Rukun Islam ~ Ambil beratkah kita??

16.12.10
Salam Ukhwah Sahabat,

Kalau tanya umat Islam di Malaysia hari ini, Apa itu Rukun Iman dan Islam? Mereka akan dapat menjawab dengan lancar satu persatu isi kandungannya. Nanti katanya:

"Rukum Iman ada 6 perkara, Beriman kpd Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qada Qadar dan Hari Kiamat"

"Rukun Islam pula ada 5, Mengucap Shahadah, Solat 5 waktu, Berpuasa, Berzakat dan akhirnya Menunaikan Haji"

Namun, sedalam manakah kita mendalami tiap2 perkara ini?? Hari ini saya akan menyentuh persoalan Rukum Islam dari perspektif kehidupan di Malaysia ini. Kalau kita tengok ramai umat Islam di Malaysia hari ini, ibadah-ibadah wajib didalam rukun Islam juga sudah tidak di endahkan lagi. Mari kita kupas satu per satu prinsip-prinsip di dalam Rukun Islam berkenaan.


Yang Pertama ~ Mengucap 2 kalimah shahadah.
Yang ini mmg tak boleh disangkal, masyarakat kita memang berpegang teguh dengan prinsip ini. Dimana seseorang yang ingin memeluk Islam, memang diwajibkan mengucap 2 kalimah shahadah. Dalam Undang-Undang Shariah pun dah termaktub peraturan ini. Jadi isu ini tidaklah dibimbangkan kita.


 
 
Yang Kedua ~ Solat Lima Waktu Sehari Semalam.
Yang ini pula half, half. Memang diakui ada masyarakat kita yang masih mengutamakan Solat 5 Fardhu 5 waktu ini. Namun, nisbahnya dikalangan rakyat Malaysia tidaklah pula kita ketahui. Kalau tgk gaya hidup org KL, nampak gayanya yg tak bersolat lebih ramai berbanding yang bersolat. Yang bersolat pula ada pelbagai ragamnya, ada yg hanya mengutamakan solat fardhu. Ada pula yg mengambil kita solat fardhu dan sunat. Dan ada pula yg mengutamakan berjemaah. Tahukah kita Istilah Bersolat dan Menjaga Solat merupakan 2 perkara yg berbeza? Menjaga solat bermaksud Bersolat di AWAL WAKTU ditempat AZAN diazankan secara BERJEMAAH.. Ini bagi laki2. Bagi perempuan pula bersolat diawal waktu. Namun, budaya masyarakat kita di Malaysia kebanyakannya masih menganggap asalkan bersolat sudah memadai. Masih amat kurang kesedaran untuk BERJEMAAH dan berSEGERA dan bersolat. Apatah lagi untuk bersolat sunat, kebanyakan budaya kita hanya tahu Bersolat Sunat sblm dan slps Solat Fardhu, itupun mungkin hanya dilakukan bila ke Masjid. Bagaimana pula dengan Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Taubat, Solat Tahajjud?? Rasulullah sesama hidupnya paling kurung melakukan 8 rakaat solat sunat tiap2 hari. Solat sunat inilah yg bakal menjadi pelengkap amalan Solat kita.

Yang Ketiga ~ Berpuasa di Bulan Ramadhan
Inipun mmg tak disangkal, Rakyat Malysia rata-ratanya memegang kuat prinsip ini. Namun, pada hari ini telah mula wujud masyarakat yg mengabaikan amalan puasa ini bila berada dibelakang org. Dengan erti kata lain, dia berpuasa kerana takutkan Kritikan org lain dan tindakan Undang-undang. Langsung tidak gentar dengan balasan ALLAH swt kelak. Namun, kesedaran dalam berpuasa Sunat amatlah cetek di kalangan masyarakat kita hari ini. Masih terlampau amat kurang kalangan Umat Islam yg mengamalkan puasa sunat pada Isnin dan Khamis. Apatah lagi puasa-puasa sunat lain seperti 3 hari pada tiap bulan. Hari-hari istimewa. Selain dapat ganjaran akhirat yg lumayan disisi Allah, puasa juga dapat membantu mengeimbangkan sistem penghadaman tubuh badan kita, serta dapat menjimatkan Kos Perblanjaan Harian. 

Yang KeEmpat ~ Berzakat pabila mampu
Haaa, yg ini yang paling kurang pelaksanaannya di Malaysia. Rata-rata masyarakat kita amat payah untuk mengeluarkan zakat!!! Mungkinkah kurangnya Ilmu pengetahuan? Ataupun mmg buat2 tak mampu bayar zakat. Ada yg beralasan, tidak mampu membayar zakat berikutan kos hidup yg tinggi. Mana taknya nak bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang peribadi dan sebagainya. Persoalannya, adakah semua pembayaran ini PERLU untuk kita meneruskan hidup? Adakah dengan tidak memiliki kereta kita akan MATI?? Adakah dengan tidak Memiliki ASTRO kita akan jatuh sakit?? Jika jawapannya tidak, maka kita masih mampu untuk mengeluarkan sebahagian harta untuk Berzakat!!  Rata-rata masyarakat kita hari ini memandang Zakat yg wajib dibayar adalah Zakat Fitrah shj. Zakat2 yg lain spt Zakat Harta, Pendapatan, Perniagaan tak pernah diendahkan. Macamlah zakat2 berkenaan tak WAJIB.. Namun, rajin pula berSEDEKAH bila dikhalayak. Sepatutnya, sebelum berniat bersedekah, adalah baiknya kita periksa dulu kadar zakat yg kita perlu bayar tiap bulan, dan untuk amount berkenaan kita Niatkan dengan Niat BerZAKAT dahulu. Jika ada kelebihan, barulah niat BERSEDEKAH.

Yang Kelima ~ Menunaikan Haji.
Alhamdulillah. Di Malaysia, kesedaran untuk menunaikan Haji membuak-buak didalam hati masyarakat kita. Saban tahun, makin lama kuota perlu ditunggu utk menunaikan Haji. Namun, apa yg lebih penting niat sebenar utk kesana?? Betulkah niat kita? Bukan hanya untuk mendapatkan title Haji atau Melancong seperti rata-rata yg masyarakat hari ini inginkan. Wallahualam ~ Haniff Izhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan