My 1st Month In Perlis, Malaysia

30.1.11
Salam sahabat-sahabat pembaca sekalian. Ok, tanggal 31 januari 2011 nanti, maka genaplah sebulan penghijrahan saya ke Negeri Perlis yang aman damai lagi mendamaikan mata yang melihatnya. Apa yang boleh saya katakan tentang Perlis ialah ia sebuah negeri yang kecil yang memang sesuai untuk insan-insan yang ingin memulakan career. Selain itu, insan yang cintakan ketenangan, yang ingin merasai kehebatan ciptaan Yang Maha Esa memang sesuailah untuk menetap disini. 

Jadi selama 1 bulan saya di sini, adalah sedikit sebanyak tempat-tempat yang saya lawati samada sebagai persinggahan ataupun memang saya hendak kesana. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Padang Besar - Tempat yang sesuai untuk beli baju, barang-barang perkakasan dapur.
  • Wang Kelian - Lebih kurang sama dengan Padang Besar (Waktu terbaik untuk melawat ke sini ialah pada pagi ahad kerana ada pasar pagi pada hari berkenaan)
  • Gua Kelam - Sesuai untuk berrekreasi pada hujung minggu. Aktiviti yang boleh dibuat disini ialah bermandi-manda, menerokai Gua Kelam, Treaking ke puncak bukit selama lebih kurang 20 minit. Selain itu, ada disediakan perkhidmatan keretapi untuk ke dalam gua.
  • Jitra Mall Kedah - Nak tengok wayang, inilah tempat yang terdekat dengan Perlis lagi ok.
  • Alor Setar Kedah - Nak suasana yang lebih happening, pergilah ke Alor Star Kedah.
  • Empangan Timah Tasoh - Takde apa pun kat sini. Tapi kalau nak mencari ketenangan, bolehlah lepak ditepi tasik yang terbentang luas ini. Memang Syok!!
  • Pusat Rekreasi Sg Bersih - Kalau nak berkubang, memang ni port dia. Sungai buatan yang diempangkan airnya menjadikan kedalamannya hingga 2 Meter!!!
Read more ...

Muslim itu bukan hanya pada Ibadat, Muslim itu datang dalam pakej.

23.1.11
Hari ini, dengan adanya teknologi maklumat, kita boleh mendapatkan maklumat dengan sekelip mata. Ini juga telah memberi perkembangan positif untuk Islam yang mana manusia hari ini lebih mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai Agama Islam. Maka, terhasilnya Umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam berdasarkan ilmu pengetahuan yang mana golongan ini memang hebat jika sekali pandang.
Apa yang akan saya tulis ini hanya pandangan saya semata-mata. Terserahlah kepada pembaca untuk menerimanya atau tidak. Namun, hasil dari golongan diatas, wujudlah manusia yang mengamalkan Islam pada sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain. Dengan erti kata lain, mereka Islam hanya pada ibadat.

Acap kali saya menjumpai golongan yang mengambil Akhirat semata-mata dan meninggalkan dunia seluruhnya. Tak susah nak kenali golongan ini, antara ciri-ciri mereka ini, sepanjang masa berada disurau atau masjid, suka mengikuti majlis ilmu berkaitan agama, makan minum hanya mengharapkan belas orang ramai, berpakaian jubah ala kadar, kadang kala agar tak terurus. Persoalannya adakah ini ciri-ciri Muslim yang diperturunkan oleh Rasulullah saw??

Selain dari golongan ini, ada juga golongan yang lain yang mana golongan ini upgrade sikit dari golongan tadi. Golongan inilah yang gila-gila menimba ilmu tentang Agama Islam, namun bila mana ilmu tentang muamalat, tentang kehidupan didunia tidaklah mereka ini hiraukan. Fokus kehidupan mereka juga hanya untuk melakukan ibadat kepada Allah semata-mata, cuma bezanya mereka berkerjaya, mempunyai rakan-rakan yang pelbagai, namun bila bekerja hanya untuk mengharapkan gaji tanpa memberi komitmen kepada kerja. Bila berkawan pun, hanya untuk berdakwah semata-mata tanpa menghiraukan perasaan dan hubungan persahabatan sesama manusia. Apakah golongan inikah yang diperlukan oleh Islam??

Bagi saya, hasil dari pengamatan saya hasil pergaulan dengan rakan-rakan yang pelbagai latar belakang, seorang Muslim itu perlu lengkap pakejnya. Antara golongan manusia yang saya tak gemar ialah yang hanya pentingkan urusan peribadinya sahaja. Inilah golongan yang hanya tahu menjaga kepentingan diri dan mengetepikan kepentingan atau hak orang lain. Siapa golongan ini? 

Contoh terbaek golongan ini, Ahmad dari kecil bersekolah, kemudian Ahmad ke Universiti dengan Matlamat ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang, selain itu Ahmad mempelajari ilmu agama secara mendalam kerana Ahmad tahu inilah saja bekalan yang bakal menyelamatkannya di Akhirat. Hasil dari keputusan yang cemerlang, Ahmad mendapat pekerjaan yang baik, Kemudian Ahmad pun berkahwin dan Ahmad memimpin keluarganya untuk mentaati ajaran Allah swt. Ahmad semakin tua tetapi masih teguh beribadat kepada Allah. Akhirnya Ahmad meninggal dunia kerana sakit tua. Kehidupan Ahmad memang bahagia bersama keluarga hingga ke akhir hayat.

Okey, apa yang kurangnya pada Ahmad?? Ok ape, beribadat semua cukup, mentaati ajaran agama, mendidik anak isteri ke arah kebenaran. Tidak!!! Ahmad belum cukup kuat untuk Umat Islam hari ini!!! Inilah namanya Umat Islam yang selfish. Dalam hidup Ahmad, Ahmad tak pernah menghiraukan apa yang terjadi kepada jiran tetangganya, Ahmad tak menghiraukan tentang masalah Umat di Palestin, Ahmad tak pernah ingin mengambil tahu siapa pemerintah negaranya. Ahmad tak pernah menghiraukan tentang masalah sosial yang sedang melanda masyarakat hari ini. Ahmad tak pernah sekalipun memperjuangkan ISLAM kepada masyarakat seumur hidupnya.. 

Selain Ahmad, terdapat satu lagi golongan yang memang antara yang saya meluat. Inilah golongan Abu. Yang mana Abu dalam hidupnya memang kuat beribadat, kuat mengaji agama, kuat membaca Quran, seumur hidupnya tak pernah seharipun dia terlupa untuk menghadap Quran. Abu juga rajin berdakwah kepada masyarakat, Abu mengajak kawan-kawan kepada Islam. Kadang-kala menerangkan isu-isu dalam Islam kepada masyarakat. Abu memang seorang yang bagus dalam bidang agama.
Tapi apa kurangnya pada Abu??Yaa, ada banyak kurangnya. Abu bekerja sebagai Pegawai Executive disebuah Syarikat Tempatan, namun Abu langsung tidak komited kepada kerjanya. Langsung tiada usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada syarikat. Bagi Abu, dia bekerja untuk gaji untuk melangsungkan dakwah dan ibadahnya kepada Allah. Tak kisah laa jadi apa pada syarikat, asalkan sumber gajinya halal dan dia dibayar gaji sudah cukup baginya. Selain itu, Abu tiada kemahiran dalam bermuamalat, Bila bercakap dengan orang, Abu langsung tak menunjukkan minat jika perkara yang dibualkan bukan berkaitan agama. Abu tak pernah ingin join rakan-rakan bersukan kerana baginya bersukan itu membuang masa. Baginya, solat sunat pun sudah memadai untuk senaman fizikal badan, tak perlu bersukan. Abu juga kurang kesedaran dalam kebersihan, bila melihat sampah merata ketika berjalan, tak pernah Abu ingin meringankan tangan mengutip, malah Abu sendiri kadang kala membuang sampah merata-mata. Abu juga bukan seorang yang jimat cermat, suka membazir air dan elektrik.  

Kedua-dua golongan ini bagi saya belum cukup kuat untuk menjadi Muslim contoh. Sebagai seorang Muslim, kita patut sedar kita Muslim dari semua aspek, dari segi Ibadat, Akhlak kita, Pemikiran kita, Pendirian kita, Perjuangan kita, Perhubungan kita dan pelbagai lagi. Bukan hanya pada hebatnya Ibadat sunat kita, hafalan Quran kita, hafalan Hadith kita, Puasa sunat kita, ilmu halal haram kita.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu menjaga Akhlak kita, jadilah seorang yang pembersih, penyabar, penyantun, barulah orang akan hormat kita sebagai seorang Muslim. Selain itu, seorang Muslim juga perlu komited ke atas setiap amanat yang diberikan. Bukankah Rasulullah saw sendiri komited kepada pekerjaannya sebagai pengembala kambing? Bukan pun pengembala kambing itu suatu Ibadat Khususpun, tapi perlu komited juga kerana ianya suatu amanah. Sebagai Muslim juga, Muslim perlu perjuangkan Agama Islam dalam masyarakat, jika berpeluang menjadi pemimpin, jadilah pemimpin agar dapat membimbing masyarakat ke arah kebenaran. Jika berpeluang membina empayar perniagaan, binalah empayar perniagaan agar dapat menerapkan pengamalan ajaran Islam dalam institusi perniagaan itu dan dikalangan staf dan pekerjanya. Bukannya menjadi businessman itu suatu ibadah khusus pun, namun melaluinya dapat kita menyebarkan Islam dengan lebih berkesan lagi. Jika berpeluang menceburi bidang musik, ceburilah dengan bersungguh2, agar dapat diubah bentuk budaya hiburan kepada yang lebih diredhai oleh Allah swt.  Dengan erti kata lain, buka Ilmu Agama saja yang penting, nila skill2 duniawi seperti ilmu berniaga, kepimpinan, pergaulan, komunikasi juga penting. Malah ilmu duniawi apapun yang dapat kita kuasai, penting untuk kita komited kepadanya agar dapat menjadi madah untuk kita menyebarkan Agama Islam!! Jadilah seorang Muslim yang HEBAT, bukannya seorang Muslim yang hanya NAMPAK HEBAT... Tapi sebenarnya HAMPEH..

p/s: Ini hanya pandangan peribadi saya, perpulangkan kpd individu nak terima atau tidak. Tokoh terbaek seorang Muslim, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ~Haniff Izhar~
Read more ...

My First Week In CIMA Perlis

14.1.11
Mungkin ada sahabat yang telah tahu @ ada yang masih belum tahu yang saya sudahpun berhijrah ke Perlis untuk berkhidmat dengan CIMA ataupun dikenali dengan NS Cement Sdn Bhd. Hari ini, nak dekat 2 minggu la saya telah memulakan khidmat saya di sini. Overall, apa yang boleh dikata, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Staff-staff senior dan seangkatan juga setakat ini semuanya OK-OK je, semuanya peramah dan banyak memberi kerjasama kpd saya dan rakan2 len (Yang juga baru mula bertugas disini)

Dalam 2 minggu, antara staff2 yang telah saya kenali ialah En Ramli Jaafar (my boss), En Khairul Anuar(Boss jugak), En Sayuti and Fathullah(kire boss gak merangkap senior engineer), En Zul, Mr Lim, Kak Khuzani n Kak Lin, Redza (shift engineer), En Naser(manager quarry dept), Abg Khalid (Manager Packing Plant), Abg Sufian (CCR2 Rawmill) , Pak Ku (Cement Mill CCR1), Abg Muslim (CCR Cement mill), Abg Lan (CCR1), En Shahrul (Safety Dept), Abg Tat(CCR2 Raw Mill), Faiz (Planner), Kapten Zamberi(Head HR), serta ramai lagi....

Tengok le serba sedikit gambar yang dapat saya snapshot dalam kilang tue.

 Pemandangan dari atas Bukit Kuari Kilang

Tu, nun jauh sana tu thailand tue..

Tengoklee, betapa rompongnya bukit chuping ni, setelah ditarah utk dibuat simen selama 35 tahun.

Read more ...

Mari Buat Rumah - Part 3

13.1.11
Kali terakhir saya ke lokasi pembinaan sblm berhijrah ke perlis ialah pada 30 Disember 2010. Jadi, disini saya sajikan sedikit update apa perubahan yang telah berlaku kepada pembinaan rumah berkenaan. Enjoy it!!

Caption pada 26 Disember 2010
(Rangka bumbung telah didirikan)

 Tengokle rangka bumbung tu, complicated jugak tuh

 Lantai pun telah di turap sebahagiannya. Ketebalan ade laa dalam 2 inci.. Sblm simen, campuran pasir dan batu kecil telah diratakan dahulu.

Read more ...