Projek Miniku....

20.11.11
Setelah sekian lama menyepi dari menulis dari blog ini. Malam ini saya terasa pula ingin menulis kembali di laman blog yang rasanya kalau blog ni rumah, memang boleh dianggap usang la sebab sudah berbulan-bulan ditinggalkan.

Namun, saya tak mahu banyak menulis. Saya just mahu kongsi kesyukuran saya salah satu projek kecil saya di tempat kerja telah berjaya saya selesaikan. Projeknya ialah memperbaharui Daily Report untuk Plant yang saya handle kini. Kalau sebelum ini reportnya agak berterabur kini saya telah standardizekan ke satu templete excel untuk diisi oleh Supervisor setiap pagi. 

Jadi, ini dapat memudahkan supervisor berkenaan dan dalam masa yang masa memudahkan juga Saya selaku engineer utk merujuk dan kerani pejabat utk memasukkan data ke  database. Mungkin ramai menganggap perkara ini sangatlah kecil dan amat mudah. Namun bagi saya seorang engineer baru, bukan mudah utk melakukan perubahan dalam system tempat kerja yg telah sebati dengan staff2 lebih senior yg lain. Bukan mudah utk memujuk mereka utk menukar kepada system yang lain yang lebih teratur ini.

Jagi, lihatlah hasil dibawah:


Namun masih banyak lagi projek yg terbenak di fikiran saya yg ingin saya lakukan. Selain dapat menambahkan pengalaman saya dialam pekerjaan, paling kurang saya berharap saya dapat melakukan suatu perubahan positif kepada Compeni tempat saya berkhidmat selain saya mengharapkan keredhaan penuh dari Allah swt atas tiap yg saya lakukan.
Read more ...