Hari Ini ~ Jom Masuk U

19.2.11
Haa, kepada adik-adik yang sekarang tengah berada di Kedah & Perlis. Mari la kita ramai-ramai ke Karnival Jom Masuk U yang bertempat di Kangar Perlis esok. Macam-macam Universiti/IPTA/IPTS/Kolej dan sebagainye ada pada Karnival berkenaan. Tak kisah la adik-adik sekolah ke, kolej ke, diploma ke, sume mai datang, pelbagai peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan terdapat disini.

Pada shbt-shbt, akak-akak, abg-abg. Mai jugak. Mana tau nak sambung Master ke. Tak pun nak amik short course ke saje-saje suka-suki. Mai le ramai-ramai. Berikut merupakan maklumat program:

Tajuk: Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 (Kali ke-7)
Tarikh: 19-20 Feb 2011 (hari ni dah selesai, tinggai esok ja haa ni)
Masa: 9 am - 6 pm
Tempat: Dewan 2020, Kangar (Berdekatan mini putrajaya ~ katanya org kat sini)

Haa, kalau yang dok tempat len. Takpa-takpa jgn hampa ya. Ada lagi siri yang lain. Berikut merupakan karnival yang sama tapi di tempat yang lain.

(Klik pada gambar utk view yang lebih jelas yee)

Berikut merupakan U-U dan Kolej yang katanya mengambil bahagian.

(Klik pada gambar utk view yang lebih jelas yee)

 Saya dah explore jejalan ke karnival ini pagi tadi. So, rating saya kepada karnival ini memang 5 stars la. Memang penganjuran yang selesa. Memang kemudahan dewan dan keselesaan tahap PWTC, selain pengisian yang bermacam-macam dan penyertaan U dan Kolej yang pelbagai dari seluruh Malaysia, sesuai utk semua peringkat umur. Selain perberian goodies yang menarik. So, look la sendiri snap shot yang telah saya amik ni:

 Ramainye umat manusia, pelbagai umoq. 1Malaysia la katenye. Hehee.

 Booth IIUM, Universiti kebanggaanku. Kini, IIUM menerima kemasukan terus dari Diploma U laen, Asasi UiTM dan PasuM... To Matrikulasi Kerajaan, sowi. Anda tidak layak. Hahaa...

 Pintu masuknya..

 Booth amik beg goodies!!!

Beg Goodies yang cantek drpd MOHE
Hasilnya, inilah dia yang berjaya saya bawa pulang. Hehee...
  • Pemplete yang banyak..
  • Beberapa beg yang cantek2..
  • Beberapa bookmark (Dari IIUM dan UM)
  • Beberapa batang Pen dan Pensil..
  • Beberapa notebook..
 Hasilnya... Tak rugi pi sinie..

Setelah difilter dan diupdate, terdapat beberapa kos yang saya fikirkan agak suitable untuk diri ceburi. Berikut merupakan peluang-peluang yang buleh diceburi dimasa hadapan:
  • MBA in UUM (MBA in Engineering Management)
  • MBA di IIUM (Klu berpeluang laaa)
  • Kursus Jangka Pendek B.Arab di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
  • Kursu Jangka Pendek di pelbagai bidang di Kolej Komuniti Arau ~ Buat masa ni berminat dengan Kos Musik Moden (Guitar Lead & Bass, Drum Set & Kerboard selain kos-kos agama seperti Penghayatan Solat, Tajwid, Taranum)
Hasilnya setelah difilter, kos-kos yang relevan utk diri ini..

Tengok tue, Muzik Moden [40 Jam Kelas; Yuran hanya RM 10!!!]

So, ape lagi kawan-kawan. Grab ur opportunity. Bagi yg dok Perlis, esok hari terakhir. Mari meramaikannya!!!

~Haniff Izhar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan