Betul ke Guna Dinar Emas ni Tak Elok??

20.8.10
Semalam, 19 Ogos 2010, hari Khamis, saya terpandang di dalam surat khabar Berita Harian. Terdapat satu artikel di halaman 15 yang bertajuk "Mata wang dinar beri kesan negatif - Pembangunan Ekonomi Negeri, Rakyat Terjejas" seperti di dalam rajah di bawah.


Isi artikel ini mengisarkan pendapat Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Kelantan (DPIMK), Datuk Dr Illias Hussin yang berkata penggunaan mata wang dinar hanya akan berlegar di dalam negeri Kelantan sahaja yang akan menyebabkan negeri Kelantan bertambah mundur. Sedangkan katanya kemajuan ekonomi perlu membabitkan urusniaga secara menyeluruh atau global.

Pendapat ini bersandarkan kepada Perasmian Pelancaran Matawang Syariah Emas Dinar dan Perak Dirham di Negeri Kelantan baru-baru ini. Pertamanya, samaada laporan oleh akhbar Berita Harian benar atau telah di putar belit itu tidak saya ketahui kerana memang banyak informasi hari ini di putar belit oleh akhbar atas keuntungan pihak-pihak tertentu.
Read more ...

Matlamat Hidupku Yang Sebenar

20.8.10
Sepanjang aku menjadi penganggur sementara menunggu panggilan untuk bekerja ini, maka banyaklah waktu terluang yang banyak aku habiskan dengan berangan, berfikir dan muhasabah diri. Tak kurangnya juga aku cuba untuk memperbanyakkan solat berjemaah dan mendengar ceramah agama di masjid dan surau. Ditambah dengan kedatangan bulan yang amat mulia ini di dalam Islam, maka banyaklah masa terluang ini aku penuhi dengan beramal ibadat. Namun, tak tahulah aku samada amal ini diterima Allah swt ataupun tidak.

Namun, apa yang menarik perhatianku ialah masa lapang yang banyak ini telah membuatkan aku berfikir kembali tentang matlamat sebenar kehidupan kita. Saban hari aku mendengar ceramah tentang kehidupan akhirat, kehidupan selepas kematian kita membuatkan aku kembali berfikir. Apakah benar landasan hidup yang aku ambil ini.

Lalu, timbullah kekesalan di hati ini kerana selama 24 tahun hidupku yang lepas terlampau sikit waktu yang disumbangkan untuk hidup yang kekal abadi iaitu di alam akhirat kelak. 
  • Aku kesal pabila sewaktu di universiti dulu, begitu sukar untuk ku berjemaah dimasjid ataupun surau kerana terlalu sibuk menyiapkan assignment dan study. Padahal, ada sahaja waktu terluang lain yang aku isi dengan bermain game, tidur dan menonton movie.
  • Aku juga kesal kerna sewaktu di sekolah agama sewaktu kecil dulu, aku tidak memanfaatkan pembelajarannya bersungguh-sungguh. Aku kesal tidak mempelajari bahasa arab ketika itu dengan dayanya. Akibatnya, hari ini begitu sukar untukku memahami isi kandungan Quran pabila imam membacanya

Read more ...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

11.8.10
Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang amat mulia ini, saya Haniff Izhar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua Muslimin dan Muslimat. Ingatlah bulan Ramadhan ini datangnya setahun hanya sekali, dan berkatnya bersamaan dengan 1000 bulan, jadi marilah kita memanfaatkanya dengan sepenuhnya.

Antara Fadhilat bulan Ramadhan yang selalu di sebut-sebut orang ramai ialah.

"Ganjaran amalan sunat di bulan Ramadhan  bersamaan dengan ganjaran amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain, manakala ganjaran amalan Fardhunya bersamaan dengan ganjaran untuk 70 amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain"

Lihatlah, betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadhan. Tapi malangnya, pada hari ini masyarakat kita lebih berlumba-lumba untuk mendirikan bisnes dan mengambil keuntungan materialistik sempena kedatangan Ramadhan. Katanya Ramadhan ini lubuk KEUNTUNGAN.
Read more ...

Winning Team Characteristics

3.8.10

Salam Sahabat,

Al kisahnya sudah agak lama saya menyepikan diri dari penulisan blog peribadi saya ini. Saya sekarang tengah sibuk menyiapkan produk pertama penulisan saya sendiri. Nak tahu apa produk ini, nanti dan lihat di laman bisnes saya di http://www.majuglobalnet.tk. Selain itu, hujung minggu yang lepas, saya menghadiri Kursus Kepimpinan anjuran Kolej Yayasan UEM yang bertempat di Gombak, Selangor.

Pemandangan disekitar Kem Jungle Lodge, Alang Sedayu..

Jadi di kesempatan ini, saya ingin bercerita sedikit tentang apa yang saya perolehi daripada Kursus Berkenaan. Pertama sekali, inilah kursus yang 1st yg saya pernah join yang lain dari yang lain. Biasanya kalau Leadership Course ni, confirm laa kene built group, sorang kene jadi leader, kene ada bendera, nama group, motto, lagu dan sebagainya lah. Pastu mesti ada barang amanah. Then, mesti ada pelbagai aktiviti mcm pertandingan yang dibuat oleh penganjur yang mana ada group yang akan menang dan ada group yang akan kalah.

Read more ...