CIMA Cement Industries Sdn Bhd ~ Kilang Manufacture Stargate Universe

1.2.11
Sebagai seorang yang baru berhijrah, duduk pula rumah bujang, memang rutin harian agak memboringkan. Jadi untuk mengisi masa lapang ini, pelbagai aktiviti telah saya lakukan, ada aktiviti yang berfaedah lagi menambah pengetahuan & ada pula aktiviti yang semata-mata untuk menghiburkan hati. Antara aktiviti yang kurang berfaedah ini ialah Menonton Movie & Series dan Bermain Game.

Nak dipendekkan cerita, sekarang ni musim saya melayan series Stargate Universe season tang terbaru. Series Stargate ni dah banyak dah dengan yang terbaru Stargate Universe. Sebelum ni dah ada dah Stargate Atlantis dan Stargate SG-1. Selain itu ada juga beberapa movie telah diterbitkan seperti Stargate: The Art of Truth dan Stargate: Continuum

Apa yang menarik minat saya mengenai Stargate Universe ini, yang pertamanya ianya mengajar kita untuk berfikiran ke masa hadapan. Memang saya tabik spring kepada pereke Kapal Angkara-Kapal Angkasa dalam series ini, antaranya Kapal Angkasa Destiny, Seed ship dia, Kapal-Kapal Alien. Selain itu, teknologi yang di adakan dalam series ini walaupun melampaui batas, tapi bagi saya semuanya berdasarkan teori-teori sains yang telah kita terokai pada hari ini. Cuma pada hari ini, kita masih belum menjumpai material-material dan sumber tenaga yang sesuai untuk digunakan pada teknologi ini. 
 Kapal Destiny yang dimaksudkan
Selain itu, series ini telah mengajar saya beberapa value dalam kehidupan yang berguna, antaranya ialah:
  1. Kepimpinan ~ Bagaimana mahu memimpin orang bawahan dan superior yang pelbagai
  2. Setia kawan ~ Konflik antara kepimpinan dan setia kawan
  3. Surviving ~ Bagaimana mana untuk menyesuaikan diri dalam semua keadaan
  4. Decision making ~ Bagaimana sebagai seseorang pemimpin kita mestilah bertegas daam membuat keputusan dan sanggup menghadapi risiko atas keputusan yang kita lakukan
Dan banyak lagi value yang boleh saya pelajari didalam series ini.
Akibat daripada sindrom ketagihan stargate ini, sampai ke tempat kerja pun saya masin membayangkan series ini didalam kepala otak ini. Heheee. Akibatnya wujudlah imaginasi yang banyak equipment didalam Kilang Simen tempat saya bekerja ini boleh dijadikan bahan untuk membuat Stargate berkenaan. Hahaa. Saksikan gambar-gambar dibawah and enjoy it!!

Inilah antara bahan-bahan yang saya rasa boleh dibuat gerbang Stargate berkenaan.

 Tengok tu, ada banyak set tu. Tiap set boleh diletakkan kat satu planet.

 Yang ini siap berbalut lagi, baru sampai dari supplier ni, Kilang Stargate yang asal yang kat atas Angkasa Lepas tu.

 Ini boleh jadi main Stargate, besau radius dia. 4 meter ade kot.

Yang ni kecik sket. Tuk binatang ternakan masuk boleh la kot. Hahaa.

So, kalau korang terasa berminat nak tengok cerita Stargate Universe ni. Dapatkannya dipasaran. Sekarang tengah Ep 10 Season 2. Kalau teringin nak download, dapatkannya di syok.org. Nice!!! ~ Haniff Izhar

p/s: Greatanep mendoakan pejuang-pejuang kebebasan di Mesir mendapat perlindungan drpd Allah dan akhirnya mendapat kemenangan dalam perjuangan mereka menuntut hak-hak sebagai rakyat. Semoga pejuang yang terkorban dalam memartabatkan Islam mendapat kematian bertaraf SYAHID!!! Nantikan ulasan dan pandangan Greatanep mengenai isu revolusi Mesir pada post yang akan datang. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan