Juru Ukur ~ Kerjaya Yang Menguntungkan Hari Ini

21.7.10
Land Surveyor ~ A Beneficial Career

Salam kepada sahabat pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Sekali lagi ribuan maaf diucapkan kerana lambat mengupdate blog ini. Minggu2 yang lepas ini agak sibuk dengan aktiviti sukarela saya.
(Salam to all Sahabat blog reader which I loved. Again lot of apologize because of the late update of this blog.Lately I quite busy with lots of mu volunteer works.)  

Antaranya yang saya nak ceritakan dalam blog ini ialah kisah saya mengikuti Juru Ukur Tanah untuk megukur tanah kepunyaan keluarga ayah saya di Sg Long. Penat jugalah 2 hari mengikuti pengembaraan ini. 

"Namun, apa yang boleh saya simpulkan melalui pengembaraan bersama mereka ini ialah Kerjaya Sbg Juru Ukur Memang Menguntungkan Baik Dari Segi Pendapatan Kewangannya ataupun Networking Sosial Kita. Ikuti Pengembaraan saya yang begitu bermanfaat ini."
(The one that I want to share in this blog is about my journey following Land Surveyors to scale land that own by my father's family at Sg Long. It was very tiring 2 days following this journey. But, what can I say form this journey is that a Career as a Land Surveyor give Us Many Benefits Not Just In Term of the Money Income but also the Social Networking.)


Di bawah ini menunjukkan beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa aktiviti ini. Di akhir blog ini juga ada saya ceritakan bagaimana sesiapa pun boleh menjadi Juru Ukur jika pandai menyesuaikan diri. Akan saya terangkan serba sedikit kerja sebagai juru ukur dan apa yang kita perlukan.
(Below I show several pictures that I snapshot during the activity. Plus at the end of this post I will explained a little bit on how everybody can involve in Land Surveyor if like and what the things that we need to be a land surveyor.)


Dah tengokkan gambar di atas ini. Sebenarnya jika korang seorang pelajar kejuruteraan, maknanya memang korang akan mudah fahamlah bagaimana kerja mengukur tanah ini. Terlebih dahula, equipments yg saya rasa seorang juru ukur perlukan untuk mengukur tanah ialah:
(Seen all the above picture? Good. Actually, if you are an engineering student, it means that you can easily understand la how land surveyor done their job. Before that, the equipments that a land surveyor need to survey a land are:)
  • Peta Tanah Daerah dimana tanah yang hendak diukur berada. (District Land Map where the land is located)
  • Peta Dimensi Tanah tanah yang hendak diukur (Land Dimension Map of the land)
  • Electronic Distance measuring device
  • 3 Tripod
  • 2 single Prism
  • Sekurangnya 1 pembantu (At least 1 assistant)
Ok. Mana nak dapat semua equipment ni?
(Where to get these items?)
  • Item 1 dan 2 di atas boleh dibeli kat Pejabat Tanah Daerah yang kita nak ukur tu. Tapi saya tak tahulah siapa-siapa je ke boleh beli atau juru ukur bertauliah je yang boleh beli.
  • Item 3, 4, dan 5 boleh di beli pada suplier land surveyor yang ada kat Malaysia ni. 
Apa itu Electronic Distance Measuring Device (EDM)? 
(What is Electronic Distance Measuring Device (EDM)?)

Ini adalah alat yang digunakan untuk mengukur jarak sesuatu panjang itu. Ia menggunakan technology laser dan dilengkapi dangan kaedah pengesanan jarak dan arah. Alat ini akan dipasangkan dengan Prism dimana Prism dipasang pada akhir jarak, dan alat ini dipasang pada awal jarak.
(This is a device to measure distance. It used laser technology and being used with Prism device. This device will be attached at one end of the distance while prism will be attached at another end of the distance.)






Apa itu Prism?
(What is Prism?)

Prism adalah satu alat yang boleh memantulkan balik cahaya laser yang diarahkan ke padanya ke arah asal semula. Ada Prism yang berpemukaan 90 darjah dan ada pula 180 darjah. Sebenarnya Prism berfungsi sebagai pamantul cahaya ke semua arah dengan syarat cahaya yang datang jatuh dalam lingkungan pemukaannya. Dalam semua arah yang dipantulkan, pasti ada satu arah cahaya laser yang dipantulkan balik ke alat EDM. Laser inilah yang akan menentukan jarak melalui mengesanan waktu yang diambil untuk laser dipantulkan.
(Prism is a device that can reflect back the laser light to the way that the laser come. There are prism that have 90 degree and 180 degree face. Actually, Prism functioning as the reflector of the light to all direction. In all the direction that it reflect, there will be one light that will reflect back to the EDM device. This light will be used to evaluate the distance of the points.)


Apa itu tripod?
(What is tripod?)

Tripod adalah alat untuk memegang EDM dan prism. Seperti tripod kamera. Namun, tripod untuk juru ukur tanah lebih kukuh dan presis.
(Tripod is a device to hold EDM and Prism. Like camera tripod. But, tripod for land surveyor is more tough and precise.)







Ok, jadi macam mana kerja-kerja mengukur dilakukan dan kenapa perlu 2 prism?
(Ok, so how to do land survey and why need 2 prism?)
  1. Untuk mengukur tanah, tukang ukur perlu dahulu cari batu penanda sempadan yang telah ada berdekatan tempat tanah yang hendak diukur. Di Malaysia, tiap tempat penempatan manusia pasti telah ada batu ini terutama kawasan yang mempunyai tanah lot. Batu ini biasanya ditanda dengan warna merah.
  2. Juru ukur akan mengenal pasti kedudukan batu ini didalam peta daerah.
  3. Kemudian juru ukur perlu mengenal pasti arah Utara bumi kerana semua peta yang dibekalkan oleh jabatan tanah adalah berarah ke utara. Segala bacaan sudut pasti di nisbah ke utara, selatan, timur atau barat. Setkan arah ini pada EDM.
  4. Kemudian EDM diletakkan pada tempat yang strategik dan Prism di letak pada batu tanda awal tadi.
  5. Jarak dan arah di kira.
  6. Menggunakan sedikit pengiraan matematik seperti Trigonometri dan persamaan segitiga, juru akan ukur pula dimana sepatutnya kedudukan satu sempadan tanah yang hendak ditanda dengan melihat kepada peta.
  7. EDM diarahkan ke arah  yang telah di kira, dan prism di letakkan anggaran pada jarak yang telah dikira.
  8. Adjust kedudukan prism sehingga EDM memberi bacaan seperti yang dikira.
  9. Itulah kedudukan sempadan pertama tanah itu.
  10. Langkah ini diulangi untuk semua sempadan tanah.
"Apa yang lebih menarik, charge yang dikenakan untuk mengukur tanah amat lumayan. Paling murah ada dalam RM 1000. Tapi selalunya upah mengukur tanah menjangkau RM 10000 atau lebih!!"

Menarik bukan kerja sebagai juru ukur ini. Apa yang lebih menarik, charge yang dikenakan untuk mengukur tanah amat lumayan. Paling murah ada dalam RM 1000. Tapi selalunya upah mengukur tanah menjangkau RM 10000 atau lebih!! Selain itu kita juga berpeluang mengetahui selok belok undang-undang tanah yang membolehkan kita tak mudah ditipu bila berurus niaga seperti membeli rumah dan tanah.
~ Haniff Izhar
(Interesting right work as land surveyor. What is more inrteresting is the charge for a land survey is no less than RM1000 but normally up to  RM10000 of more!!! In addition, we will also know the rule of land that will make us not easy to be cheated when buying land or house.)
Sumber Gambar : www.worldoftest.com

1 ulasan:

  1. This design is steller! You obviously know how to keep a reader amused.

    Between your wit and your videos, I was almost moved to start
    my own blog (well, almost...HaHa!) Excellent job. I really
    enjoyed what you had to say, and more than
    that, how you presented it. Too cool!

    Feel free to visit my web blog :: avis 24option

    BalasPadam