Amalan Mencukur Jambul ~ Antara Sunnah dan Adat

20.6.13
Seperti yang dinyatakan tajuk diatas, bangsa Melayu kita ni selalu terkeliru antara yang mana ajaran Agama Islam dan yang mana pula datangnya dari Adat Melayu sehingga ada yang menyatakan ini ibadah walaupun sebenarnya ianya adat Melayu yang dikaut dari agama Hindu.


Berbalik kepada Amalan Mencukur Jambul, mari kita tengok apa yang patut dibuat dan apa pula yang kita amalkan.


Yang patut kita buat:
Mencukur rambut bayi semuanya kerana rambut yang datang bersama bayi semasa lahirnya dari rahim ibu adalah kotor dan tidak sihat.

Apa yang kita selalu buat:
Mencukur jambul @ hanya sebahagian rambut dari kepala bayi kemudian memasukkan rambut ke dalam biji kelapa.

Yang patut kita buat:
Melumurkan manisan keseluruhan dalam mulut bayi seperti sunnah Nabi.

Apa yang kita selalu buat:
Menyentuhkan sedikit manisan hanya ke bibir bayi

Yang patut kita buat:
Mengadakan aqiqah untuk bayi yang dilahirkan sudah memadai
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Apa yang kita selalu buat::
Menyadakan majlis berzanji, marhaban serta disertai dengan adat berendoi dimana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Yang patut kita buat:
Aqiqah dilaksanakan sebaiknya pada hari ke tujuh
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. 

Apa yang kita selalu buat:
Majlis dilaksanakan beberapa bulan selepas kelahiran supaya persiapan rapi besar-besaran dapat dilakukan..



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Read more ...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak

19.6.13
Setelah lama menyepi, kami kembali dgn post yg sekelian kalinya ini. Ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Tak sampai 20 hari lagi kita akan menyambutnya. 



Semoga Ramadhan kali ini membawa peluang yang berganda kepada kita semua untuk menambah amal ibadah dan medium untuk menyucikan hati yg lama tercemar ini. Amiin Ya Rabbal Alamin..

Sambil itu, sama-samalah kita berdoa utk saudara kita yg kini sedang berjihad mempertahankan keadilan di negara Syria dari pemimpin yang zalim. 
Read more ...