Bagai dedaun kering yang hancur....

14.7.14
Catatan 14 Julai 2014 ~ Gaza dibedil bertalu oleh Israel. 
Bagai dedaun kering yang hancur....
Rejim Zionis masih teragak-agak samada mereka akan meneruskan pertempuran kali ini dengan memasuki Gaza dengan jalan darat setelah Gaza diserang daripada laluan udara dan laut.

Apa tidaknya, pertempuran di bulan Ramadan kali ini tentunya adalah satu keputusan yang cukup besar perhitungannya kerana semangat yang ada di kalangan pejuang Hamas dan rakyat kebanyakan Palestin yang menyokongnya berada di paras yang tertinggi.
Hamas telah menamakan siri peperangan ini sebagai :
1- Perang 2008-2009 dikenali sebagai Perang al Firqan (Pembeza di antara hak dan batil)
2- Perang 2012 pula dikenali sebagai Perang al Hijarah as Sijjil (Batu-batu dari neraka)
-3 Perang 2014 ini pula dipanggil sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).
Pasukan pejuang yang didominasikan oleh Briged al Qassam telah dan akan terus melakukan kejutan demi kejutan bagi menggagalkan serangan tentera penjajah Zionis ini memasuki bumi Gaza sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Mereka akan terus mengajar keangkuhan rejim penjajah ini dengan sebaik-baik pelajaran yang hakikatnya perit untuk diterima dan gerun untuk mereka berhadapan dengannya.
Semoga Allah membantu dan memberikan kemenangan para pejuang yang berkorban untuk mempertahankan masjid al Aqsa dan bumi Palestin daripada terus dijajah musuh durjana.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan