Step nak buat rumah sebuah..

13.12.10
Penulisan kali ini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan macam mana caranya orang buat rumah. Maksud saya orang buat rumah, maksudnya memang buat rumah laa atau membina rumah. Bukan apa, sahaja berkongsi maklumat sebab saya sendiri mengikuti proses pembinaan rumah keluarga di tanah di dusun Kajang yang masih dalam pembinaan ini. Marilah kita ikuti laporan saya dibawah ini:

Peringkat 1 - Penyediaan tapak rumah dan besi-besi binaan
(Gambar diambil pada 13 November 2010)

 Inilah bahan-bahan yg paling awal sampai ditempat kejadian. Batu bata dan Pasir.
 Sebuah bangsal juga telah dibina utk menyimpan simen. (Kalau letak luar nnt kene hujan, terus takleh guna simen)



 Inilah contoh2 besi yang telah disediakan awal untuk pembinaan rumah ini. Semuanya handmade and homamade. Takde yg pasang siap de.
 Tapak rumah diukur dulu dan ditandakan dengan tali. Aras ketinggian dari pusat bumi juga dikira dengan menggunakan tiub berisi air.
 Haa, ini adalah contoh salah satu lubang untuk foundation rumah ini. Tak silap saiz dia 2ft x 2ft x 2ft..
 Kerja-kerja menggali lubang sedang dilakukan. Memerlukan kudrat yang banyak ni..
 
Memang nice diorang ni buat kerja, lurus je lubang tu dengan dinding binaan yg telah ada.


Peringkat 2 - Penyediaan Tiang 
(Gambar diambil pada 17 Nov 2010)

 Camnilah keadaannye setelah foundation punya besi telah dicacakkan. Klu tengok betul2, ada besi diseluruh bahagian bawah tu yg mana kelak akan dicurahkan dengan simen konkrit pulak.

 Haa, ni contoh yg dah terisi dengan simen. Simen tu dalam 1/2 ft @ 1 ft kot. Selebihnya akan ditimbus kembali dengan tanah.



Beginilah keadaan ceracak yang telah ditegakkan.

Peringkat 3 - Mulanya kerja-kerja pembangunan dinding dan sistem pembentungan
(Gambar diambil pada 23 Nov 2010)

 Minggu keempat, diorang dah panggil backhoe, tuk gali lubang tuk tangki septik ni. Memang saje gali awal, supaya tanah yg digali ini bolah digunakan tuk tambak tapak rumah. Jadi save budget, tak payah beli tanah dah untuk tambak rumah.

 Beginilah bersepahnya batu batan di tapak pembinaan

 Kawasan membancuh simen. Bersih selepas tiap kali selesai bekerja. Jimat diorang ni, Bagus.

 Diorang tak buat tiang dulu, tapi dinding diorang bangunkan dulu. Dengan cara ini dapat menjimatkan kayu yg digunakan untuk membuat tiang kelak.



 Haa, nampak tak tanah dalam petak2 rumah ni dah tambak. Tanah ni diambil dari tempat tangki septik tadi laa. Selain itu ada juga digali lubang lain di belakang rumah ini juga.



 Ni saluran untuk paip kumbahan nanti. Korek awal-awal, tak payah laa nak panggil backhoe banyak kali nnt.

Peringkat 4 -Pembangunan Tiang dan Komponen-Komponen Rumah seperti Tingkap dan Rangka Pintu
(Gambar diambil pada 4 Dis 2010)

 Jeng jeng!!.. Dinding da dibangunkan lagi. Nampak tak yang kayu tu, tu laa bahagian tiang die tu. Bingkai tingkap dan pintu juga telah diinstall time ni.




 Ni kawasan tempat ambil wuduk nnt nie. 


 Ni kawasan bilik mandi dan jamban




Minggu ini dengar cerita kerje-kerja buat dinding dah selesai. Sekarang tengah bangunkan beam untuk syiling plak. Tak sempat lagi saya menjenguknya. Kelak nnt saya akan update lagi post ini yaaa. ~ Haniff Izhar

8 ulasan:

  1. Good Report....

    BalasPadam
  2. Boleh x kalo saya ambil maklumat dalam blog tuan ini??

    BalasPadam
  3. nice blog and good job

    BalasPadam
  4. salam syawal,

    just for sharing, i have been heard about warisan aqfa sdn. bhd. from my relatives. They provide home building services with a great satisfaction.surf www.qwaris.com for more info..

    sharing is caring...^_^

    BalasPadam
  5. salam syawal,

    just for sharing, i have been heard about warisan aqfa sdn. bhd. from my relatives. They provide home building services with a great satisfaction.surf www.qwaris.com for more info..

    sharing is caring...^_^

    BalasPadam
  6. nak tanya mana lebih baik naikkan tiang dahulu atau naikkanbatu di dinding dahulu
    tq

    BalasPadam
  7. ade 2 jns tiang, tiang siap dan tiang buat. kalau tiang siap biasanya untuk atap zink atau asbestos, tiang buat ni lebih baik dan kukuh biasanya untuk atap genting. kalau nak ikutkan, cara naikkan dinding dulu lebih baik kerana boleh menjimatkan kos hangus (kotak tiang) dan masa (pembahagian tugas/kerja). tetapi cara ini memerlukan kemahiran dan teknik yang tertentu seperti tegap ikatan bata dan ketinggian ikatan. kerana bata tidak boleh diikat terlalu tinggi sebelum konkrit tiang (takut terbalik).

    BalasPadam