Ceramah Perdana Oleh Tuan Mahfuz

14.3.11
Sambungan kepada Post saya sebelum perihal tentang Majlis sempena Perasmian Komplek Pas Perlis, so saya pun telah menjengoklah ke Majlis berkenaan. Klik disini utk info berkenaan majlis berkenaan

Hari Sabtu, Tengah hari. Saya ke sana dengan harapan untuk makan tengah hari (biasalah, orang-orang bujang ni, pantang dapat makanan percuma, laju ja) Majlis berkenaan dinamakan Kenduri Rakyat sempena perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan pada pagi hari berkenaan. Alhamdulillah, dapatlah saya makan nasik berlaukkan gulai daging. 

Pada malam harinya saya ke sana lagi, dengan harapan untuk melihat berdepan dengan wajah Presidan Pas ini, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Namun, alangkah kecewanya saya apabila beliau tidak dapat hadir pada hari yg berkenaan. Tapi, mendengar ceramah politik dari Naib Presiden Pas, Tuan Mahfuz dan Encik Badrul Hisham Shahrim, terubat la sikit duka dihati. 

Ramai jugak kehadiran malam tu, penuh dataran depan komplek tu. Berpusu-pusu orang sampaikan ade yang kene berdiri je. Sekali tengok, memang macam senario politik hari ini telah berubah yg mana ramai jugak yang menyokong pembangkang walaupun dinegeri pentadbiran parti kerajaan. 

Antara isu-isu yang dibangkitkan Tuan Mahfuz, antaranya ada isu-isunya agak lawak jugak kalau didengar:
  • Isu Anwar - Najib - Saiful
  • Isu Najib - Altantuya (Kata Tuan Mahfuz ni, antara sebab Tuan Najib ni gelabah nak pertahankan Putrajaya sebab takut kalau Putrajaya jatuh ke tangan Pembangkang komfem beliau akan didakwa atas isu Altantuya ni)
  • Isu Minyak Dunia (Ideologi yg diberikan agak bernas, sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia, patutnya rakyat Malaysia menikmati kemudahan hasil dari keuntungan yg kita dapat atas kenaikan harga minyak dunia. Namun apa yg jadi, harga minyak dunia naik, subsidi minyak utk rakyat pula dipotong. Sepatutnya ditambah laa.. Betoi jugak ape dia cakap ni)
  • Isu insurans baru-baru ni (Satu lagi cara nak menyusahkan rakyat)
  • Isu saman ekor (Kalau ikut akta dan undang-undang, apa yg dilakukan JPJ tu tak betoi. Kalau korang dengar isu ni, gerenti korang takkan pi bayar Kompaun waktu JPJ bagi diskaun hari tu. Sbb korang tak perlu bayar pun kompaun tu, tak wajib bayar pon, tak masuk penjara pon kalau tak bayar)
  • Isu kamera saman ekor ni (Kerajaan merancang utk memberi kontrak tender pengurusan saman speed trap ni kepada syarikat swasta (katanya konfem kroni UMNO) yg mana hasil kutipan saman dari rakyat, syarikat ni akan mendapat 35% dari jumlah saman berkenaan. Kalau RM300, maknanya compeni ni dapatlan RM100 lebih. Bak kata Tuan Mahfuz, Sadiksigaraga pon amik 25% je, ni amik sampai 35%, ni dah lebih ni.. (sume pon tegelak))
  • Isu (kononnya first lady) Rosmah ~ Pembaziran yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah ini keatas wang rakyat. 
  • Banyak lagi la isu-isu lain yang saya pun dah tak ingat. hehee.
Berikut merupakan snap shot yg sempat saya amik di hari berkenaan.

 Masa ni tengah duduk bersila ni. Sorry la gelap sikit gambar, pakai camera phone jee.
Ramai woo.
 Tuhaa, yg terang-terang tu, bangunan komplek pas yang baru. Boleh tahan gak Pas Perlis ni, dikala Perlis diperintah oleh BN, berjaya jugak Pas bina Komplek sendiri. Selama ni menumpang je kat rumah orang. Mungkin kerana tempias negeri jiran Kedah yg diperintah oleh Pas kot.
 Gerai-gerai yang banyak di sini.
Inilah syiar Islam!! 

Hasil dari pemergian saya ke majlis ini, dapat la saya bawak balik beberapa buah tangan iaitu:

Kalimah Laailahaillallah Muhammadurasulullah.. Lambang Syiar Islam diseluruh dunia dan juga merupakan lambang Panji-panji Islam dizaman Rasulullullah Saw. Patutnya bendera Malaysia pun kene letak kalimah ni. Hehee.
Poster salasilah Nabi Muhammad SAW ~ kita ni nama je Islam, tapi salasilah pemimpin keluarga kita pun kita tak berapa tahu (nasihat tuk diri saya sendiri, hehee)

Walllahualam
~Haniff Izhar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan