Selamat Hari Raya Aidilfitri & Open House

17.9.10
Greatanep Blogspot dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya ini. Maaf lambat sedikit ucapan hari raya nya. Tak berpeluang untuk mengupdate blog ini sejak bekerja ini. Di rumah pula, internet TM asyik problem saja. Apa-apa pun saya ingin memohon maaf kepada semua saudara-saudara serta rakan taulan jika selama mana kita semua berkenalan, ada saya lakukan silap dan salah. Andai kata ada saya terhutang apa-apa yang perlu saya jelaskan, minta di aju akan agar bolah saya langsaikan. Bukan apa, kadang-kala ada kita berhutang dengan orang lain namun tidaklah kita ingat atau perasan.


CARA MENYAMBUT AIDILFITRI

Di samping hari yang mulia bagi umat ISLAM ini, hari kemenangan bagi umat ISLAM ini, perlu diingatkan kepada semua apakah rahsia sebenar Hari Raya ini. Bagaimana cara menyambutnya yang paling molek untuk kita amalkan. Antara amalan yang baik yang diamalkan di negara kita Malaysia ini yang saya lihat ialah ziarah menziarahi antara sanak dan saudara, jiran-jiran serta rakan dan taulan. Ini bagus kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.

"Namun, alangkah ruginya kita apabila amalan yang mulia ini dicemari oleh maksiat yang mungkin tidak sengaja kita lakukan."

Namun, alangkah ruginya kita apabila amalan yang mulia ini dicemari oleh maksiat yang mungkin tidak sengaja kita lakukan. Antaranya ialah:
  • Berhias berlebih-lebihan hingga mengebabkan pembaziran
  • Perempuan berhias berlebihan dikhalayak, menunjukkan aurat terutamanya rambut hingga boleh menaikan nafsu syahwat kaum lelaki
  • Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan.
  • Ziarah berlebihan sehingga perkara Fardhu seperti Solat Fardhu diabaikan
Perkara-perkara seperti ini beleh mengurangkan pahala ziarah kita kerana kita telah mengabaikan perkara yang wajib. Selain itu, adalah lebih molek jika kita dapat mengekalkan apa yang telah kita amalkan sejak di bulan Ramadhan lagi.Antaranya:
  • Bersolat berjemaah. Tiada solat bagi seorang lelaki itu melainkan dia bersolat jemaah di awal waktu di tempat azan di azankan.
  • Bersolat sunat seperti sunat ruwatib, sunat hajat, taubat dan sebagainya.
  • Bertadarus Al-quran, ambillah masa sebelum atau selepas subuh, atau waktu antara Maghrib dan Isyak untuk bertadarus, mengkaji, atau menafsir Quran.
  • Banyakkan berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi.
  • Banyakkan berdoa dalam kehidupan harian kita. Andai kata doa belum sebati dalam kehidupan harian kita, yakni kita asyik terlupa untuk berdoa tiap kali melakukan atau memulakan sesuatu pekerjaan, bawalah buku koleksi doa sentiasa bersama kita. Nanti pabila sesuatu doa itu diperlukan, rujuk sahaja buku itu, kelak bila di amalkan pasti kita akan terbiasa dengan amalan ini.
  • Banyakkan juga meminta-minta pada Allah s.w.t, panjangkan doa selepas solat. Lebih afdal doa dalam bahasa Arab, namun hendaklah kita memahami isinya. Jika tidak, lebih baik berdoa dalam bahasa kita, minta sajalah apa sahaja, baik perkara duniawi atau ukhrawi.. Sesunggunya Allah amat menyukai hambanya yang sentiasa meminta-minta.
RUMAH TERBUKA SAYA

Selain itu, di hari yang mulia ini, saya ingin mempelawa kepada rakan-rakan sekerja, rakan-rakan seangkatan di universiti dan di sekolah untuk menghadiri majlis rumah terbuka saya yang bertarikh seperti di bawah. Nak ikutkan bukanlah rumah terbuka sangat pun, cuma diwaktu hujung minggu dikuatiri saya tiada jika datang waktu lain, nak datang waktu lain boleh, tapi hubungi saya dulu. Jika datang waktu yg saya tetapkan ini, insyallah semua boleh berkumpul bersama-sama.
  • Tarikh : 26 September 2010
  • Hari : Ahad
  • Masa : 10 pagi hingga 10 malam
  • Alamat : No 14, Jalan Watan 18, Taman Sri Watan, Ampang, Selangor.. (rujuk Google Map di bawah untuk rujukan)
Adalah lebih molek andai dapat diberitahu awal jika ingin dapat, senang nak budget juadahnya =) Untuk panduan ke rumah saya, tengok google maps di bawah. Route yang saya tunjukkan itu adalah dari kawasan Ampang Point berdekatan dengan MRR2. Harap semua dapat datang dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya ini.

Peta di bawah ini menunjukkan jalan dari hadapan KLCC melalui Jalan Ampang untuk ke rumah saya. Kalau dari KL, lagi bagus ikut AKLEH berbanding Jalan Ampang yang amat sesak ini. Kalau dari Utara KL, arah Gombak, Selayang, Rawang boleh ikut MRR2 tembus ke Jalan Ampang juga. Kalau dari Selatan, Sg Besi boleh juga ikut MRR2 dari cheras dan bukit jalil susur keluar ke jalan ampang jugak... Harap sume faham peta ni.. 


View Larger Map

Dari itu, Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin. ~ Haniff Izhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan