Sex @ Seks, Rumah Urut ~ Malaysia bukan lagi Negara Islam

22.3.11
Semalam, akhbar PERDANA rakyat Malaysia (Utusan Malaysia) ada mengeluarkan laporan yang bertajuk,
 
"Bukit Bintang Seperti Hadyai"


Laporan itu mendedahkan bahawa perniagaan rumah urut dan sebagainya tumbuh macam cendawan disekitar Jalan Bukit Bintang yg keadaannya menyamai Hadyai, Thailand ~ Sebuah negara berstatus Bukan Islam. Laporan itu bolehlah dibaca di link dibawah.


Selain itu, laporan itu melaporkan juga bahawa kegiatan ini berselindung disebalik nama Rumah Urut, Refleksologi dan Spa untuk mengabui mata masyarakat. Pada pendapat saya, kewujudan tempat seperti Rumah Urut, Reflleksologi dan Spa ni pun, tak kira lah yg berlesen ke tak, memang menjelekkan mata. Bayangkan, yg perempuannya mengurut lelaki dengan lemah lembut dan gemalainya, tentunya boleh membawa kepada maksiat dan sebagainya. Tambahan jika ianya dilakukan ditempat tertutup.


Susulan daripada laporan ini, IKIM.fm melalui segmen Warna Pagi teleh mengutarakan tajuk "Pusat-Pusat Maksiat Semakin Tidak Terkawal" sebagai perbincangan pagi tadi.

"Pusat-Pusat Maksiat Semakin Tidak Terkawal"

So, saya pun observelah kat FB IKIM.fm, apakah Punca-Punca perkara ini berlaku? Benarkah? So, dibawah merupakan jawapan pendengar IKIM..


Apekah Komen-Komen Rakan IKIM diatas? Yang saya mark dengan Kotak Merah tu, cuba korang baca komen-komen tu. Komen-Komen yang bertanda Merah tu merupakan Komen-Komen yang saya lihat MENGKRITIK cara Pentadbiran Kerajaan/Pemerintah/Penguatkuasa yang pincang sebagai punca perkara ini terjadi!!

"Komen-Komen yang bertanda Merah tu merupakan Komen-Komen yang saya lihat MENGKRITIK cara Pentadbiran Kerajaan/Pemerintah/Penguatkuasa yang pincang sebagai punca perkara ini terjadi!!"

Kalau tengok jumlah Komen-Komen yang saya Snapshot. 19 drpd 38 Koresponden menyatakan pendirian ini!!! Ini lebih dari 50% persetujuan ke arah HANYA satu Faktor. Ini merupakan bukti yang cukup kukuh bahawa rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu dilakukan kepada Pemerintahan Negara supaya dapat menyelamatkan Malaysia dari Malapetaka dan Azab Allah swt. (Saya tak maksudkan tukar parti politik pun ye, tapi kalau nak try tukar parti pemerintah pun apa salahnya. Malaysiakan DEMOKRASI. Apa saya maksudkan, ubahlah pendirian dan pendekatan dalam menangani isu, boleh dimulai diperingkat Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran dan sbginya. Dalam Syarikat pun boleh mula. Kalau nak tunggu Pemimpin negara ubah, tengok gaya sikap & pemikiran pemimpin sekarang, lambat lagi rasanya)

Isu Video Seks
Dah terlanjur cerita pasal seks dan maksiat ni. Ada saya terbaca tentang pengebaran Video Seks yang Kononnya dilakukan oleh Ketua Parti Pembangkang Negara. Korang memang dah tahu pasal cerita ni, so tak payah la saya nak ulang. Cuma apa yg saya nak terangkan yang saya juga ada terbaca artikel seperti dibawah ini:

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Persoalannya, awat Datuk T dan geng-geng Wartawan yang tonton Video Lucah ni, tak kene tahan pon? Siap diorang war-war lagi dalam akhbar yang diorang tengok Video Lucah ni. Pelik bin Ajaib Polis @ KDN Malaysia ni. Lu orang pikir la sendiri ya. Wallahualam.

~Haniff Izhar~

1 ulasan:

  1. tu la pasal...aku ni kdg2 rase letih je bdn...rase cam nak g umah urut...tp takut la plak...ntah kang yg aku masuk tu nama je rumah urut, tp benda lain yg diurut nye kang...huhu

    BalasPadam