dalam blog dan menggunakan bahasa yang lebih formal tetapi santai. Medium bahasa utama kami ialah Bahasa Melayu.

            Isu-isu yang bakal kami kupas yang pertama dan utamanya yang berkaitan dengan tip-tip kehidupan dan ilmu berguna dalam melangsungkan kehidupan. Selain itu terdapat nasihat-nasihat agama, panduan amalan agama Islam. Bahkan, blog ini juga bakal mengetengahkan hiburan karya seni terutamanya Seni Melayu.

Diharap blog ini sedikit sebanyak membantu semua dalam menceriakan kehidupan harian anda.

Selamat beramal!!!!

Read more ...