Konvoi GAZA diserang ISRAEL ~ Dimanakah perginya org ada KUASA, ada PANGKAT???

1.6.10


31 Mei 2010 - Pagi ini kita dikejutkan dengan serangan tentera rejim ISRAEL ke atas konvoi keamanan Freedom Frotilla di mana rakyat Malaysia turut sama menjadi tahanan dalam serangan itu. Nak dipendekkan cerita, tak payahla saya cerita panjang-panjang dalam blog saya ni sbb berita ni dah sebar meluas dah termasuk dalam saluran berita TV media perdana. Apa yang saya tahu seramai 20 org  terbunuh (ada yang kata 19, ada kata 16, tp yg penting ada la yang terbunuh) dalam serangan oleh ISRAEL ni.




Perkara pertama yang nak saya bangkitkan ialah mengenai betapa kejamnya rejim Zionis ni seperti yang pernah dinyatakan oleh Allah swt di dalam Quran. Kalau tgk video yang ada banyak-banyak yang dah ada kat youtube tue, memang kejam betul askar ISRAEL ni. Yang firstnya, kapal MAVI MARMARA ni sebenarnya dah menunjukan bendera putih dah pada tentera ni. Namun, askar ISRAEL tetap berdegil nak melepaskan tembakan ke kapal ni. Dah diorang serang, pelbagai alasan plak yang diorang kasi spt ada nampak senjata la dalam kapal tu, ada tentera HAMAS la kat sekeliling kapal tu dan tenetra diorang kene serang dulu la. Kalau dah diorang kene serang dulu, nape takde sorang pun kematian dari pihak ISRAEL sedangkan 20 org awam yang terbunuh.

Selain itu saya nak perkatakan tentang sikap dingin beberapa pemimpin negara dunia seperti US dan sekutunya. Kalau dulu kalau Muslim yang buat hal, pi Bom hotel ke, New York ke, kamain cepat lagi puak2 ni melatah. Katanya PENGGANAS. Tp bile army ISRAEL ni hijack kapal awan, cruise plak tue. Tak pulak label pape. Senyap jekan. Ni bukan stakat tuk US, negara ISLAM yang berpeluk tubuh mcm Malaysia ni. Hai, kemana perginya pemimpin kita yang mengaku beragama ISLAM dan mengaku negara pimpinannya negara ISLAM?? Dari tadi saya tunggu press conferennce dari Tok PM kite ni, tak kuar2 plak dalam berita. Yang kuar berita dia promote 1Malaysia adalah. Andai katanya ada yang sanggup sponsor sukarelawan ke Gaza dari Malaysia tuk konvoi seterusnya, pasti ramai yang nak pi termasuklah saya. Sape yang taknak masuk syurga percuma beb!!! Kecualilah puak2 pengecut yang cintakan pangkat dan harta kan.. Maybe diorang ni mmg lagi prefer dok bawah tempurung, save their own life je. Ada kuasa pun tak guna, fikir nak promote agenda sendiri je. Itulah dunia harini.. Dunia hai dunia.

Apa-apa pun saya doakan moga peserta konvoi ni sumernya selamatlah hendaknya. Andai kata peperangan itu perlu utk kita ajar puak Zionis ni, saya doakan moga kemenangan di pihak kita. Andai diberi peluang utk saya sertai, takkan saya lepas peluang itu. Amin.... ~ANIP~

News Update:
http://twitter.com/search?q=%23Flotilla
http://www.harakahdaily.net/v2/
http://www.lifeline4gaza.org/

1 ulasan:

  1. Kebiadaban Israel Wajib Dijawab Dengan Perang Jihad Fi Sabilillah Yang DiKetuai Oleh Seorang Khalifah...

    BalasPadam