Cara mudah nak berenang??

15.2.11
Rata-rata budaya kite rakyat Malaysia ini, tidak membudayakan berenang sebarang salah satu kemahiran yang perlu ada pada anak-anak mereka. Tak tahu la kenape kan, maybe sebab kurangnya kolam renang yang FREE kot kat Malaysia ni. Haha.. Just my assumption.

Tapi kalau tengok kat negeri orang putih sana, baby yang baru umur 2 tahun tu diorang dah ajar berenang. Apa yang saya maksudkan dengan berenang disini, bukanlah main air yg mcm mak bapak kita belikan kita kolam mandi budak-budak masa kita kecik-kecik dulu. Kolan tu nak berenang pun tak gerak kot, sbb tak boleh nak terapung pun sbb cetek sangat. Tapi org putih ni ajar bayi mereka terapung di dalam real punya kolam renang. Mula-mula dia tampung bayi tu, bila dia agak-agak bayi tu dah boleh kayuh, dia biar je. Yang menariknya, bayi ni memang lebih cepat berenang dari orang dewasa!! Sbb badannya yang kecil memudahkan dia terapung!!! Tak caya, tengok video bawah ni:


Ok, kenapa ye tetiba saya ketengahkan isu berenang ni? Takde papelah, baru-baru ni saya berpeluang berendam di Kolam Renang Pusat Sukan Perlis, masuknya hanya bayar RM2. Kira bolehlah saya jadikan aktiviti berenang ini rutin mingguan saya lepas balik dari kerja.

Tapi rupanya ramai org Malaysia ni yang tak tahu berenang. Saya ni takde la mahir mana pun dalam aksi-aksi renang ni. Kalau masuk tournament gerenti last punya. Tapi kalau stakat nak bermain-main main, berapung-apungan di tempat dalam (melebihi 1.5 meter) takde lah takut mana pun kan.


Oleh itu, ni saya nak khabaq sikit camne caranya untuk kita menghilangkan fobia berenang ditempat dalam dan dalam masa yg sama korang tak lemas la kalau pegi tempat dalam tue.
Ok, pertamanya, persoalannya, kenapa orang tak reti nak berenang? Padahal dah ajar dah pun tak reti gak. 
Antara sebab-sebabnya yang saya dapat detect ialah:
  • Fobia lebih-lebih bila kaki tak jejak tanah. Padahal, kalau tenggelam sikit lagi je, terus dapat jejak dah. 
  • Teknik bile menyelam tak betul. Diorang pakai selan je, tu yang tercungap-cungap.
  • Memang diorang kurang eksersize. Sbb berenang ni sebenarnya lenguh tau. Kalau orang yang tak penah bersukan tetibe nak berenang memang berenang sekejap je dia akan terasa lenguh. Saya pun selalu jadi gak macam ni, kekadang krem pun ada bila lupa nak warming up.
  • Kurangnya penghayatan tentang betapa tenangnya bila kita berenang (berada di dalam air ~ suasana di dalam air tak seperti di darat yg sentiasa bingit dan kecoh, dalam air dingin je. Sbb tulah saya suke berenang, untuk mendapatkan suasana ini)
Bila tanya orang yang mendapat pedidikan formal tentang ilmu renang ini, diorang pasti akan cakap, first sekali kalau nak berenang mesti tahu apungkan diri. Confem diorang akan cakap camtu, sbb masa diorang belajar memang itula perkara pertama diorang buat. 


"Tapi korang tahu tak, nak apungkan diri tu bukannye senang?? Kalau korang just nak belajar berenang utk menambah skill kehidupan, baru skali dua belajar mesti korang nak boshan.. "
Oleh itu, lani saya nak ajar cara yang saya pakai. Ikutilah step-step yang saya kasi kat bawah ni.

Step Pertama - Kenalah ada equipment-equipment nye semua.
Apa equipment-equipment yang kita kene ada? Macam biasa, selalunya kalau nak berenang kat kolam renang public, yang diwajibkan ialah pakaian renang dan penutup kepala. Google selalunya tak diwajibkan. Pakaian tu, sebagai Umat Islam saya sarankan pakai la yang menutup aurat, yang lelaki pakai le tight panjang sampai ke kaki. Nak pakai baju pun boleh. Yang perempuan pakailah pula pakaian renang muslimah. Tutup habis dari atas sampai ke bawah. 

Tapi apa yang saya nak tekankan kat sini. Google juga perlu diwajibkan. Sbb ape? Sbb kalau tak pakai google, kalau kita bukak mata dalam air, kalau setakat 15 minit pertama boleh tahan lagi, kalau sejam, mahu merah mata tu tau. Ini akan menimbulkan ketidaksyokkan untuk menikmati pemandangan dibawah air yang berbuih-buih lagi menarik itu. Last-last korang akan give up. Nak beli google tu pulak, jangan la budget sgt sampai beli yang RM3 inggit, belilah yang mahal sikit dalam sekitar RM15-RM30. Bukan apa, pakai google murah tu, takde gunanya, confirm air masuk juga sebab getahnya keras.

Step Kedua - Belajar cara pernafasan yang betul semasa menyelam.
Haa, ni la yang paling penting utk menghilangkan fobia lemas ditempat dalam. Bukannya kene apungkan badan dulu (seperti yg nyk2 org cakap tu). Ok, kebanyakan org saya tengok, bila menyelam di dalam air, dia langsung tidak melepaskan nafas sehingga dia timbul balik. Setelah timbul baru dia nak lepas dalam masa yg sama nak tarik nafas balik sebelum menyelam kembali.

Oleh itu, dari hari ini biasakan diri korang lepas nafas dalam air (lepas nafas ye, jgn tarik nafas, kalau tarik nafas, air masuk hidung, jgn salahkan saya pula kalau korang lemas) Ok, apa eksisize yang boleh kita wat tuk biasakan teknik ini?
  • Di kolam renang, pilih port yang cetek (yang korang boleh jejak dengan kaki laa), korang pun bersadai la kat pinggir kolam renang tu. (sambil kedua-dua tangan memegang pinggir kolan renang yg berlekuk tu)
  • 1st, cuba korang tarik nafas dan rendam kepala ke dalam air (dengan menggunakan force tangan yang menolak badan korang ke dalam air, tgn jangan lepas pinggir kolam) Pastu kuarkan balik kepala (Untuk timbulkan balik kepala ni, korang boleh gunakan force kaki (sbb kaki korang jejak tanahkan) atau pun guna tangan yang memegang tebing kolam tadi) Ulangi perkara ini beberapa kali sampai korang puas hati. Heheee..
  • 2nd, sekarang cuba ulangan step first di atas, cuma bezanya, cuba korang lepaskan nafas dalam air. Kiranya mula-mula tarik nafas, pastu rendam kepala lepad nafas. Naik balik, tarik nafis, rendam kepala lepas nafas. (Pastikan hidung korang dah betul-betul diatas air sebelum korang tarik nafas, kalau tak korang konfem tertelan air) Buat relek2, jgn gelabah. Lagipun kaki still jejakkan, takde ape pun yang nak ditakutkan.
  • 3rd, Ok utk yg ini pulak, cuba jangan kasi kaki korang jejak tanah. Maknanya sekarang badan korang disupport oleh tangan korang yang pegang tebing kolam jelah. Kaki langsung tak jejak tanah samada waktu timbul @ tenggelam.(kiranya tuk step ni korang kene la bengkokkan kaki korang, sbb korang berada ditempat cetek, kalau luruskan kaki confem kene tanah punye)
  • 4th, Mungkin pada waktu ini korang akan rasa LUBANG IDUNG korang dah jadi besar macam serombong kapal sbb korang asyik lepas nafas dalam air. Relek, itu normal. Cuba biasakan keadaan itu. Kalau saya, kekadang tiap kali lepas mandi mesti hingus putih keluar sebab hidung tu asyik kembang kencup je, itu normal.
  • 5th, Okey, jejakkan kaki balik ke tanah/lantai. Selalunya di kolam renang antara bhgn yang cetek dalam dalam, apa satu part tu dia ada slope dari cetek ke dalam. Maksudnya part tu makin dalam la secara berperingkat. Haa, pergi ke tebing bahagian yang cetek sebelum ianya menjadi semakin dalam. 
  • 6th, Okey, disini kita akan beransur-ansur mempraktikkan teknik menyelam ke tempat dalam. Korang ulangi step 2nd (dimana kaki jejak tanah). Dalam masa yang sama korang beransur-ansur berganjak ke tempat yang makin dalam secara perlahan-lahan (jangan terburu-buru nak ke tempat dalam, wat relek2 je) Ingat ye, dalam semua keadaan ini, tangan korang jangan lepas dari tebing kolam. Gunakan tangan korang ini utk menyelam dan menarik badan utk timbul kembali (klu bleh takyah guna lonjakkan kaki laa)
  • 7th, Bila dah makin dalam, korang akan rasa diwaktu korang timbul, kaki korang dah tak jejak tanah dah. Bila dah sampai situasi ini, tukar ke teknik ke 3rd dimana teknik tak yah jejak kaki. Sambil masih berganjak ke tempat lebih dalam. Igt jgn lepas tangan, kalau korang lemas, tanggung sendiri. Hehee.
Ok, kalau korang dah sampai tahap ni, WELL DONE. Kire ok lanie. 

Korang nak tau lagi ke step berikutnya. Hmm, boleh. Tapi post kali ni saya terangkan ringkas jelah. Dah panjang sangat post ni. Lepas dah berjaya ikut step diatas tu maknenya korang memang dah reti la nak bernafas semasa menyelam. 

Step seterusnya korang ulang balik step 1st sampai 7th kat atas itu, tapi kali ni korang lepas tangan korang bila menyelam. Tapi mase timbul pegang la balik. Lepas unjak ke dalam air je, lepas tangan, pastu capai balik. Utk ini, bila kat step 7th, korang akan dapati kalau korang lepas tangan waktu ini, gerenti tangan korang takkan dapat capai balik tebing sbb korang dah berada jauh dalam air. 

Utk itu, cara first korang boleh pegang balik tebing sblm korang terus tenggelam @ cara kedua (ni kalau korang dah konfiden, saya slalu buat cara ni sbb lagi best) korang biar je badan korang tenggelam sampai dasar kolam, then unjak balik ke atas dengan menggunakan kaki. (Kalau kolam kat Kangar, Perlis ni just 1.8 meter kedalaman, jd tak dalam mane pun. Kolam masa kat UIA dulu tu dalam, 2.2 meter, dalam memang bahaya tapi feeling dia bila ada kat dasar kolam tu dan kita mendongak ke atas lagi best, very calm and nice)

Ok, rasanya utk post kali ni, saya cerita sampai sini jelah. Kita sambung lain ye. Banyak lagi ni nak beritahu ni.Dari itu, selamat mencuba!!!

~Haniff Izhar~

6 ulasan:

  1. ahhaha pas ni sha leh le terjun kat gua kelam ye kwang2x

    BalasPadam
  2. Haha.. buleh2.. tenggelam lomeh, tanggung sendri yee.. heheee

    BalasPadam
  3. da cuba xpi......susa sngla nk timbul....aaahhh

    BalasPadam
  4. nk try la....

    BalasPadam
  5. mane care Utk terapungnye Klau Dah tngelam? Haha.

    BalasPadam