Kesedaran Menuntut Ilmu

21.6.10
Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net


Saya ada terbaca petikan berita dalam HarakahDaily yang mana Tuan Guru Nik Aziz menyuruh rakyat membahagikan sedikit peruntukan untuk membeli buku agar dapat dibaca oleh seisi keluarga dan dapat dijadikan library kecil dirumah sendiri. Tambah beliau lagi, buku yang perlu lebih diutamakan ialah buku berkaitan dengan ilmu agama kerana beliau melihat sedikit sekali pemahaman umat Islam hari ini berkaitan dengan agama Islam. Bagi saya amat moleklah sekali Tuan Guru mengetengahkan isu ini. Walaupun sudah banyak kali kerajaan kita menyarankan agar umat mengamalkan budaya membaca, namun nasihat dan daranan seperti ini perlulah sentiasa dilakukan agar budaya ini dapat dipupuk dalam masyarakat.


Gambar Hiasan (sumber: http://www.pasarkreasi.com)

Secara personal, saya sendiri melihat umat Islam hari ini lebih suka kepada mengamalkan cara hidup yang melalaikan berbanding melakukan perkara yang berfaedah terutamanya umat Islam yang berada di Malaysia. Tengok sahaja budak sekolah hari ini, kadar masalah sosial dan jenayah di kalangan budak sekolah adalah lebih tinggi dan menonjol berbanding dengan kadar budak sekolah yang cemerlang di dalam pelajaran. Dan bagi budak sekolah yang cemerlang di dalam pelajaran pula, mereka lebih cenderung untuk menguasai ilmu dunia yang tak dituntut oleh Islam pun berbanding ilmu akhirat seperto Fardhu Ain yang sepatutnya mereka telah di didik sejak dari kecil. Dan lebih malang lagi, bukan setakat anak-anak kecil yang belum baligh ini jahil dalam ilmu agama, ibubapa mereka juga begitu jahil dalam ilmu agama. Tiada usaha langsung untuk mempertingkatkan diri di dalam memahami masalah jal ehwal tentang agama kerana kita telah dipupuk sejak dari kecil lagi untuk tidak mengutamakan ilmu agama.

Bagi saya, untuk mengubah budaya menambahkan ilmu terutamanya ilmu agama perlu dimulakan sejak dari peringkat negara lagi yang mana kerajaan sentidi perlu membuat perubahan yang besar. Antara perubahan yang saya rasa perlu adalah:
  • Mata pelajaran mengenali agama (perbandingan agama) perlulah diajar kepada semua pelajar, bukan setakat pelajar beragama Islam sahaja.
  • Setiap pelajaran yang diajar perlulah dikaitkan dengan ajaran agama dan nilai sisialnya kerana agama merupakan petunjuk yang paling utama dalam hidup manusia (Rukun Negara pun dimulakan dengan Kepercayaan Pada Tuhan)
  • Memperbanyakkan perbahasan dan rancangan membincangkan masalah agama dan boleh juga diselitkan perbahasan antara agama yang menggantikan rancangan yang melalaikan seperti Akademi Fantasia dan lain-lain
  • Mewajibkan wakil rakyat dan para pemimpin mengamalkan hidup sebagai seorang Islam seperti bersolat jemaah, menyampaikan kuthbah dan mengetuai upacara Qurban (yakni pemimpin mestilah mempunyai pengetahuan agama yang kuat, kalau tak tahu kena belajar dengan bersungguh-sungguh)
  • Pemimpin sendiri perlulah menyampaikan kepada rakyat tentang pentingnya berilmu agama berulang kali dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera (bukannya mengetengahkan fahamannya sendiri yang belum tentu dapat menjamin keharmonian rakyat)
  • Ilmu agama perlu berada di mana-mana (di perpustakaan, poster di pusat membeli belah, iklan banner di tepi jalan, iklan di televisyen, di blog-blog pemimpin di internet, pendek kata di semua tempatlah)
Dan banyak lagi yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengemarakkan lagi semangat rakyat untuk mendekati ilmu agama. Tapi malangnya, pemimpin kerajaan sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk memperdalami ilmu agama, bagaimana pula hendak disampaikan ilmu agama ini kepada rakyat?? Firman Allah:

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.”(Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

Hari ini terdapat banyak sekali pemimpin yang tidak adil termasuklah di Malaysia terutamanya bila menyentuh bab perbezaan parti. Hak yang sepatutnya diberikan kepada sesuatu golongan itu tidaklah diberikan walaupun itu tanggungjawabnya sebagai kerajaan.  
 sumber gambar: iLuvIslam.com

Allah juga berfirman:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Sesungguhnya pemimpin itu mestilah mendirikan solat, menunaikan zakat, berbuat ma'ruf dan mencegah mungkar. Namun ciri-ciri ini tidak lagi diketengahkan dalam pemilihan pemimpin di Malaysia ini. Kita lihat sahaja ada pemimpin yang sanggup membenarkan judi yang telah sekian lama diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya, tiada satu pun agama di muka bumi ini yang menghalalkan judi. Jadi, tiada sebab untuk judi dihalalkan oleh kerajaan. Tidak kurang juga pemimpin yang mengeluarkan cadangan yang tidak bernas yang menunjukkan betapa ceteknya ilmu dalam bidang agama seperti cadangan ingin mengadakan karnival di bulan Ramadhan yang mana karnival ini lebih berbentuk pesta seperti pesta juadah untuk berbuka dan bersahur dengan tujuan untuk menarik pelancong dari tanah Arab. Daripada pelancong Arab itu datang Malaysia utk berpesta, lebih baik mereka ke Tanah Suci Mekah untuk beribadah setiap malam. Bukankah bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat yang mana Ibadah yang dilakukan digandakan ganjarannya?? Wallahualam ~Haniff Izhar~

Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com
Read more ...

Adakah ANDA seorang yang GANJIL/ANEH??

12.6.10

Free-Free dapat $$$ tiap-tiap hari sambil-sambil ONLINE tu. PayPerClick.com


Semalam, aku tertarik nak kongsi dengan korang semua halnya tentang Kuthbah Jumaat yang aku dengan kat Masjid Bandar Baru Ampang ni. Tajuk Kuthbah aku tak berapa pasti sangat, namun aku nak kongsi satu hadith yang dinyatakan didalam kuthbah berkenaan.
  
Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing, Dan ia akan kembali sepertimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang – orang yang ganjil.” (Hadis Riwayat Muslim, no 145)

Ikut kata khatib yang membaca kuthbah semalam, katanya ISLAM ni datangnya dalam keadaan yang asing lagi aneh dan akan dikembalikan kepada ALLAH juga dalam keadaan ASING dan ANEH. Persoalannya, Apa yang dimaksudkan dengan Asing & Aneh?

  • Pada mula kedatangan ISLAM, ajaran yang disampaikan Islam amat berbeza dengan budaya Jahiliah Manusia dizaman berkenaan. Lalu mereka menganggap Islam amat Asing dan Aneh. Sehingga ada yang melemparkan bahawa Rasulullah sebagai Ahli Sihir kerna mengadakan sesuatu yang tiada. Bagi mereka:
    • Walaupun Hamba kpd Manusia amatlah menghina taraf manusia, namun itulah yang terbaik buat mereka.
    • Walaupun Arak amatlah merosakkan fikiran manusia, namun itulah yang memberi ketenangan bagi mereka
    • Walaupun Zina ternyata terlalu hina seperti kebinatangan, namun itulah yang diwarisi dari nenk moyang mereka yang perlu dikekalkan.
  • Dan terbukti, pada akhir zaman ini, Islam juga diAnggap aneh oleh Budaya Masyarakat Dunia di mana:
    • Perkara yang diHaramkan Allah dianggap Halal oleh akal Manusia
    • Orang yang memilih dalam pemakanan yang Halal dianggap Kolot
    • Orang yang tidak pernah merasai seks setelah umur meningkat Remaja atau Dewasa dianggap Kuno dan Out of Date
    • Orang yang berpakaian menutup aurat dianggap Pelik lagi Asing
    • Orang yang memberhentikan kerja kerna untuk pergi bersolat dianggap Membuang dan Melengahkan masa.
    • Dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan oleh Orang-orang Beriman dianggap terlampau Asing bagi Budaya hari ini.
Aku nak tanya kepada korang, rakan-rakan sekalian. Pernakah Kalian:
  • Pernahkah Kalian tidak sama-sama join kawan-kawan yang lain utk berkaraoke hingga ke waktu Malam hanya kerna kalian ingin ke Masjid utk menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah dan dicemuh oleh rakan-rakan kalian menyatakan kalian tak Rock dan Anak Mak??
  • Pernahkan Kalian memakai pakaian yang berbudayakan agama Islam seperti Berkopiah dan Bertudung labuh dan dikomen oleh Boss tempat kerja anda sebagai bukan Pakaian Kebiasaan dan Amatlah Asing?
  • Pernahkah anda ingin berlaku jujur yang berniaga dengan tidak menerima apa-apa hadiah atau bayaran sogokan hanya kerna utk mendapat Keredhaan Allah SWT dan dikatakan menolak rezki oleh orang berkenaan??
  • Pernahkah anda digoda oleh rakan sekerja atau sekuliah wanita anda yang cantik utk keluar tengok wayang bersama dan anda tolak hanya kerna teringat akan mudahnya Zina berlaku bila berduaan dan dianggap seorang yang Jual Mahal oleh wanita berkenaan???
  • Pernahkah anda dipandang sinis bila anda mengenakan Kopiah dan Jubah bila berurusan ditempat rasmi seperti Bank, Post Office dan sebagainya???
Jika jawapan anda Ya utk soalan-soalan diatas. Maka ingatlah bahawa Kalian semua berada dikalangan Orang-Orang yang beruntung. So, sama-sama lah kita Istiqamah(kekal) menjadi seorang yang 'Asing' bagi masyarakat dunia hari ini kerna kelak akan dijanjikan Syurga oleh Allah. Allah ada bersabda lagi:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al – Maidah [5] : 49)

Sesungguhnya Allah telah beritahu sejak dulu lagik bahawa Umat Manusia ni memang kebanyakannya orang-orang yang Fasik. So, jika kawan-kawan fikir dengan kawan-kawan mengikuti aliran arus perdana Dunia beerti kawan-kawan berada dilandasan yang betul. Kawan-kawan silap. Sebenarnya arus perdana dunialah itulah dikalangan orang-orang yang fasik yang cintakan dunia. Jadilah seorang yang asing lagi pelik tak kiralah dimana kalian berada.
  • Jadilah Usahawan dan sentiasa menolong orang yang susah (bukannya mengutamakan keuntungan)
  • Jadilah Engineer yang Muslim yang bekerja di syarikat yang membawa pembangunan kepada Umat Islam
  • Jadilah Guru yang mengajar murid-murid bukan sahaja Ilmu dunia bahkan Ilmu Akhirat
  • Jadilah Kerani yang sentisa menuruti arahan Majikan selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam
  • Jadilah Pekerja Biasa ditempat bekerja anda selagi perkara yang dilakukanberlandaskan ajaran Islam.
So, Pendek kata.. Jadilah Seorang yang ASING lagi PELIK... Wallahualam ~ANIP~

Rujukan Hadith dan Ayat Quran: http://sharaf-sora.blogspot.com


Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com

Read more ...

Usul Isu Palestin Oleh Perdana Menteri

8.6.10

Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net


Nak diceritakan, semalam aku tengok dalam berita kisahnya pada pagi semalam Parlimen bersidang menyusulkan untuk membincangkan isu palestin dan apa yang Malaysia boleh buat mengenai isu ini. Dipendekkan cerita, Perdana Menteri kita Pak Najib telah mengeluarkan beberapa usul dari pihak kerajaan Malaysia iaitu:


  1. Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
  2.  Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
  3. Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;
  4. Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
  5. Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
  6. Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);
  7. Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
  8. Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;
  9. Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
  10. Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
  11. Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
  12. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
  13. Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
  14. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;
  15. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Apa pendapat korang semua dengan usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini?? Memang semalam semua jemaah dewan rakyat mempersetujui usul ini. Namun, baru tadi aku tengok Harakah Daily, beberapa pemimpin parlimen memberikan komen terhadap usul ini yang aku rasakan memang logik jugak laa. Antaranya:

  • Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan kerajaan Malaysia masih mengadakan hubungan perdagangan komersil balik tabir dengan Israel yang mana bertentangan dengan usul yang dibentangkan. Walaupun Malaysia tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, namun terdapat beberapa perdagangan kecil antara Malaysia dengan Israel sejak zaman Dr Mahathir Mohammad lagi.
  • Datuk Mahfuz Omar menambah lagi menyatakan usul berkenaan hanyalah seruan Kerajaan Malaysia kepada pihak lain dan bukanlah tindakan dari pihak Kerajaan Malaysia sendiri. Betul jugak ni. Kalau tengok usul kat atas tu word pertama semuanya word menyeru spt Mengutuk, Merakamkan, Memutuskan, Menggesa, Memohon, Menyokong, Merayu, dan Merakamkan. Tiada pun word seperti Bertindak dan Mengarahkan atau Mengharamkan.
  • Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pula mencadangkan agar tindakan ketenteraan di ambil terhadap ISRAEL oleh pihak PBB. Jika ditengokkan, jika negara2 OIC atau PBB ni berani, boleh sahaja kalahkan Israel tu jika bersatu padu. Namun, masyarakat dunia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang peperangan kerna semua pun tahu yang Paksi Barat seperti US dan Britain sudah tentunya berpihak kepada Israel. Tapi memang cara diplomatik takkan berkesan kpd Israel ni. Al-Quran pun dah nyatakan sejak dulu lagi, puak Yahudi memang tak boleh dibawa berbincang.
  • Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza. Ini pun dikira logik kerana kalau ditengokkan misi kemanusiaan Gaza baru-baru ini, Rejim Israel menahan kapal berkenaan di perairan Antarabangsa yang mana memang benar2 melanggar peraturan Mahkamah Antarabangsa. So, tak salah la jika ada tentera yang mengiringi misi kemanusian ini untuk mempertahankan diri. 
  • Dan yang terbaru sekali yang aku rasa memang boleh sangat kalau nak dilancarkan oleh kerajaan. Usul ni tak payah pertolongan negara lain pun. Kita wat dalam negara je. Ianya dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimana mengusulkan 11 lagi usul ditambah dalam usul yang 15 semalam iaitu:
  1. Menggiatkan kempen anti Israel dan boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel di seluruh negara dengan menggunakan semua media dan organisasi kerajaan.
  2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.
  3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada di negara ini. 
  4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason di negara ini. 
  5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas  Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996. 
  6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini. 
  7. Malaysia wajib menggesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestin Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang belayar ke Palestin dari serangan tentera rejim Israel. 
  8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas rejim zionis Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimia dan Nuklear. 
  9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta. 
  10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara Asean, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan rejim Israel. 
  11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestin dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestin di rantau Asean.

Haa, ini barulah usul yang berbentuk tindakan dan bukannya cakap-cakap kosong sahaja. Namun, semuanya terserahlah kepada pemimpin negara kita ni. Orang kata, kalau dah ketam tu memang ketam jugak. Disuruhnya anaknya berjalan lurus, namun bapanya berjalan senget. Kalau dah kepala pemimpin kita sendiri tiada kesedaran dalam isu ini, dalam membantu umat Islam negara Palestin ni, bagaimana dia mahu memacu rakyat dalam memperjuangkan isu ini. Alamatnya jadi seperti inilah, semuanya dibuat sambil lewa sahaja. Ada usul, ala kadar sahaja, asalkan buat. Dimana semangat perjuangan?? Telah lama terkubur. Agaknya nak tunggu negara kita dijajah semula barulah nak berjuang balik. Ape-apepun aku hanya boleh mengomen, namun kuasa tetap pada pemimpin kita. Wallahualam. ~ANIP~

Sumber gambar dan artikel : MalaysiaKini dan HarakahDaily.


Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com

Read more ...

Konvoi GAZA diserang ISRAEL ~ Dimanakah perginya org ada KUASA, ada PANGKAT???

1.6.10


31 Mei 2010 - Pagi ini kita dikejutkan dengan serangan tentera rejim ISRAEL ke atas konvoi keamanan Freedom Frotilla di mana rakyat Malaysia turut sama menjadi tahanan dalam serangan itu. Nak dipendekkan cerita, tak payahla saya cerita panjang-panjang dalam blog saya ni sbb berita ni dah sebar meluas dah termasuk dalam saluran berita TV media perdana. Apa yang saya tahu seramai 20 org  terbunuh (ada yang kata 19, ada kata 16, tp yg penting ada la yang terbunuh) dalam serangan oleh ISRAEL ni.




Perkara pertama yang nak saya bangkitkan ialah mengenai betapa kejamnya rejim Zionis ni seperti yang pernah dinyatakan oleh Allah swt di dalam Quran. Kalau tgk video yang ada banyak-banyak yang dah ada kat youtube tue, memang kejam betul askar ISRAEL ni. Yang firstnya, kapal MAVI MARMARA ni sebenarnya dah menunjukan bendera putih dah pada tentera ni. Namun, askar ISRAEL tetap berdegil nak melepaskan tembakan ke kapal ni. Dah diorang serang, pelbagai alasan plak yang diorang kasi spt ada nampak senjata la dalam kapal tu, ada tentera HAMAS la kat sekeliling kapal tu dan tenetra diorang kene serang dulu la. Kalau dah diorang kene serang dulu, nape takde sorang pun kematian dari pihak ISRAEL sedangkan 20 org awam yang terbunuh.

Selain itu saya nak perkatakan tentang sikap dingin beberapa pemimpin negara dunia seperti US dan sekutunya. Kalau dulu kalau Muslim yang buat hal, pi Bom hotel ke, New York ke, kamain cepat lagi puak2 ni melatah. Katanya PENGGANAS. Tp bile army ISRAEL ni hijack kapal awan, cruise plak tue. Tak pulak label pape. Senyap jekan. Ni bukan stakat tuk US, negara ISLAM yang berpeluk tubuh mcm Malaysia ni. Hai, kemana perginya pemimpin kita yang mengaku beragama ISLAM dan mengaku negara pimpinannya negara ISLAM?? Dari tadi saya tunggu press conferennce dari Tok PM kite ni, tak kuar2 plak dalam berita. Yang kuar berita dia promote 1Malaysia adalah. Andai katanya ada yang sanggup sponsor sukarelawan ke Gaza dari Malaysia tuk konvoi seterusnya, pasti ramai yang nak pi termasuklah saya. Sape yang taknak masuk syurga percuma beb!!! Kecualilah puak2 pengecut yang cintakan pangkat dan harta kan.. Maybe diorang ni mmg lagi prefer dok bawah tempurung, save their own life je. Ada kuasa pun tak guna, fikir nak promote agenda sendiri je. Itulah dunia harini.. Dunia hai dunia.

Apa-apa pun saya doakan moga peserta konvoi ni sumernya selamatlah hendaknya. Andai kata peperangan itu perlu utk kita ajar puak Zionis ni, saya doakan moga kemenangan di pihak kita. Andai diberi peluang utk saya sertai, takkan saya lepas peluang itu. Amin.... ~ANIP~

News Update:
http://twitter.com/search?q=%23Flotilla
http://www.harakahdaily.net/v2/
http://www.lifeline4gaza.org/
Read more ...
1.6.10
PayPerKlik - Salah satu program yang boleh mendatangkan INCOME sambil-sambil ONLINE.

Salam sume kawan-kawan, ni saya ada sedikit info and perbandingan program Pay per Klik ni. Pada siapa yang biasa dengan internet ni, mungkin dah tahu apa sebenarnya Program Pay per Klik ni. Bagi siapa yang tak tahu, program pay per klik ni sebenarnya program periklanan internet yang mana viewer iklan itu akan dibayar oleh penaja iklan kerana tengok iklan diorang. Haha, pelik tapi betul. Sebenarnya konsep ni sama je macam iklan kat TV tue, pengiklan akan membayar kepada Syarikat Penyiaran kerana viewkan iklan diorang, Cuma bezanya Syarikat Penyiaran tak membayar kepada penonton dalam bentuk wang, sebalinya dibayar dalam bentuk hiburan seperti Movie, Drama, Karton dan Lain2. 

Kalau tengok dari mechanismnya, cara ni insyaallah halal bagi viewer mahupun pengiklan tuk promosi iklan.
Lagipun, cara ni lebih murah berbanding pengiklanan di TV sambil boleh target local dan international viewer.
Daripada pengalaman saya join bebanyak program macam ni (biasalah, cuti-cuti ni mmg keje saya dok explore tenet je), ada program ni memang based tuk pengiklanan, ada plak just scam program, dok menipu orang je. Tapi overall, saya rekomen 2 web ni pada sesiapa yang nak promote website die ke, or tuk gain side incomekan.

  • PayperKlik Malaysia – Ni website ni sesuai tuk target local viewer laa. Tuk dalam Malaysia. Jadi kalau blog or website korang dalam Bahasa Melayu, elok sangat la promote kat sini. Untuk pada yang nak wat Side Income kat sini, oklaa kalau setakat side income tu. Sbb website ni memang betul-betul mementingkan quality. So, untuk free member, sehari adalah 2 iklan. Satu dalam 3-5sen. Ade la dapat sehari dalam 10 sen. Haha, dari korang tak dapat pape online, sambil-sambil FB tu, dapat la jugak 10sen kan. Saya kasik 5 stars laa tuk program ni. Klik Sini untuk maklumat lanjut tentang program. PayperKlik Malaysia.

Free-Free dapat $$$ tiap-tiap hari sambil-sambil ONLINE tu. PayPerClick.com

  • Clixsense.com – Haa, yang ni memang saya rekomen tuk yang nak cari side income. But this is international website la. Testi company pun Nampak macam meyakinkan. Tapi utk program ni, kalau korang sentiasa online, sehari boleh dapat 5-10 ads utk free member. Tapi kene grab cepat, sbb kalau korang lambat walau seminit, terus orang lain dah amik peluang korang, sbb tiap website dipromate based on click. Bila dah cukup click, takleh la gain money lagi. Kalau rezki korang baik, kekadang boleh dapat ads yang bayar $5.00 walaupun korang free member.  Kalau korang nak jadikan ni sbg salah satu main income korang, go for premium member, $10 je tuk setahun. Dalam RM 35 laa. Beza free member dgn premium member ialah premium member bleh view hingga 500 ads tiap hari, free member 5-6 ads je. Katanya, banyak company nak viewer yang sanggup spend kat tenet, so, bile korang sanggup bayar $10 tu, maknanye korang pun boleh berminat nak beli apa yang diorang promosi. Stakat ni, saya kasik 10 stars laa tuk program ni. Klik sini untuk maklumat lanjut tentang program ni. Clixsense.com.

Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com

So, daripada korang buang masa tak dapat pape ONLINE laman social korang.. Lebih baik join skali program ni. Ada gak sket incomekan...  ~ANIP~
Read more ...