Ronda-Ronda Pasar Malam Malaysia!!!

4.3.11
Salam sahabat-sahabat setia pembaca blog Greatanep ni,

Sebenarnya banyak post-post saya yg tergendala yang tak dapat saya post dek kerana kesibukan masa ataupun kemalasan diri utk mengepostkan post-post berkenaan. Kebanyakan idea-idea ni berkenaan Perlis, negeri perantauanku. Ialah orang baru kat tempat orang, mestilah teruja nak ceritakan macam-macam benda kan.

Oklah, tanpa berlengahkan masa lagi, marila kita ke subjek yg sebenar. Post kali ni saya nak ceritakan pasai pasar malam yang available kat Perlis ni. So, jadi lepas ni sesiapa yang baru pindah ke Perlis ni, nak cari makan-makan waktu malam, yang paling senangnye, marilah ke Pasar Malam yang berada disekitar Perlis ni. Disebabkan Perlis ni kecil, Pasar malam kat ujung nun sebelah sana pun dekat je kalau nak pergi.

Telebih dahulu, saya ceritakan pasar malam2  yg besar-besar kat perlis ni. Ikuti laporan saya yg berikut:

Pasar Malam Kangar (Hari Rabu Malam Khamis)

Ha, nilah pasar malam terbesar kat Perlis. Kira ni macam Pasar Malam Jln TAR kat KL tu la. Memang pelbagai ada kat pasar malam ni. Yang bestnye, pasar malam ni dah dibahagi kepada seksyen2 jenis jualan. Maksudnya ada bahagian sayur, ikan, ayam, daging2, perkakasan dapur, makanan-makanan, pakaian-pakaian, eksessori wanita, eksessori HP dan pelbagai lagi. Jadi senang la kita nak memilih sebab semua satu tempat je.

Lokasi pasar malam ni: Sekitar Stadium Perlis.


Pasar Malam Arau (Hari Jumaat Malam Sabtu)

Haa, ni my fauvorite pasar malam. Sbbnye ianya hari jumaat mlm sabtu. Disebabkan Sabtu cuti, jadi Jumaat malam tu boleh la keluar round-round kat pasar malam ni. Besarnye lebih kurang sama dengan Pasar Malam Kangar, macam-macam barang pelbagai kat pasar malam ni. Lebih-lebih lagi ianya dekat dengan Pasar Raya C-Mart (C-Mart ni boleh kata pasarraya besar yg taraf Giant la kat Perlis ni) , boleh lah singgah C-mart sekali tuk cari barang-barang keperluan.

Lokasi pasar malam: Sekitar C-Mart Arau

Pasar Malam Jejawi (Hari Sabtu Malam Ahad)

Pasar malam ni saya tak berapa gemar sangat kerana kedudukannya yang kurang strategik. Kalau drive kete nak gi Pasar Malam ni silap-silap kene parking jauh sana. Sebab kekurangan parking kat pasar malam ni. Scale pasar malam adalah sederhana. Kire dari 5 stars, saya kasi 3 @ 2 stars je kat pasar malam ni.

Lokasi pasar malam: Jejawi, dekat dengan port JPJ and Puspakom.

Ok, tu tang pasar malam yang besar-besar yang telah saya jelajahi. Ni plak saya nak cerita pasar malam pasar malam kecil yang berdekatan dengan rumah saya. Orang bujang, memang camginilah gayanya. Boring-boring je pi pasar malam (yelah, Perlis mana ada Shopping Complex =))

Pasar Malam Kilang Cima (Selasa Mlm Rabu)

Saya tak tau apa orang sini namakan pasar malam ni. Yang penting ianya dekat dengan rumah & on da way nak pi kilang tempat saya bekerja. SO, bila balik kerja, boleh singgah untuk beli makanan malam.

Lokasi: Hadapan Kilang Simen CIMA

Pasar Malam Taman Melati (Khamis Mlm Jumaat)

Pasar malam ni kecik je. Tapi kalau nak cari makan-makan tu boleh je. So, hari khamis agak-agak saya muak makan masakan kantin kilang, inilah target tempat saya carik makan.

Lokasi: Jalan masuk ke Taman Melati, Beseri

Pasar Malam Beseri (Ahad Mlm Isnin)

Haa, pasar malam ni pun favourite saya. Sebab boleh kata ianya pasar malam yang agak besar yang berdekatan dengan rumah saya. Selain itu, lokasinya yang bertempat di Pasar Beseri menjadikan ianya begitu strategik (Orang kat pasar pun dok tumpang jual barang dapur sekali)

Lokasi: Pasar Beseri

Pasar Pagi Beseri (Pagi Sabtu)

Haa, nak cari barang dapur, nilah waktu sesuai. Tapi ianya waktu pagi (jadi bukan pasar malam yee) Nak cari makan-makan sarapan dan makan tengahhari pun ada. Nasi Lemak 50 sen pun ade. Heheee.

Lokasi: Pasar Beseri.

Maka. sekian sahaja report saya mengenai pasar malam yang terdapat disekitar perlis. Di bawah ade sikit snap shot yang dapat saya ambil utk Pasar Pagi Beseri.




Sekian, wassalam.

~Haniff Izhar~

5 ulasan:

  1. ada lagi satu pasar pagi or org perlis panggil 'nat'. ari ahad pagi dekat mata ayer en anip. dekat dgn sek. keb. oran. hehe.. try cari. tapi disebabkan projek keretapi tu nat ni jd crowded sgt2. tapi mknan still ok mcm dulu gak.. ;D

    BalasPadam
  2. Owh.. yeke.. akan di wxplore.. hehee..

    BalasPadam
  3. thanks a lot for the info. mmg tgh carik kat mane pasar malam kat area perlis ni. sbb still baru kat perlis. thanks. TERBAIK! =)

    BalasPadam
  4. pasar malam jejawi sabtu malam ahad & isnin malam selasa.
    pasar malam pauh khamis malam jumaat.
    pasar malam simpang empat jumaat malam sabtu.
    pasar malam kuala perlis selasa malam rabu.
    nat pokok getah hari ahad pagi.
    nat kuala perlis hari ahad pagi
    nat simpang empat hari selasa pagi
    ada banyak tempat lg pasar malam & nat tapi tk ingt nama tempat..

    BalasPadam
  5. isnin malam - kat sinmpang 4 ABI

    BalasPadam