Kemana Menghilang? Story Disebalik Tebang Pokok Balak

14.7.10

Alkisahnya, sehari dua ni saya jarang online samada untuk facebook ataupun menulis post baru di blog-blog saya. Kenapa ya agaknya? Kerana sekarang ni saya sibuk menolong mengemas dusun yang sekarang ni tengah bersepah angkara penebangan pokok-pokok durian untuk di jadikan tapak rumah. Pokok-pokok ini terpaksa dikorbankan ekoran cadangan parents saya untuk membuat rumah di situ. Ikutilah kisah penerbangan pokok ini melalui gambar-gambar yang telah saya ambil dibawah.
(The story is, recently I rarely online either for facebook or writing new post in my blogs. Why? Because now I am busy helping clean my orchard as it is now mess because of durian's tree cropping activities to give space for house site. These trees need to be sacrificed to fulfill my parents desire to built house there. Follow these story through pictures below.)  


Selain itu saya juga ada sediakan sedikt ilmu bagaimana kita mahu menebang pokok bertaraf balak ini dan apakah peralatan yang kita perlukan di akhir artikel ini. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak jadi seorang professional penebang pokok, bolehlah belajar sikit-sikit di sini ya.
(Beside that, I also write some knowledge and tips on how to crop big tree and what equipment that we need to do this job. So, for those who are interested to learn this skill, maybe this article might be useful.)

 Pokok bachang yang telah ditumbangkan dan terjatuh ke dalam sungai. (Petang harinya dahan ini dihanyutkan oleh air sungai kerana hujan lebat)


Kerja-kerja memotong pokok menjadi dahan-dahan kecil 


Dahan-dahan yang telah dipotong dan diletakkan ke atas troli untuk dihantar ke tempat pelupusan
Dahan-dahan dibakar

Gambar Perbezaan Sebelum dan Selepas Pemotongan

Sebelum & Selepas (Gambar 1)
Sebelum & Selepas (Gambar 2)
Sebelum & Selepas (Gambar 3)

Contoh Urutan Pemotongan Sebuah Pokok

Kanan - Pokok yang akan dipotong, Kiri - Kerja pemotongan dipangkal pokok
 
Gambar pokok yang telah tumbang.

Ok, seperti yang saya janji tadi, ini dia serba sikit cara-cara memotong pokok yang saya belajar dari aktiviti saya selama 3 hari ini. Pertamanya, alatan yang kita perlukan untuk memotong pokok balak ini ialah:
(Ok, as I promised, this is a little bit about how to crop tree that I learn from my activities this 3 days. Firstly, the equipments that we need are:)
  • Mesin Gergaji Memotong Pokok (Panjang mata 25 inch, yang kecil tak boleh)(Tree Cutting Machine)
  • Tali keselamatan 1/2 inch diameter sepanjang 100m (Boleh didapati di kedai hardware)(Safety Rope 100m)
  • Tali tangsi pancing(Fishing Rope)
  • Batu ladung memancing (atau apa-apa sahaja yang berat)(Anything heavy like stone)
  • Tenaga kerja atleast 3 orang (1 orang memotong, 2 orang menarik tali)(3 persons)
Step memotong pokok ini berbeza berdasarkan arah mana kejatuhan yang kita inginkan dan arah mana pula pokok berkenaan condong. Secara general, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi arah jatuhan pokok ialah:
(Steps to crop the tree different depend on where we want the tree to drop and the way the tree hang. Several factor influence the way the tree drop are:) 
  • Arah kecondongan pokok(The way the tree hang)
  • Arah pergerakan angin(The air flow)
  • Arah tarikan tali (The way the rope attached)
  • Arah potongan V pada pangkal(The way the 'V' being made during crop)
 Jika pokok telah condong ke arah jatuhan yang kita inginkan, maka tali tidak diperlukan kerana pokok akan mudah jatuh ke atas berkenaan dengan bantuan kecondongannya dan bentukan V pada pangkal.
(If the tree hang to the way that we desire, then we dont need rope)

Jika pokok condong ke arah yang lain dari arah jatuhan yang kita inginkan, maka tali diperlukan. Namun, jika pokok terlalu condong ke sesuatu arah, amatlah sukar untuk kita mengarahkannya ke arah bertentangan. Apa yang boleh kita lakukan ialah memesongkan arahnya sedikit ke kiri atau ke kanan sahaja dengan menggunakan tarikan tali. (Mungkin memerlukan lebih dari 2 orang tenaga tarikan jika pokok besar)
(If the way the tree hang is different from our desire way to drop, then rope is needed. But, if the tree is heavily hang to certain way, it might be difficult for us to make the tree drop to other side. What we can do is to make the tree drop at either side of the tree hang with the help from rope. (More than 2 persons need to pull the rope if the tree is big)

Cara-cara memasang tali pada pokok:
  • Tentukan dahan mana yang kita inginkan tali dipasang. Pastikan dahan itu kukuh. 
  • Pasangkan batu ladung pada hujung tali tangsi.
  • Campakkan ladung ini hingga mengenai sasaran kita tadi.
  • Jatuhkan ladung dan ikat pula tali keselamatan pada tali tangsi yang telah jatuh tadi.
  • Tarik tali untuk di bawa keatas dengan menarik tali tangsi tadi dan bawa turun semula tali ini di arah bertentangan setelah tali itu merentasi dahan.
  • Buka ikatan tali keselamatan dari tali tangsi, dan ikat hujung tali keselamatan pada satu lagi bahagian yang ada pada kita (Guna ikatan longgar supaya loop boleh mengetat apabila kita menarik tali ini)
  • Tarik tali ini sehingga loop mengecil sehingga ke hujung dahan.
  • Hujung satu lagi tali hendaklah diikatkan pada pokok(Pokok A) lain yang berdekatan. Untuk memastikan tali ini lebih tegang, setelah diikat pada pokok A, lilitkan pula tali lebihan pada pokok lain yang berdekatan dengan pokok A (Pokok B), dibawa kembali pada tali antara pokok tebangan dengan pokok A(dililit), kembali di ikat di pokok B. Tarik tali ini untuk tegangkan tali utama tadi.
Memang megelirukan kalau baca macam ni, tapi sebenarnya senang je nak buat ikatan ini. Cuma saya tak sempat nak ambil gambar masa kejadian sbb masa tu sibuk ready nak tarik tali. =) ~ Haniff Izhar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan