Sambutan Hari Raya di Ofis GSBD

28.9.10
Bila kita sudah berkerja, maknanya kemeriahan Hari Raya itu kononnya kurang terasa sebab dulu-dulu masa kecik selalu dapat duit raya beratus-ratus. Kalau pergi rumah sedara tu, berderet sepupu-sepupu sume, semuanya sebaya je, siap boleh wat team bola tuk main kat laman rumah sambil menunggu pakcik2 dan makcik2 berborak-borak dalam rumah.

"Hari Raya itu kononnya kurang terasa sebab dulu-dulu masa kecik selalu dapat duit raya beratus-ratus. Kalau pergi rumah sedara tu, berderet sepupu-sepupu sume, semuanya sebaya je, siap boleh wat team bola tuk main kat laman rumah sambil menunggu pakcik2 dan makcik2 berborak-borak dalam rumah."


Memang betul pun, raya kali ni tak banyak berkunjung ke rumah sedara. Mak Ayah pun dah tak larat nak beraya sehari sampai berpuluh-puluh rumah, sekadar menziarahi sedara terdekat sahaja. Namun, sebagai warga baru dalam persatuan insan bekerja, banyak pula undangan Open House ni. Yang paling best, kat tempat kerja ni pun ada Open House.

Nak dipendekkan cerita, hari Khamis yang lepas, 23 September 2010, Group Strategy and Business Development Dept telah mengadakan jamuan Hari Raya dan Besday Selebration. Memang meriah habis hari berkenaan. Kalau sebelum ni, sume serius je bekerja, pada hari berkenaan, dah jadi tak serius dah. Ikuti gambar photo yang saya ade ambil di bawah tuk merasai kemerihan majlis itu juga =)

 Ni kawasan makan-makan yang dihiasi oleh sayer, En Naz dan En Hadi..

 Inilaa makanan-makanan yg ade.. Byk tu, mee kari, ayam panggang, rojak, kuih-mueh, buah-buah, rendang dan sebagainya.
 Ni rojak dengan ayam panggang...
 Ni mee kari, nasik impit, lemang dan sebagainye..
 Buah-buahan dan kuih muih.. Air Twister lagie..
 Haa, tu big boss Mr Tan See Yin.. Dia nak bersara ujung bulan ni..
 Tulisan tu, sayer yang design tue.. Hahaa..
 Kuah Mee Kari..

Staff-staff di GSBD..

Begitulah kisah kemeriahan di majlis hari raya. Yang bestnye, staff lain semua ada bawa sikit makanan, kitorang budak Trening 3 orang (Saya, En Naz, En Hadi) satu hapak pun tarak bawa. Pendek kata kitorang tukang habis makanan diorang. Memang banyak lebih makanan hari tu, silapnya tak bawak bekas untuk tapau je.. ~ Haniff Izhar

2 ulasan: