Betul ke Guna Dinar Emas ni Tak Elok??

20.8.10
Semalam, 19 Ogos 2010, hari Khamis, saya terpandang di dalam surat khabar Berita Harian. Terdapat satu artikel di halaman 15 yang bertajuk "Mata wang dinar beri kesan negatif - Pembangunan Ekonomi Negeri, Rakyat Terjejas" seperti di dalam rajah di bawah.


Isi artikel ini mengisarkan pendapat Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Kelantan (DPIMK), Datuk Dr Illias Hussin yang berkata penggunaan mata wang dinar hanya akan berlegar di dalam negeri Kelantan sahaja yang akan menyebabkan negeri Kelantan bertambah mundur. Sedangkan katanya kemajuan ekonomi perlu membabitkan urusniaga secara menyeluruh atau global.

Pendapat ini bersandarkan kepada Perasmian Pelancaran Matawang Syariah Emas Dinar dan Perak Dirham di Negeri Kelantan baru-baru ini. Pertamanya, samaada laporan oleh akhbar Berita Harian benar atau telah di putar belit itu tidak saya ketahui kerana memang banyak informasi hari ini di putar belit oleh akhbar atas keuntungan pihak-pihak tertentu.

Namun, jika benarlah laporan akhbar ini, maka dari pandangan saya sendiri, pendapat Pengerusi DPIMK semacam kurang tepat dan boleh di sangkal jika kita fikir dengan logik akal. Saya juga ada terbaca di laman FB Tuan Guru Nik Aziz tentang teks ucapan beliau semasa perasmian Matawang Syariah ini. Teks berkenaan boleh di baca di:


Apa yang saya lihat penggunaan dinar emas dan dirham perak adalah lebih menguntungkan rakyat Kelantan sendiri. Disamping jika kita semua belajar ekonomi, fiat money yang berasaskan kertas yang di iktiraf oleh kerajaan ini hanyalah bersifat sementara, manakala dinar dan dirham bersifat kekal yang mana diterima di seluruh dunia. Bagaimana ya pendapat Pengerusi DPIMK mengatakan ekonomi kelantan hanya berlegar di dalam negeri sahaja sedangkan Dinar dan Dirham diterima di seluruh dunia. 

Contohlaa, jika kita beri dunia kertas RM 10 semasa berada di London untuk membeli barang, nak tak diorang terima duit RM ni? Sudah tentu tidak. Sedangkan jika kita beri 1 dirham (yang mana ini ialah perak) kepada mereka untuk membeli barang, apabila mengetahui itu adalah perak, boleh sahaja mereka menerima wang berkenaan kerna perak memang dikenali dengan nilainya yang tersendiri. Sedangkan RM tidak diketahui nilainya melainkan di dalam Malaysia sahaja. Itupun jika di iktiraf oleh BNM. 

Contoh lain, kalau betullah fiat money lebih menguntungkan, niha, saya ada duit syiling seringgit emas yang pernah digunakan di malaysia suatu ketika dulu dalam tabung lama saya. Kalau saya bawa pergi kedai, beli barang dah tak laku dah duit tu. Walaupun bertulis chop BNM di atas duit itu. Kenapa ini berlaku? Kerana mengitirafan duit itu telah ditarik balik oleh BNM. Ini bermakna duit RM bersifat sementara!!!

Contoh lain lagi, andai kata suatu hari nanti, dunia di timpa peperangan, atau Malaysia di timpa peperangan yang mana berlaku rampasan kuasa pada kerajaan. (Perkara ini telah banyak berlaku di negara lain seperti Iraq, Afrika dan Afghanistan) Pabila kuasa baru memerintah, secara automatiknya matawang lama akan tiada nilai, kerana sudah tentu kerajaan baru tak akan mengiktiraf matawang lama itu. Jika kita ada simpan di bawah tilam di rumah kita RM 100,000. Lenyap segalanya tanpa tukaran. Nak ikutkan, jika RM 100,000 ini kita tukarkan dengan dinar emas, dan simpannya di bawah tilam. Walau berapa kali pun berlaku pertukaran kuasa, tidak hilang langsung nilaian emas itu.

Bukti kukuh juga telah menunjukkan bahawa harga emas adalah harga yang paling stabil di pasaran. 

"Contohnya, pada tahun 2001 Dr Mahathir pernah memperkenal kan wang emas bernama Kijang Emas yang seberat 1 auns. Harganya pada tahun 2001 adalah RM 1082.00. Pada hari ini tahun 2010, berat yang sama berharga RM 4104.00. Ini bermakna dalam masa 10 tahun nilainya meningkat 400% dari nilaian RM. Atau lebih tepat lagi, nilai RM telah menguncup 400% berbanding nilai emas. (Ini kerana nilai emas kepada barangan tidak berubah, yang berubah adalah nilai matawang fiat yang makin mengecil)"

Bayangkan, ini bermakna jika kita melabur RM 100000 dalam bentuk dinar emas, dalam masa sepuluh tahun nilainya menjadi RM 400000!!!!! Andai RM 100,000 dilaburkan di dalam ASB sekalipun, dengan purata dividen 10% setahun, pelaburan kita hanya menjadi RM234727.00. Itupun belum tentu lagi pelaburan yang di labur itu halal. 

Jadi saya secara peribadi penyangkal tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan penggunakan Matawang Emas dan Perak akan memundurkan lagi ekonomi sesebuah negara itu. Memanglah pada mulanya mungkin sukar untuk merialisasikannya memandangkan hanya negara kita sahaja yang menggunakannya. Namun, ini merupakan satu langkah awal untu merealisasikan kembali penggunaan dinar dan dirham seperti di zaman Nabi-nabi dahulu. Kalau kita yang ada kuasa seperti menteri besar dan perdana menteri taknak mulakan, siapa lagi? Nak harapkan PBB? OIC? Jangan haraplah ada yang bertanggung jawab kerana badan ini tidak mempunyai kuasa keatas matawang tiap-tiap negara bawah naungannya, jadi sukar untuk merialisasikan perkara ini diperingkat berkenaan. 

Janganlah kerana kita tidak suka akan perkembangan positif yang telah dibuat oleh sesebuah negeri itu, kita hamburkannya dengan tanggapan yang negatif sedanglah kesan positif tidak sedikitpun kita war-warkan kepada masyarakat. Setidaknya, berilah penilaian yang adil agar perkembangan ekonomi kita sesama Islam lebih maju lagi berbanding bangsa bukan Muslim di luar sana. Janganlah kerana perbezaan pemikinan politik, usaha yang murni juga di hina.

Akhir kata, jika benarlah penggunaan dinar ini memang memberikan kesan negatif. Kenapa ya suatu masa dahulu Dr Mahathir sendiri beria-ria ingin memperkenalkan matawang emas dikala ekonomi Malaysia di ambang kejatuhan??? Malangnya, strateginya tak menjadi kerana kurangnya usaha dan di kala waktu yang salah.


Lebih maklumat mengenai dinar dan dirham Kelantan:
http://www.facebook.com/nikaziz?ref=ts#!/note.php?note_id=152244771459765

1 ulasan:

  1. biasa la...politik...time mahathir usulkan hal ni dulu sume si 'pengampu' sokong....bila pihak lain yg usulkan benda yg sama si 'pengampu' ni td sume pakat menentang...patutnye x kira siapa pun yg buat atau usulkan sesuatu yg baik patutlah disokong...bukan siapa yg berkata, tp apa yg diperkatakan tu lebih penting...

    p/s: aku pun ingat nak melabur emas la...huhu;)

    BalasPadam