Sambutan Hari Raya di Ofis GSBD

28.9.10
Bila kita sudah berkerja, maknanya kemeriahan Hari Raya itu kononnya kurang terasa sebab dulu-dulu masa kecik selalu dapat duit raya beratus-ratus. Kalau pergi rumah sedara tu, berderet sepupu-sepupu sume, semuanya sebaya je, siap boleh wat team bola tuk main kat laman rumah sambil menunggu pakcik2 dan makcik2 berborak-borak dalam rumah.

"Hari Raya itu kononnya kurang terasa sebab dulu-dulu masa kecik selalu dapat duit raya beratus-ratus. Kalau pergi rumah sedara tu, berderet sepupu-sepupu sume, semuanya sebaya je, siap boleh wat team bola tuk main kat laman rumah sambil menunggu pakcik2 dan makcik2 berborak-borak dalam rumah."

Read more ...

Dah La Kecik, Tak Sedar Diri Pulak!!!

21.9.10
Saya tertarik untuk menceritakan pengalaman saya menaiki motosikal untuk pergi bekerja. Bermula 1 Sept 2010, maka rasanya dah 12 harilah saya menunggang motosikal ke tempat kerja. Dalam 12 hari bermotosikal ini, barulah saya tahu bagaimana rasanya menunggang motosikal di kala waktu puncak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Kalau sebelum ini sewaktu di Universiti, begitu senang untuk pergi ke kelas dari Mahallah, kini rasakan betapa payahnya untuk ke tempat kerja setiap hari.

"Namun, apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai sikap pegguna jalan raya di Malaysia. Amatlah sedih saya lihat tahap pengetahuan dan kecerdikan rakyat Malaysia kita ini. Kesian pun ada juga, bagaimana Kerajaan boleh berkata rakyat Malaysia telah di didik dengan pendidikan yang cukup, padahal kecerdikan rakyat Malaysia masih di tahap negara mundur."

Read more ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Open House

17.9.10
Greatanep Blogspot dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya ini. Maaf lambat sedikit ucapan hari raya nya. Tak berpeluang untuk mengupdate blog ini sejak bekerja ini. Di rumah pula, internet TM asyik problem saja. Apa-apa pun saya ingin memohon maaf kepada semua saudara-saudara serta rakan taulan jika selama mana kita semua berkenalan, ada saya lakukan silap dan salah. Andai kata ada saya terhutang apa-apa yang perlu saya jelaskan, minta di aju akan agar bolah saya langsaikan. Bukan apa, kadang-kala ada kita berhutang dengan orang lain namun tidaklah kita ingat atau perasan.


CARA MENYAMBUT AIDILFITRI

Di samping hari yang mulia bagi umat ISLAM ini, hari kemenangan bagi umat ISLAM ini, perlu diingatkan kepada semua apakah rahsia sebenar Hari Raya ini. Bagaimana cara menyambutnya yang paling molek untuk kita amalkan. Antara amalan yang baik yang diamalkan di negara kita Malaysia ini yang saya lihat ialah ziarah menziarahi antara sanak dan saudara, jiran-jiran serta rakan dan taulan. Ini bagus kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.

"Namun, alangkah ruginya kita apabila amalan yang mulia ini dicemari oleh maksiat yang mungkin tidak sengaja kita lakukan."

Read more ...