Duit derma tahlil arwah tu Harta Pusaka ke?

28.1.13
Maka sudah sebulanlah berlabuhnya tahun 2012. Kini bulan Februari 2013 semakin tiba. Sekejap je ya masa berlalu, hai akhir zaman. Pada Disember 2012, saya telah kehilangan seorang lagi saudara dekat iaitu pakcik saya. Semoga roh beliau dirahmati Allah dan beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 


Namun, tiap kali bila kita terlibat dengan pengurusan jenazah, maka banyaklah persoalan mengenai hukum pengurusan jenazah bermain di kepala. Al-maklumlah, jarang-jarang sekali kita menguruskan jenazah, jadi tak semua kita ingatkan. 

Tapi bila berdepan dengan pegurusan jenazah, saya rasa masyarakat kita masih keliru mengenai hukum mengenai suatu perkara itu seperti hukum bertahlil, berkabung, menderma duit kepada waris si mati, makan di rumah si mati, memberi duit kepada khalayak yg sembahyangkan jenazah serta yang paling penting pengurusan harta pusaka si mati.

"Adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka si mati??"

Adakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka si mati?? Ada orang keliru katanya duit hasil derma orang ramai semasa majlis tahlil adalah harta pusaka. Saya cuba untuk mencari sumber untuk menyangkal perkara ini tetapi masih tak berjumpaan. Tapi saya pernah mendengar ceramah UAI yang mengatakan duit derma bukanlah harta pusaka. 


Harta pusaka secara ringkasnya adalah harta yang dipunyai oleh si mati saat kematiannya. Bukan selepas kematiannya. Ini termasuklah barang-barang peribadinya, pakaiannya, malah duit seringgit yg masih ada didalam koceknya pun dikira harta pusaka. Secara ringkasnya pengurusan harta pusaka ini terbahagi kepada lima urutan:

  1. Pertama - digunakan untuk menyeleesaikan jenazahnya seperti mandi, kafan dan kebumi
  2. Kedua - membayar hutang si mati samada kepada manusia ataupun hutang kepada Allah termasuk menyelesaikan gadaian atau harta yang dipinjam dari orang lain
  3. Ketiga - menunaikan wasiat si mati, jika beliau ada berwasiat dengan syarat tidak lebih daripada 1/3
  4. Keempat - menyelesaikan masalah harta sepencarian
  5. Kelima - membahagikan harta pusaka kepada waris-waris si mati
Namun, kebanyakan dari masyarakat kita hanya terus skip kepada yang no 5 tanpa mengetahui apakah urutan yang lain telah dilangsaikan atau belum. 

Sebenarnya, ilmu pengurusan harta si mati ini agak kompleks dan memerlukan kajian dan pembelajaran mendalam. Saya pun still study-study gak hukum-hukumnya. Jadi, tak maulah saya cerita-cerita lebih-lebih kat sini takut ade yang tersilap kata. 

Apa yang penting, marilah kita rajin-rajinkan diri study ilmu ini dan mula mengambil tahu mengenai harta yang kita punyai dan hak kita. Serta preparation jika suatu hari nanti bila kita pergi, kita tidaklah menyusahkan waris-waris kita. 

~Wallahualam~


Read more ...