My 1st Month In Perlis, Malaysia

30.1.11
Salam sahabat-sahabat pembaca sekalian. Ok, tanggal 31 januari 2011 nanti, maka genaplah sebulan penghijrahan saya ke Negeri Perlis yang aman damai lagi mendamaikan mata yang melihatnya. Apa yang boleh saya katakan tentang Perlis ialah ia sebuah negeri yang kecil yang memang sesuai untuk insan-insan yang ingin memulakan career. Selain itu, insan yang cintakan ketenangan, yang ingin merasai kehebatan ciptaan Yang Maha Esa memang sesuailah untuk menetap disini. 

Jadi selama 1 bulan saya di sini, adalah sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawati samada sebagai persinggahan ataupun memang saya hendak kesana. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Padang Besar - Tempat yang sesuai untuk beli baju, barang-barang perkakasan dapur.
  • Wang Kelian - Lebih kurang sama dengan Padang Besar (Waktu terbaik untuk melawat ke sini ialah pada pagi ahad kerana ada pasar pagi pada hari berkenaan)
  • Gua Kelam - Sesuai untuk berrekreasi pada hujung minggu. Aktiviti yang boleh dibuat disini ialah bermandi-manda, menerokai Gua Kelam, Treaking ke puncak bukit selama lebih kurang 20 minit. Selain itu, ada disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke dalam gua.
  • Jitra Mall Kedah - Nak tengok wayang, inilah tempat yang terdekat dengan Perlis lagi ok.
  • Alor Setar Kedah - Nak suasana yang lebih happening, pergilah ke Alor Star Kedah.
  • Empangan Timah Tasoh - Takde apa pun kat sini. Tapi kalau nak mencari ketenangan, bolehlah lepak ditepi tasik yang terbentang luas ini. Memang Syok!!
  • Pusat Rekreasi Sg Bersih - Kalau nak berkubang, memang ni port dia. Sungai buatan yang diempangkan airnya menjadikan kedalamannya hingga 2 Meter!!!
So, kat bawah ni adalah saya undate serba sedikit gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa melawati tempat-tempat berkenaan. Ada yang terlupa saya ambil gambarnya. Hopefully you guys enjoy!!

Melawati Alor Star melalui Jitra Kedah

 Kalau tak silap, ni Masjid Zahir namanya. Kat dalam Bandar Alor Star.

 Masa saya ke sini, ada event kat kawasan halaman Masjid ni.

 Masjid Zahir Lagi..

 Lagi!!!

 Singgah kejap, lepak-lepak kat tepi sungai kat Alor Star nih.

 Lunch... Mcm KFC tapi tak sedap.. Hahaa.. Memang takkan dtg lagi kat situe..


 Menara disekitar kawasan sungai.

 Dataran Alor Star
 


Ni masa nak OTW balik ni, just lepas dari Kampus Utama UNIMAP.. Sebenarnya, kalau real punya, gunung-gunung kat ujung tu nampak besar. Memang nice laa, tapi dah amik gambar nampak kecik plak.

Trip ke Gua Kelam

 Nilah entrance Gua Kelam. Tapi time saya pergi kesini, tak boleh masuk Gua nih, dalam proses pembersihan sebab waktu musim banjir & hujan bulan November tahun lepas, gua ni digunakan untuk laluan air dari Thailand.

Ni depan gua tadi. Boleh bermandi manda disini.

Empangan Timah Tasoh

Inilah tempat terbaru yang saya lawati. Cadangan asalnya saya dan rakan-rakan ingin berjoging disekitar empangan ini berrekreasi di pagi ahad. (Ingatkan Empangan ni adalah tempat rekreasi macam Empangan Ulu Yam yang dekat ngan UIA, Gombak dulu tue). Sesampai ja di sana, kat mana kami nak lepak kami pun tak tahu. Akhirnya sampailah kami ke satu jalan masuk resort ditepi tasik ini. Menyusuri agak ke dalam, sampailah kami ke hujung tasik. Memang pemandangan yang indah lagi mengasyikkan. Sedang-sedang kami meredah semak untuk ke pinggir tasik, tiba-tiba terlihatlah kami beberapa pucuk batu nisan berwarna putih di tepian tasik didalam semakan itu. Mula-mula agak cuak jugak dengan kehadiran kubur lama, dahla kat tepi tasik, memang pelik tempat tue. Kami pun hayati laa seketika kehebatan Ciptaan Allah ini disitu. Lepak-lepak sambil angin sepoi-sepoi bahasa. Memang mengasyikkan. (Gambar kubur lama tu terlupa pula nak ambil)



 Skali tengok, ombak dia macam laut pun ada. Sebab angin memang tertiup kencang nak sini.



Pusat Rekreasi Sg Jernih

Tempat mandi kat pusat rekreasi ini memang tempat mandi buatan. Diorang buat empangan supaya air bertakung. Air dia tak jernih mana pun, tapi saya tengok orang selamba ke mandi kat sini. Flow air pun tak la deras menjadikan kita nampak air dia macam bertakung tak gerak je.



 Tengok laa air dia, hitam betoi!!! Bukan hijau lagi dah..


Best berjalan-jalan di hujung minggu di Perlis. =) ~ Haniff Izhar

4 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    memuji sungguh ya..best gak "round" di negeri perlis indera kayangan.tasik timah tasoh wlau xde ape2 tp rasa damai aje bila brkunjung ke sana:-)

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam..

    =) Beselaa.. org bandar masok kampung.. same laa mcm org kampung masuk bandar.. It is a quiet and nice place..

    BalasPadam
  3. amboi...baru sbulan dah byk tmpat dah ko jln eh...hehe;)

    BalasPadam