Program Sempena Perasmian Komplek Pas Perlis

11.3.11
Salam sahabat-sahabat pembaca blog Greatanep,

Just nak kongsi dengan you all yang duduk kat area Perlis, mai la pakat kita turun ramai-ramai sempena dengan perasmian Kompleks Pas Perlis. Saya ni bukan la Ahli Pas pun (Belum lagi, hehee), tapi bab-bab nak berkomuniti dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat ni memang amatlah saya gemari. Tak salah kan, kita nak kenali culture politik kat Perlis ni. Disamping itu dengan kehadiran pemimpin-pemimpin gah dari pembangkang terutamanya PAS menyemarakkan lagi semangat saya utk saje-saje jengok ke majlis ni. (Ramai woo datang, teruja gile, Tok Guru Nik Aziz pun turun Perlis ni)

Tengok le gambar poster yang saye sempat snapshot ni:

Tak nampak ye ape yang ditulis dalam poster tu? Takpa, saya jelaskan dengan lebih lanjut dibawah ya:

11 Mac 2011 / Jumaat
7.00 malam
Solat Magrib beramai-ramai dan bacaan Yasiin serta Solat Hajat.

10.00 malam
CERAMAH
YB. Ustaz Hashim Jasin - YDP Pas Perlis
YB. Lim Kit Siang - Penasihat DAP
Dato' Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS


12 Mac 2011 / Sabtu
9.00 pagi
-Perkahwinan Ramai-ramai 4 pasangan - Oleh Dato. Dr Haron Din
-Ops Pemilih dan Keahlian Pas

12.00 tgh hari - 4.00 petang
-Kenduri Rakyat (Persembahan nasyid & Qasidah, Tarian Silat, Singa, Gendang Keling)

8.00 malam
-Makan malam berkupon JPN

10.00 malam
CERAMAH
Y.Bhg Badrul Hisham Shahrin - AMK
YB Dato' Haji Mahfuz - Naib Presiden Pas
YB. TG. Dato' Seri Haji Abd. Hadi Awang  - Presiden Pas

13 Mac 2011 / Ahad
9.00 pagi
-Aktiviti Panji (Konvoi Motor Pemuda)
-Pertandingan Mewarna PASTI
-Ops Pemilih dan Keahlian Pas

12.00 tg hari
Amanat Anak Muda

2.00 petang
Kerana Dirimu Begitu Berharga (Program Muslimat)

9.00 malam
CERAMAH
YBG. Tn. Hj. Mohd Sabu - AJK Pas Pusat
Ust Azizan B. Abd Razak - MB Kedah

15 Mac 2011 / Selasa
 9.00 malam
CERAMAH
YB. Ust. Hashim Jasin - YDP Pas Perlis
YAB. TG. Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am Pas

Moh Pakat Mai Ramai-Ramai!!!!

~Haniff Izhar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan