IIUM - Realization the meaning of Rahmalilalamin...

15.11.10
LEADERS OF THE UMMAH 

Salam semua pembaca Greatanep Blog, agak lama juga saya sudah tidak update blog ini. Akhir-akhir ini talian internet di rumah selalu sahaja mengalami masalah sambungan menyebabkan saya tidak berpeluang mengupdate blog ini.

Post kali ini saya ingin kongsikan sedikit info mengenai International Islamic University Malaysia (IIUM @ UIAM). Bukan info apapun, hanya lagu rasmi IIUM. Rupanya sudah 7 bulan saya meninggalkan universiti tercinta ini, namun perjuangan yang saya bawa sesama di universiti dulu masih lagi saya semat hebat di sanubari saya. Oleh itu, saya ingin berkongsi info dengan rakan-rakan mengenai lagu IIUM yang mana liriknya begitu bermakna bagi kita dalam meneruskan kehidupan ini. Ia memotivasikan dan mengingatkan kita kembali mengenai niat asal kejadian kita sebagai manusia dimuka bumi ini iaitu sebagai khalifah Allah.

Mari kita hayati sedikit lagu IIUM dan CFS IIUM yang mana videonya saya telah buat khas seperti di bawah. Di saat ini, CFS masih mengekalkan lagu yang dulu (sejak zaman matriculation center) manakala IIUM sendiri telah mempunyai 2 versi lagu. Kedua-dua lagu ini mengamdungi mesej dan maksud yang mendalam.

IIUM song - Lead the way (Lagu Baru)


IIUM song - strive for the best (Lagu lama)

CFS IIUM song - Get Together

Di post akan datang, saya akan kupas satu per satu makna di sebalik lirik ke tiga-tiga lagu ini. Keunikan IIUM inilah yang telah memberikan semangat kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan sekalian dalam memartabatkan Agama Allah di atas muka bumi ini. Seperti kata hikmah dalam lirik lagu baru IIUM, 

"Realize the meaning of Rahmatallillalamin"
Mendapatkan Rahmat ke seluruh Alam

Dalam maksudnya, ini bermakna setiap pelajar IIUM bertanggungjawab menyebarkan dakyah, cara hidup, cara kerja, budaya ISLAM bukan hanya di Malaysia malah keseluruh dunia. IIUM di ibaratkan sedang merecruit ribuan graduan yang diharap dapat menjadi agen ke seluruh dunia untuk mengubah cara hidup umat dunia ke arah yang lebih di redhai oleh Allah swt. (Ibarat seperti agen CIA & Yahudi yang dihantar oleh US, Israel ke seluruh dunia untuk mengubah cara hidup umat dunia suatu ketika dahulu dari Islam kepada Liberal) - Wallahualam ~ Haniff Izhar

2 ulasan:

  1. boleh pulak men tukar2 lagu.haha
    aku nak suh KRU adjust lagu UM la:P

    BalasPadam
  2. Tu bukan tukar lagu... Tu menambah koleksi lagu.. Hahaaa... Sume pong lagu IIUM yang sah.. ahaks

    BalasPadam