Tahniah buat ALONG!!! Namun, apakah hukum aurat kita bersama Ipar Duai kita?

6.3.12
Alhamdulillah!! Tahniah saya ucapkan buat Along yg baru-baru ini telah melangsungkan majlis walimah dan dengan ini secara rasminya saya telah mempunyai seorang kakak ipar. Dipendekkan cerita, setelah selesai shj majlis, maka baliklah keluarga dari sebelah sana melainkan ipar saya shj yg tinggal beberapa hari dirumah saya sebelum berangkat utk bercuti bersama along.

Sepeninggalannya dirumah, maka berasa kekoklah saya kerana terdapat orang asing yg masih belum kenal rapat lagi didalam rumah. Tambahan pula berlainan jantina dari saya. Maka, terdetiklah, apakah hukum menutup aurat antara saya dengan dia???

"Maka terdetiklah, apakah hukum menutup aurat antara saya dan ipar duai saya?"

Semasa dirumah ipar saya mengenakan pakaian menutup aurat selain ternampak tapak kaki dan pergelangan tangan. Kadang kala ada dia mengenakan lengan pendek. Namun, dia tetap bertudung sepanjang masa ketika berada dokhalayak keluarga saya.

Setelah melakukan sedikit research, saya rasa inilah pendapat yang paling banyak berdasarkan ayat Quran.


Ayat diatas bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
(Surah An-Nuur:31)

Maka dengan ini hukum menutup aurat antara ipar duai adalah seperti auratnya kepada yang BUKAN MUHRIM kerana hubungannya dengan ipar merupakan Muhrim sementara. Namun, disebabkan hubungannya dengan Ipar merupakan muhrim sementara, mengikut sesetengah ulama, diberikan sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin, dan dimaafkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja rumah seperti didapur (atas alasan kesulitan).

"Maka dengan ini hukum menutup aurat antara ipar duai adalah seperti auratnya kepada yang BUKAN MUHRIM kerana hubungannya dengan ipar merupakan Muhrim sementara."

Maka, dengan ini terungkailah persoalan yang bermain difikiran saya mengenai aurat kepada ipar saya. Sekian. Wallahualam. 
Read more ...