KIsah Benar ~ Robot Transformer memang ada dikalangan kita

14.2.11
Ahad, 13 Feb 1975- Di suatu tempat di kawasan pedalaman di utagha Malaysia. Tempat yang terkenal dengan ketenangannya dan kedamaiannya. Penduduk saling tolong menolong dan bekerjasama dalam menyelesaikan semua perkara. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tempat berkenaan telah digegarkan oleh kedatangan beberapa kenderaan berat yang datang secara tiba-tiba yang telah mengganggu ketenteraman awan.
Keadaan kampung yang damai suatu ketika dahulu

Kenderaan yang dilkatakan wujud itu dipercayai dari golongan:
  • Lorry pengangkut tanah
  • Lorry tren 50 tan
  • Bulldozzer
Saksi yang melihat kejadian yang menyayat hati ini, En Sudir (bukan nama sebenar) telah memberitahu pihak wartawan bahawa kenderaan-kenderaan ini tidak dipandu oleh sesiapa dan bergerak sendiri dan kenderaan ini seolah-olah berlakon dihadapan penduduk kampung melakukan kerja-kerja mengangkut tanah seperti kenderaan-kenderaan berat yang lain.

Gambar dibawah: Kelihatan dua buah kenderaan berat yang dikatakan sedang berlakon mengangkat pasir.(Besar woo bende ni, kene lenyek boleh jadi roti canai ni)





Ada yang beranggapan kewujudan kenderaan-kenderaan yang pelik lagi menggerunkan ini adalah keturunan cucu dan cicit kepada generasi Transformer yang pernah mereka lihat di kaca televisyen. (kira diorang ni pengaruh DVD lebey la ni) Ini kerana keefisyensian kerja-kerja yang dilakukan oleh kenderaan ini diluar tahap keefisiensian lori-lori dan bulldozer-bulldozer biasa yang terdapat diatas muka bumi.

Kehadiran kenderaan-kenderaan ini menimbulkan tanda tanya dikalangan penduduk kampung, adakah mereka akan bertukar menjadi robot-robot seperti yang mereka tengok dalam cerita transformer. Ini kerana seorang penduduk kampung yang bernama Man Kasat, 60 (memang nama sebenar) mengaku telah bermimpi kenderaan2 ini akan bertukar menjadi robot dan membuat kekacauan di muka bumi.
 Gambar atas: Robot yang digambarkan Man Kasat dalam mimpinya

Sebuah lagi kenderaan berat yang dikatakan kononnye berlakon menolong penduduk kampung


Akhirnya, utk memecahkan kebuntuan, tinjauan telah ke kawasan kerja-kerja yang dilakukan oleh kenderaan misteri ini. Sekali............. Rupa-rupanya kehadiran kenderaan-kenderaan berat ni sebab ada kilang simen baru dibina kat situ daaa.. Apo la orang kampung ni, lori-lori kilang simen pun nak kate lori transformeer. Pii DAH!!! Publisiti Murahan betol laa..  Nihaa bawah ni gambor depan kilang simen berkenaan dimana inilah tempat saya bekerja hari ni. Heheee..


Sebenarnya nak cerita, lorry-lorry kat atas tu besar-besar suma. Agak gerun la bila lalu sebelah lari-lori besar camtu. Kata staff kat sini, tayar lorry catterpillar tu je pun dan boleh beli kereta Viva sebijik!!!
~Haniff Izhar~

2 ulasan:

  1. hahahaha besau gila transformernya kan kan hahahaha

    BalasPadam
  2. Yeyeee.. memang besau.. Lupe plak nak letak dlm post ini, antara Org kampung yg wat cite panas ni ialah Adek yg bernama Shahida leee...

    BalasPadam