Hari ini ~ Akhbar arus perdana pun menfitnah seluruh rakyat Malaysia

20.2.11
Sudah banyak kali saya dengar orang dok mengata Utusan ni banyak kelentong berita-beritanya terutamanya yang berkaitan dengan politik ini. Memang pun saya percaya namun apa yang dibuat oleh akhbar arus perdana boneka parti pemerintah ini pada hari ini memang tak boleh di terima oleh akal fikiran yang waras dan boleh berfikir.

Mana taknya terang-terangan kot Akhbar ni memanipulasi informasi yang sebenarnya. Kalau korang ni seorang yang berilmu, korang pun akan mengiakan apa yang dibuat oleh akhbar ini adalah amat TAK BERMORAL. Tak kisah la korang pro BN ke atau pengikut kuat TGNA. 

Isu ini saya tujukan berkenaan dengan Berita Muka Depan Akhbar Mingguan hari ini bertarikh 20 Feb 2011: Nik Aziz akui melayu perlu diutamakan...

Mungkin pada pakcik-pakcik atok-atok yang tak melayari internet tue, finelah dengan keadaan ini. Tapi bagi kita yang dok online ni, siap boleh tengok video sebenar ucapan TGNA pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS mmg terasa tersangatlah berapi dengan apa yang telah dilaporkan oleh wartawan Mingguan ini. Bukanlah isunya saya ni nak sokong TGNA, tapi tindakan wartawan ini yg menfitnah seseorang di MUKA DEPAN akhbar kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA amatlah memalukan!!! Dah la akhbar perdana, ko letak pulak kat muka depan. Kalaulah berita ni Non Melayu baca, then diaorang pun tengok video sebenar ucapan TGNA, ini amatlah memalukan Bangsa Melayu yang ko orang dok nak pertahankan ni. Melayu Konon, tapi fitnah-fitnah orang.


Laporan Utusan ini bolehlah korang baca di:


Ini pula suntingan Ucapan TGNA yang sebenar yang di terbitkan oleh TVPas.


Sebenarnya kalau wartawan @ editor ni nak cakap pandangan wartawan berkenaan berdasarkan apa yang diucapkan oleh TGNA tak salah. Tapi cakaplah jelas-jelas yang tu pandangan diorang. Tapi ni jelas-jelas mengubah fakta. Apa yang dilaporkan akhbar ialah:

Ucapan TGNA yang dilaporkan oleh Mingguan....
"Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu,"

Ucapan sebenar TGNA mengikut video oleh TVPas...
Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT  yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja."

Punyalah panjang ucapan TGNA, diorang cut jadi pendek tu ja. Dahtu, pepandai plak ubah plak tu. Kalau nak ubah maksudnya, tak payah la wartawan ni quote seolah-olah TGNA yag berkata demikian. Nilah yg saya katakan fitnah terang-terangngan. Mengubah fakta ni beb!!!!
Saya mendoakan semoga semua warga kerja Utusan ni diberi Rahmat dan Hidayah dari Allah Swt hendaknya. Dahla korang dok dalam team akhbar arus perdana, then korang suma wat fitnah secara arus perdana. Tak tau lah kan camne balasannya nnt (takmo cita bab ni, tang balasan-balasan ni hak mutlak Allah swt, tapi kalau benarlah diorang ni buat fitnah, moga Allah tunjukkanlah mereka-meraka ni jalan yg benar, takpun berilah mereka sedikit pengajaran agar mereka kembali kejalan yg benar)

Mane adik-adik, rakan-rakan yg ade sedara-mara yang kerja dengan Utusan, bebawaklah nasihat kat dia. Jangan nanti diapun termakan saham fitnah ni. Kalau terasa perlu, demi jihad Islam, tukarlah kerja ke tempat lain. Wallahualam.

~Haniff Izhar~

2 ulasan:

  1. memang betul tu.. tapi apa nak buat dia orang berkuasa.. sbb tu kita kena ada kuasa supaya x dicap 'anjing menyalak bukit' so bersatu demi kebenaran hakiki... lama dah tau dah..

    BalasPadam
  2. Aimaniman: Memang sakit hari bila akhbar arus perdana negara mempunyai tahap mutu sebegini. Bukan soal kepartian, tapi soal profesionalisme dalam kerjaya dan pengurusan syarikat.

    BalasPadam