Usul Isu Palestin Oleh Perdana Menteri

8.6.10

Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net


Nak diceritakan, semalam aku tengok dalam berita kisahnya pada pagi semalam Parlimen bersidang menyusulkan untuk membincangkan isu palestin dan apa yang Malaysia boleh buat mengenai isu ini. Dipendekkan cerita, Perdana Menteri kita Pak Najib telah mengeluarkan beberapa usul dari pihak kerajaan Malaysia iaitu:


  1. Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
  2.  Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
  3. Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;
  4. Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
  5. Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
  6. Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);
  7. Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
  8. Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;
  9. Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
  10. Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
  11. Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
  12. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
  13. Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
  14. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;
  15. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Apa pendapat korang semua dengan usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini?? Memang semalam semua jemaah dewan rakyat mempersetujui usul ini. Namun, baru tadi aku tengok Harakah Daily, beberapa pemimpin parlimen memberikan komen terhadap usul ini yang aku rasakan memang logik jugak laa. Antaranya:

  • Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan kerajaan Malaysia masih mengadakan hubungan perdagangan komersil balik tabir dengan Israel yang mana bertentangan dengan usul yang dibentangkan. Walaupun Malaysia tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, namun terdapat beberapa perdagangan kecil antara Malaysia dengan Israel sejak zaman Dr Mahathir Mohammad lagi.
  • Datuk Mahfuz Omar menambah lagi menyatakan usul berkenaan hanyalah seruan Kerajaan Malaysia kepada pihak lain dan bukanlah tindakan dari pihak Kerajaan Malaysia sendiri. Betul jugak ni. Kalau tengok usul kat atas tu word pertama semuanya word menyeru spt Mengutuk, Merakamkan, Memutuskan, Menggesa, Memohon, Menyokong, Merayu, dan Merakamkan. Tiada pun word seperti Bertindak dan Mengarahkan atau Mengharamkan.
  • Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula mencadangkan agar tindakan ketenteraan di ambil terhadap ISRAEL oleh pihak PBB. Jika ditengokkan, jika negara2 OIC atau PBB ni berani, boleh sahaja kalahkan Israel tu jika bersatu padu. Namun, masyarakat dunia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang peperangan kerna semua pun tahu yang Paksi Barat seperti US dan Britain sudah tentunya berpihak kepada Israel. Tapi memang cara diplomatik takkan berkesan kpd Israel ni. Al-Quran pun dah nyatakan sejak dulu lagi, puak Yahudi memang tak boleh dibawa berbincang.
  • Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza. Ini pun dikira logik kerana kalau ditengokkan misi kemanusiaan Gaza baru-baru ini, Rejim Israel menahan kapal berkenaan di perairan Antarabangsa yang mana memang benar2 melanggar peraturan Mahkamah Antarabangsa. So, tak salah la jika ada tentera yang mengiringi misi kemanusian ini untuk mempertahankan diri. 
  • Dan yang terbaru sekali yang aku rasa memang boleh sangat kalau nak dilancarkan oleh kerajaan. Usul ni tak payah pertolongan negara lain pun. Kita wat dalam negara je. Ianya dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimana mengusulkan 11 lagi usul ditambah dalam usul yang 15 semalam iaitu:
  1. Menggiatkan kempen anti Israel dan boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel di seluruh negara dengan menggunakan semua media dan organisasi kerajaan.
  2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.
  3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada di negara ini. 
  4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason di negara ini. 
  5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas  Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996. 
  6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini. 
  7. Malaysia wajib menggesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestin Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang belayar ke Palestin dari serangan tentera rejim Israel. 
  8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas rejim zionis Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimia dan Nuklear. 
  9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta. 
  10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara Asean, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan rejim Israel. 
  11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestin dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestin di rantau Asean.

Haa, ini barulah usul yang berbentuk tindakan dan bukannya cakap-cakap kosong sahaja. Namun, semuanya terserahlah kepada pemimpin negara kita ni. Orang kata, kalau dah ketam tu memang ketam jugak. Disuruhnya anaknya berjalan lurus, namun bapanya berjalan senget. Kalau dah kepala pemimpin kita sendiri tiada kesedaran dalam isu ini, dalam membantu umat Islam negara Palestin ni, bagaimana dia mahu memacu rakyat dalam memperjuangkan isu ini. Alamatnya jadi seperti inilah, semuanya dibuat sambil lewa sahaja. Ada usul, ala kadar sahaja, asalkan buat. Dimana semangat perjuangan?? Telah lama terkubur. Agaknya nak tunggu negara kita dijajah semula barulah nak berjuang balik. Ape-apepun aku hanya boleh mengomen, namun kuasa tetap pada pemimpin kita. Wallahualam. ~ANIP~

Sumber gambar dan artikel : MalaysiaKini dan HarakahDaily.


Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan